19 April 2011

Bab 2 - Pertemuan entah pape

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hari ni semester 2 dah start. best siot cuti semester dekat 2 bulan di kala budak-budak matrik cuma cuti 2 minggu.. haha. part yang tak best... hari ni hari isnin, permulaan segala hari merangkap permulaan segala kelas. nasib baik hari ni ada taklimat kat dewan waktu pagi, and petang isnin pulak aku free... kelas tarak. so weehoo.. enjoy time!

tidur ler.. apa lagi

      Selasa - kelas start pukul 8.30 pagi which is tutorial class selama sejam. jumpa classmate yang sama macam semester 1 jugak. same mood.. malas nak belajar. apa lah nak jadi remaja sekarang.. ish ish ish. habis kelas, rileks rileks kejap sambil bergosip sementara tunggu lecture start pukul 10.30. well, you know girls.. memang suka gosip (aku tak aku tak). then, ni lah saat yang aku tunggu-tunggu. tak sabar masuk lecture hall sebab nak tengok gerangan si dia tu. bagus sangat ke? ke bajet bagus? ke memang bagus? errrr....

      Eeyaahhh eeyaahhh!! (adegan tolak menolak berlaku sebelum masuk lecture hall). remaja sekarang memang takde fizik.. eh sivik. ada ke patut tolak-tolak macam budak tadika. matured lah sikit. aku pun join tolak-tolak jugak. tak nak kalah ok. pas dah dapat seat, mata aku terus tertumpu kat seat depan. eh macam dia je.. well aku memang stalker terhebat. tengok je photo kat facebook, dah boleh cam muka orang. aku tengok dia sekali lagi (nampak sangat nak kena cucuk mata tenung anak teruna orang lama-lama.. hehe). yup! memang dia. tapi dia tak dapat seat idaman dia tu..haha. padan! pastu, lecture pun start. aku pun fokus mendengar dengan nerd nya.


       Dah seminggu kelas start. dan dah seminggu jugak aku tengok dia tak dapat seat idaman. haha.. tu lah ada hati nak berebut seat dengan perempuan yang ramai tu. tapi setakat ni, aku tak tegur dia pun even aku rasa, ye.. memang itu dia. and part yang agak-menyayat-hati-walaupun-tak-perlu-disayat is dia tak cam aku langsung pun.. huhu. maybe pasni aku kena ajar macam mana nak stalk orang kat facebook. great idea!

       Jumaat malam sabtu - aku online.. eh tengok dia pun online. aku pun post kat wall dia..

Aku:  aku rasa aku dah jumpa kau. 

Dia:  yeke? hari ni aku pakai baju oren kan.

Aku:  tak.. kau pakai baju tidur.

Dia:  sengal lah kau. tapi aku tak cam kau, ramai sangat kot perempuan dalam hall.

Aku:  tadi aku duduk dekat jugak lah dengan seat kau.

Dia:  aku tak perasan lah.

Aku:  takpe takpe, kau sila lah cari lagi ye. boleh buat iklan pasal aku. tampal kat blok kau.

Dia:  blok aku blok lelaki. mana ada kau. ok, nak out jap. see you next week.



       Ni minggu kedua untuk semester 2. semangat belajar aku belum datang lagi lah, dah lama sangat kot cuti. tapi, kelas tetap pergi macam biasa. eh hari ni dia duduk kat seat row kedua dari depan. giler semangat mamat ni nak belajar. aku pulak duduk row keempat dari depan. errr.. semangat jugak.

       Lepas dah habis lecture fizik, tengah-tengah kemas barang masuk dalam beg sebelum blah dari hall....... tetiba.... dia memusingkan kepala nye 120 darjah ke kanan lalu memberi isyarat kepada aku, "kau ye?" sambil tersenyum penuh kemachoan. dan aku pun menganggukkan kepala sambil menguntumkan senyuman penuh manis lantaran menyahut seruan kerajaan, kurangkan gula dalam minuman, lebihkan gula dalam senyuman.

       Akhirnya, aku dan dia pun blah dari lecture hall selepas berkenalan dengan menggunakan isyarat tangan (masa dia tanya "kau ye") dan mulut (senyuman). itulah saat pertemuan secara rasmi aku dengan dia.. haha. entah pape je.
      
jangan salah paham gambar di atas

*  bersambung....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...