02 January 2015

Journey to Korea - Day 4 (Blue House, Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Rabu - 29 Januari 2014

Hari ni kitorang akan melawat Blue House (Cheong Wa Dae) yang mana ni kediaman rasmi Presiden Korea. ala-ala White House la kot. lepas tu terus ke Gyeongbokgung Palace, istana lama yang dibina masa zaman Dinasti Joseon. kemudian kitorang akan ke National Folk Museum pulak. semua tempat ni dekat-dekat. jalan kaki je sampai.




Annyeong Blue House!



Tapi, sebelum keluar berjalan, mestilah kena breakfast dulu. breakfast start pukul 7 pagi. konsep breakfast kat Mate Hotel sama je macam kat Vivaldi Park. buffet, suka hati nak makan apa, semua hidangan nya halal, yang tak halal ada kat corner lain.



Padahal tak lalu nak makan nasi goreng kat Vivaldi Park. tapi masih lagi ambik nasi goreng kat Mate Hotel. haha! mungkin sebab ni je pilihan yang ada kot. aku tak suka sangat roti. hee~



Habis je makan, terus naik bas. masa tu baru pukul 8 pagi. demi berjalan, ku gagahkan jua mata ini. hiks!

Sebenarnya, sebelum ke Blue House... kitorang singgah ke National Ginseng Center dulu. aku tak minat pun nak beli ginseng, tapi sebab dah ada dalam itinerary kan, terpaksa lah ikut. ni lah antara keburukan ikut travel agency. kita kena jugak pergi tempat yang kita tak nak pergi. hehe~

Oleh kerana aku tak minat ginseng-ginseng tu, so aku takde ambik gambar langsung. haha! dah habis sesi membeli ginseng, marilah kita menuju ke Blue House =)



Ada ramai guard yang berkawal kat sekitar Blue House ni. nak ambik gambar dekat-dekat tak boleh



Ni jalan dari Blue House ke Gyeongbokgung Palace. matahari tersangatlah terik depan mata kami. sampai terkenyit-kenyit dibuatnya. macam biasa, walaupun matahari atas kepala, sejuknya masih lagi kemain >.<



Okay sampai pun Gyeongbokgung Palace. nak masuk sini kena bayar 3,000 KRW (RM9). tapi kalau masuk in a group of 10, boleh dapat 2,400 KRW (RM7)



Untuk peminat Korean Drama, mungkin minat lah kot tempat ni sebab ada je drama yang berlakon kat istana-istana lama ni kan. tapi, aku tak tau lah ada ke tak yang berlakon kat sini sebab aku tak tengok sangat drama. hee~






Tasik yang beku. mengikut kata Sophie, dulu bangunan ni dibuka untuk visitor. tapi disebabkan banyak sangat vandalisme yang berlaku, jadi dorang dah tak bagi visitor masuk



Pape pun, marilah kita bergambar dulu =)















Dah sampai Gyeongbokgung Palace, tak sah kalau tak bergambar kat sini =D



Belakang aku tu National Folk Museum. sekangkang kera je kan dari Gyeongbokgung Palace =P



Selepas 47 langkah berjalan, akhirnya sampai juga ke National Folk Museum!






Tak boleh ambik gambar kat dalam muzium. so, ambik gambar kat entrance jela ye. hehe~



Sepanjang kat dalam muzium ni, banyak gila input yang aku dapat daripada Sophie. semua benda dia explain. macam tu jugak masa kat Gyeongbokgung Palace. macam-macam sejarah Korea yang aku tak tau tetiba aku jadi tau. tapi, sekarang ni aku dah lupa hampir kesemuanya. hahaha.

Sebab tu lah bawah gambar tu semua takde caption. tak ingat pape camne nak explain. keke =P

***

Lepas dah habis berjalan kat National Folk Museum, kitorang pun pergi lunch kat restoran masakan Malaysia. kali ni kena naik bas semula. wow kat Korea ada masakan Malaysia lah! lidah ni pun dah rindu masakan tanah air sendiri. gitew. ahaks! =P



Restoran Mentari ni ada kat Seoul. semua hidangannya halal-halal belaka



Konsep dia buffet. aku rasa aku ambik daging kot. dengan ikan. dan sayur. tapi aku tak tau ni daging masak apa. sebab takde lah rasa Melayu sangat pun. fusion maybe. keke. tapi okay lah. sedap jugak. macam biasa, kat Korea takde air sirap. jadi jom lah kita minum air suam seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat =)



Kat Mentari ada surau. jadi, lepas makan boleh pergi solat dulu sebelum meneruskan perjalanan ke C&C Duty Free dan Namsangol Hanok Village.

To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...