08 July 2011

Sape takde Hyperhidrosis mesti baca

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Hello all readers and followers. first of all, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada sume yang sudi baca blog yang tak semenggah ni *humble lah pulak*. double thanks kepada sape-sape yang sudi follow atau dalam bahasa blog nya, followers. triple thanks kepada readers yang rajin tinggalkan komen kat ruangan komen tak pun kat warung kak limah. and quadruple sorry sebab aku lambat reply komen-komen tu. dalam 2 3 hari ni aku mengalami pyrexia atau dalam bahasa kampung nya demam. so, aku tak online bila mengingatkan kematian dah semakin hampir. dah sakit-sakit baru ingat mati. apa daa... ok ok. habis dah intro yang tacing-tacing. kita pergi ke tajuk utama ok?

..................

Entri kali ni berbentuk info perubatan sikit. atau dalam bahasa omputih nya medical information. jangan tanya aku dalam bahasa tamil apa. tanya Karam Singh Walia.

jangan jadi seperti anak tikus bermain tali,
anak kucing ternanti-nanti

Korang pernah dengar tak Hyperhidrosis? tak pernah? don't worry. i'm here to give a brief explanation regarding this term *ececeh speaking tu*.

Apa tu Hyperhidrosis?

Untuk pengetahuan sume, Hyperhidrosis ni merupakan satu masalah kesihatan yang mana seseorang tu akan berpeluh berlebihan dan luar daripada kawalan. pesakit Hyperhidrosis ni bukan je berpeluh masa cuaca panas, even tengah stay bawah aircond pun boleh berpeluh sakan.

Kami takde lah pulak penyakit ni. apa sebabnya?

Kalau korang nak tau, penghidap Hyperhidrosis ni ada masalah berkenaan sweat glands dorang. apa ye dalam Bahasa Melayu? owh yeah kelenjar peluh. sweat glands ni sangat aktif sampai mampu keluarkan peluh secara berlebihan. dan ini bukan penyakit keturunan macam diabetes. penyakit ni sememangnya berpunca daripada sweat glands tu.


Biasalah tu. kami pun berpeluh jugak.

Wait wait. ni bukan kes berpeluh biasa yang korang akan alami lepas habis berlari keliling padang tu. biasanya korang cuma akan berpeluh kat badan je kan. pernah tak korang berpeluh sakan kat tapak tangan tak pun tapak kaki? tak pernah kan. haa... situasi ni lah yang dinamakan Hyperhidrosis. cuma 2 - 3% je daripada populasi penduduk kat dunia ada penyakit ni. salah seorang daripadanya ialah AKU.

macam ni lah peluh kat tangan

Wow agak lah, basah siot tapak tangan. tak susah ke nak buat kerja?

Haa kalau korang nak tau, sememangnya susah giler nak buat kerja! izinkan aku gunakan kata ganti diri kitorang untuk pesakit-pesakit Hyperhidrosis ni ok. boleh kata setiap waktu tapak tangan and tapak kaki kitorang ni berpeluh. kalau tapak kaki tu ok lagi sebab most of the time akan pakai kasut. cuma kena tukar stokin selalu jelah. tapi kalau kat tapak tangan tu... pergghhh serius mengakibatkan moral down! bayangkan masa nak driving, stereng habis basah. masa nak menulis, kertas habis basah. masa nak makan, pun tangan basah. masa main computer game, tak usah dicerita lagi betapa basahnya mouse. masa nak masak pun tangan basah, sebab tu lah nama nya 'air tangan'.. haha. 

So, bagi sesiapa yang takde Hyperhidrosis ni, seeloknya korang tu bersyukurlah sebab tak diuji dengan penyakit ni. dan jangan sesuka hati nak mengutuk kitorang pasal tangan basah ni. kitorang tak mintak pun ok. sebelum nak salam orang pun kena lap tangan bagi kering dulu semata-mata tak nak buat orang lain rasa geli. tengok betapa hebatnya ujian yang kitorang hadapi.. huhu *tengah lap air mata palsu*.

Ok ok, kami dah insaf. janji tak nak kutuk lagi. by the way, takde rawatan ke untuk sembuhkan penyakit ni?

Baguslah kalau korang dah insaf. errr.. memanglah ada rawatan untuk Hyperhidrosis ni. tapi, biasalah. setiap rawatan akan ada side effect. ditambah lagi dengan kos treatment yang mahal tu, buat kitorang ni berkira-kira nak dapatkan rawatan. pape pun, aku dengan baik hati nya akan listkan jenis-jenis rawatan untuk penyakit ni. mana korang nak dapat blogger yang baik macam aku ni? ehem ehem.

1.  Antiperspirants


Benda alah ni macam deodorant kan? ni lah namanya antiperspirants. benda ni sesuai untuk orang yang berpeluh berlebihan kat ketiak. kandungannya 10 - 15% aluminum chloride hexahydrate *nak tau lebih lanjut tanya chemist*. cara nak pakai benda ni macam deodorant jugak. cuma fungsinya bukan lah nak bagi wangi-wangi bawah ketiak tu. sampaikan nak tahan kereta kat tengah jalan pun kena angkat tangan tinggi-tinggi semata-mata nak bagi nampak ketiak. sungguh tak bermoral iklan tu. 

Fungsi  :  block sweat glands kat ketiak
Side effect  :  skin irritation

2.  Ubat-ubatan


Kat atas ni merupakan gambar sejenis ubat yang dipanggil glycopyrrolate. Ubat ni boleh diambil atau dalam bahasa pasar nya ditelan oleh pesakit Hyperhidrosis sebagai usaha nak mengurangkan peluh kat area-area terbabit.

Fungsi  :  mengurangkan rangsangan sweat glands supaya tak keluarkan peluh banyak-banyak
Side effect  :  mulut kering, pening & ada masalah dengan urine

3.  Iontophoresis


Err.. aku tau manis senyuman perempuan tu, tapi aku bukan nak cite pasal dia. sila fokus kat mesin tu. haa tu lah mesin untuk merawat Hyperhidrosis. nama rawatan ni iontophoresis sebab dia melibatkan elektrik *sila tanya cikgu sains apa kaitan elektrik dengan ion*. sememangnya rawatan ni paling berkesan untuk mengurangkan peluh kat tapak tangan and tapak kaki. masalahnya, rawatan ni memerlukan masa dan duit sebab kena pergi banyak sesi yang mana setiap satu sesi dalam 10 hingga 20 minit. tak tau lah satu sesi berapa dia caj. 

Fungsi  :  hentikan fungsi sweat glands buat sementara waktu
Side effect  :  kulit merekah

4.  Botox


Aik? botox pun boleh rawat Hyperhidrosis? jawapannya memang ya. tapi terpaksa berfikir banyak kali kot sebelum pilih rawatan menggunakan botox. tak nak lah nanti tapak tangan jadi tegang semacam. nak pegang barang pun susah.. haha. lagipun, kos nak ambik botox ni bukan murah. sekali suntik makan RM600 tak silap. dah tu kena suntik setiap 6 bulan. mana nak tahan kot.

Fungsi  :  block saraf yang merangsang sweat glands
Side effect  :  kesakitan yang teramat sangat

5.  Endoscopic thoracic sympathectomy (ETS)


Rawatan ni memang pilihan terakhir kalau sume rawatan yang lain gagal. kiranya dah serius lah ni sampai kena masuk dewan bedah. tapi jangan risau. ni bukan pembedahan besar sampai kena potong sana sini. setakat tebuk lubang sebesar 1 - 2 inchi je, tak sakit mana pun. rawatan ni paling berkesan kalau berpeluh berlebihan kat tapak tangan. kalau kat ketiak, rawatan ni tak jalan sangat. jangan tanya aku kenapa. tanya doktor. owh ya, kos rawatan ni RM3000 ok.

Fungsi  :  hentikan terus peluh berlebihan
Side effect  :  kesan ubat bius dalam kehidupan harian

.................

Sekian entri kali ni. aku tau memang panjang, penat korang nak baca. takpelah, at least padat dengan info-info perubatan. bukan info-info merepek *terasa*. lastly, aku nak ucap thanks again kat sume readers. tak sangka pulak blog aku ada readers.. hehe.

p/s  :  rasanya husband aku nanti nak tak pegang tangan aku yang berpeluh ni?

* sumber rujukan : 

16 comments:

armouris said...

lagi info tentang hiperhidrosis di SIHAT SELALU - Hiperhidrosis : Penyakit Peluh Melampau

syazaishahani said...

kakak syza ader pnyakit ni.....tgan dier brpeluh gler......kadang2 bleh menitis air tu......haha

kurakuraygslow said...

seyes kakak syaza pun ada penyakit ni? lah samalah ngan akak. huhu memang sampai menitis pun peluh tu. cam hujan gitu..haha

khairul.adlin said...

saya penghidap penyakit nih , nak tanya admin , antiperspirant nih nak dapatkan kat mana ek ?

kurakuraygslow said...

Khairul adlin : Maaf.. saya tak tau dari mana nak dapatkan semua treatment tu. Info ni pun saya ambil dari sumber yang saya nyatakan kat atas tu. Maaf ye~

khairul.adlin said...

Ouh ,admin sendiri , cara yang mana satu admin guna nak mencegah pengeluaran peluh tuh ? admin sendiri pon penghidap penyakit nih kan .

kurakuraygslow said...

Sebenarnya takde guna pape cara pun setakat ni. Just selalu sediakan sapu tangan untuk lap peluh tu ==''

g8adi said...

Hi..saya pun macam korang jgk. Just nk share, sebelum ni saya da try da pakai antiperspirants ni. nme die perspireX. ade 2 jenis. 1 untuk ketiak gn lg 1 untuk tapak kaki. yang kat ketiak tu mmg berkesan la. sekali pakai kadang sampai 5-7hari tak berpeluh langsung kat ketiak. tapi yang kat kaki tu tak berapa berkesan. mungkin sebab peluh kat kaki saya teruk sangat kot. tapi tu dulu la. baru2 ni saya operate ETS tu. murah je dalam RM200-RM300 kat HSA, JB. sekarang ni memang tak berpeluh langsung kat tangan. ketiak tu ade tapi sikitttt sangat la. kaki pn sama sikit je kuar. tu pun kadang2 je. cuma yang tak bestnya, peluh tu kuar kat badan pulak. huhu so sekarang nak kuar rumah je kena pakai singlet. kalau tak memang lencun la baju tu.

opss panjang lak komen. heee =)

kurakuraygslow said...

Wah yeke ETS tu RM200-RM300 je? sebab sebelum ni saya dapat tau RM3 ribu! ada side effect lain tak lepas buat ETS? sebab saya dah pernah tanya pandangan doktor dan dia cakap baik jangan buat ETS kalau tak teruk sangat sebab side effect ETS tu lebih teruk... Masalahnya saya pun dah tak tahan dengan peluh kat tangan. kat kaki boleh tahan lagi kot sebab most of the time pakai kasut dan stokin. tapi kat tangan sangat susah bila nak buat practical...

mega tech said...

http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2010/04/hyperhidrosispeluh-berlebihan.html

Syafiq Suib said...

Kat farmasi jee.. Aq da pnah tnye.. N rege dlm 57 r.malaysia

Anonymous said...

salam saya badrul..kalau nak antiperpirant leh cuba yang import punya..namenya perspi guard..keh layari laman sosial untuk ketahui lebih lanjut pasalnya..sya pernah cuba ia diimport dari uk..saya beli dari seorang kawan di indonesia..namanya nazhan kamal tentu pernah dengar namenya tidak begitu asing di indonesia kerana beliau salah seorang macam kiter..beliau telah menubuhkan klinik rawatan hyperhidrosis di indonesia..saya pernbah beli mesin rawatan ionthoporosis yang mengunakan elektrik current..dengnya dimport dari uk..dan saya nak bagi taw antra ubat antiperpirant terbaik yang saya pernah cuba ialah perspi guard..antra yang terbaik dari ubat yang ada kat malaysia dari farmasi..ia dimport dari uk..malah seluruh pesakit di dunia menggunakan ubat perpirant..insyaallah setiap orang ada effect yang berbeza..bergantung pada penyakit yang dihidapi..harap ia berkesan pada awak ..untuk maklumat lanjut boleh email dekat sya di badrulangah@yahoo.com..assalaumualaikum..

Anonymous said...

salam saya badrul..pasal perubatan elektronik pun saya pernah cuba..kos ubat dalam 50 ringgit sebulan..boleh sampel pos air liur,kuku dan rambut untuk diognasis penyakit

Atie Ika said...

Assalam..boleh cuba makanan tambahan shaklee..ada yang berjaya kurangkan masalah ini

jemput baca http://shkleika.blogspot.com/2014/09/hiperhidrosis-kenali-punca-dan-rawatan.html

Syafiq Suib said...

Kalau untuk bahagian muke nk pakai ubat ap yee :)

Nyanya said...

Ada sesiapa yg pernah uba maxim antiperspirant? Dan dimana boleh dpt?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...