02 January 2015

Journey to Korea - Day 4 (C&C Duty Free & Namsangol Hanok Village)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Rabu - 29 Januari 2014

Selepas lunch kat Mentari, kitorang pun menuju ke Charm & Charm Duty Free Department Store. tempat ni tak menarik perhatian aku sebab dia cuma jual mekap. dah lah aku tak pakai mekap. *sigh*






Kat sini, ada promoter yang sibuk promote mekap dia. ramai lah pemudi dan mak pemudi yang pergi ikut promoter tu. disebabkan aku tak berminat langsung dengan mekap, so aku pun merayau-rayau lah kat sekitar kedai. takde lah besar mana pun kedai dia. satu tingkat je.



Eh jumpa gambar EXO kat tempat Nature Republic =D



Jumpa gambar Yuri pulak kat tempat Mamonde =D



Gambar Soo Young pulak kat tempat Llang =D



Puas pusing satu kedai tapi takde pun gambar YoonA dengan Innisfree =(

Setelah lama menunggu *berjanggut*, akhirnya mereka pun habis memborong segala mekap yang ada kat dalam kedai ni. jadi, marilah kita beredar ke Namsangol Hanok Village yang terletak kat Namsan! =)



Main gate Namsangol Hanok Village. masuk sini free je! =D



Tempat ni merupakan rumah tradisional yang ada dalam zaman Dinasti Joseon. tapi bukan rumah yang asal. tempat ni dibina semula bagi tujuan pelancongan





















Namsangol Hanok Village dekat je dengan Namsan Tower =)



Macam biasa, Sophie memainkan peranan penting dalam kunjungan kitorang ke Namsangol Hanok Village ni. macam-macam yang dia explain tapi satu hape pun aku tak hingat. haha! =P

Kalau nak pakai hanbok kat sini, boleh bayar 6,000 KRW (RM18). tapi, disebabkan aku dah pakai hanbok kat Kimchi Land semalam, buat apa nak pakai hanbok lagi kan. hee~

Okay. habis pun trip kitorang untuk hari ni. rasanya macam hari ke-3 ni hari mengenali sejarah Korea. kebanyakannya tempat bersejarah yang kitorang pergi kan. keke.



Yeay esok nak pergi Namsan Tower. excited! memang teringin sangat nak pergi situ. punyalah excited sampai aku pun berdiri tegak macam Namsan Tower. haha! =P



***

Kitorang nak singgah dinner kat Itaewon. waktu petang macam ni, memang peak hour. orang Korea baru balik kerja. aku ingatkan Seoul tak jammed. rupanya sama je macam KL.



Hujan rintik-rintik, air bergelombang~
Jalan raya kat Seoul takde divider langsung walaupun dua hala. dah lah satu hala sampai 3 lorong menjadikan jumlahnya 6 lorong. dan driver boleh buat u-turn kat mana-mana. dahsyat tak dahsyat O.o



Setelah meredah jammed, akhirnya kami pun sampai di Itaewon. Itaewon merupakan international street yang mana kebanyakan pelancong Muslim konfem akan pergi sini sebab kat sini memang tempat makanan halal. kitorang singgah dinner kat Restoran Usmania.



Sebenarnya kitorang sampai sini dah malam. hehe. gambar curi dari Encik Google =)



Kali ni kita makan masakan Pakistan. konsepnya masih lagi buffet. boleh lah tahan sedap roti tu cicah kuah kari. ada kot nasi. aku tak ingat dah. haha >.<



***

Lepas makan, kitorang naik bas semula. Sophie nak bawak pergi kedai sutera. tapi aku tak tau kat mana. sampai-sampai je tempat tu, family aku menuju ke pasar malam Korea. tak teringin pulak nak beli sutera.



Macam ni lah keadaan pasar malam tu






Kat sini jugak lah aku berjaya merembat satu trench coat. hihi. berbekalkan kebolehan berbahasa Korea sikit-sikit, aku duk sibuk tawar-menawar dengan ajumma tu. harga asal trench coat tu 75,000 KRW (RM225), tapi aku mintak kurang. last-last dapat 70,000 KRW (RM210). sikit je kurang. huhu. tapi boleh lah tu kan. hee~

Nak tau macam mana rupa trench coat tu? sila lah tunggu hari esok. keke =P

Aigoo. dah penat berjalan seharian. nak balik hotel dulu lah untuk berehat. annyeonghi jumuseyo~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


3 comments:

Unknown said...

wuoahhhh,,, bestnye at korea..
mesti sejuk gile kan..

kurakuraygslow said...

Yoshikuni ayumu : Yup memang sejuk sangat sebab masa ni winter :) Tapi regret sikit lah sebab sepanjang kat sana salji tak turun depan mata. Bila dah balik Malaysia baru salji turun -,-

Unknown said...

wah ke korea awk..hee..msti best kn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...