06 April 2012

Love Rain - YoonA & Jang Geun Suk

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Yo SNSD lovers. sebenarnya, aku ingat nak update pasal first performance SNSD kat KLCC 23 Mac 2012 yang lepas. maklumlah, semua orang memang duk excited terlebih pasal kemunculan buat pertama kali SNSD kat Malaysia. aku pun ter'excited' sama. ehem!

 
Cuma Yuri je takde masa ni


Akan tetapi, memandangkan mini show tu pun dah 2 minggu berlalu, rasa macam tak best pulak kan kalau aku baru nak update pasal depa. so, lupakan jelah hasrat tu. ramai lagi blogger lain lebih updated daripada aku. korang pun konfem-konfem dah baca pasal mini show SNSD kat KLCC daripada blog-blog lain. kan kan kan?

***

So, apa aku nak cerita hari ni? jangan risau wahai SNSD lovers. entri ni masih lagi dalam skala kisah-kisah SNSD. cuma, aku bukan nak cerita pasal SNSD semata-mata. kali ni, aku nak cerita pasal Jang Geun Suk jugak. wink wink ^^

***

Apa cerita yang menarik sangat tu?




Tadaa.... mempersembahkan.... Sarangbi / Love Rain. Ni lah dia Korean Drama yang terbaru kat Korea nun. baru je ditayangkan kat KBS (stesen TV kat Korea) bermula 26 Mac 2012 hari tu. cerita ni ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa, pukul 9.55 malam waktu Korea. bermaksud, hanya dua episod je ditayangkan dalam seminggu. bagi aku, cerita ni memang sangat best. pengarah drama ni merupakan pengarah yang sama untuk drama Winter Sonata dan Autumn In My Heart. so, korang faham-faham lah kan macam mana genre drama ni bila pengarah tu jugak yang hasilkan Love Rain. memang melankolik :'(

***

Akan tetapi, dia cuma melankolik waktu awal-awal je. tak silap aku, 4 episod terawal je yang banyak sedih-sedih, tacing-tacing, nangis-nangis. lepas tu, dah tak sedih sangat dah rasanya.

Oh terlupa pulak. apa kata aku perkenalkan dulu.... siapakah watak utama untuk Love Rain yang best ni?

***

First of all, mestilah my YoonA SNSD =)




YoonA bawak dua watak dalam Love Rain ni. first, watak sebagai Kim Yoon Hee, seorang gadis kolej pada tahun 1970-an yang baik, pure gila dan innocent. then, watak kedua pulak, YoonA jadi Jung Ha Na pada tahun 2012. Ha Na ni seorang gadis yang ceria dan aktif. memang berbeza sangat lah daripada Kim Yoon Hee yang nampak pasif gila dan tak banyak cakap. sebenarnya, Ha Na merupakan anak perempuan Yoon Hee.


Kim Yoon Hee


Jung Ha Na


***

So, siapakah pulak hero dalam cerita ni? jeng jeng jeng~




Mestilah Jang Geun Suk! sebenarnya, aku dah sebut dah pun kat atas tadi. hehe.

Jang Geun Suk pun bawak dua watak dalam cerita ni. sama je macam YoonA. satu watak dalam tahun 1970-an dan satu lagi watak dalam tahun 2012 jugak. dalam 1970-an, dia jadi Seo In Ha, student art yang tak pernah bergaul dengan perempuan, tetiba fall in love at a first sight dalam masa 3 saat kat Kim Yoon Hee. berlainan pulak dengan watak Jang Geun Suk dalam tahun 2012 yang mana Seo Joon ni memang casanova habis. kalau Ha Na tu anak perempuan Yoon Hee, Joon ni pulak anak lelaki In Ha.


Seo In Ha


Seo Joon


***

Ok, pelakon utama Love Rain telah pun diperkenalkan. so, sekarang ni, apa kata korang baca sikit sinopsis cerita ni =)

Sebenarnya, Love Rain ni mengisahkan kisah percintaan dalam dua zaman. yang pertama, pada tahun 1970-an yang mana Seo In Ha jatuh cinta kat Kim Yoon Hee masa hujan. tapi, macam biasa lah... drama. mana ada kisah cinta yang mudah-mudah belaka. mesti ada ranjau nya jugak. eceh! berpuitis pulak aku. ahaks =P




Belum sempat In Ha nak cakap yang dia suka kat Yoon Hee, kawan baik dia, Dong Wook pergi berterus-terang dulu lah pulak. rupa-rupanya, Dong Wook pun suka Yoon Hee. so, wujudlah percintaan tiga segi. eh, tapi bukan tiga segi je, aku rasa dah jadi bersegi-segi dah ni. sebab Hye Jung suka In Ha, Chang Mo pulak suka Hye Jung, sedangkan In Sook suka Chang Mo. errrr.... hexagon? hahaha =D




Ok lah, malas aku nak terangkan panjang-panjang pasal percintaan enam segi tu (hexagon). aku terus lompat pergi tahun 2012 jelah. bila percintaan In Ha dan Yoon Hee tak berakhir dengan happy ending, sambung lah pulak cerita pasal percintaan anak-anak dorang berdua ni. tapi, aku tak tau lagi lah macam mana kisah percintaan Joon dan Ha Na. sebab aku baru tengok sampai episod 4. hehe =D



Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal drama ni, boleh klik sini =)

***

Sebenarnya, aku ni bukan lah hardcore sangat dengan Korean Drama. aku dah lama tak follow perkembangan Korean Drama yang terbaru. masa aku lower form dulu, memang minat habis lah dengan Korean Drama. habis semua drama yang tayang kat tv aku tengok. belum kira cd yang aku beli lagi. tapi, naik je upper form, aku dah malas nak tengok Korean Drama dah sebab episod dia panjang-panjang. kebiasaannya, setiap cerita ada 20 episod yang mana satu episod makan masa sejam. boring betul aku. haha =D

Tak percaya, boleh jenguk entri ni. memang dah berzaman Korean Drama ni semua ditayangkan~


***

Akan tetapi, Love Rain ni memang lain. drama ni berjaya membuatkan aku hooked. aku tak suka sebenarnya bila dah hooked dengan Korean Drama ni. kang asyik terfikir-fikir je, bila nak tengok episod seterusnya ==''




Oh wait wait. aku bukannya tengok drama ni sebab YoonA semata-mata. serius drama ni memang best. errr... maybe bagi orang yang suka pure love story macam aku jelah kot. haha. sebab, drama ni agak slow masa episod awal-awal. ranking Love Rain kat Korea pun tak gempak sangat sebab generasi muda lebih suka drama yang fast berbanding slow =.=

***

Dulu, YoonA ada jugak jadi lead actress dalam drama Cinderella Man. dia berlakon dengan Kwon Sang Woo. tapi, story line cerita tu tak best sangat. jadi, aku tetap tak tengok sampai habis even YoonA berlakon. aku tengok sampai episod 3 je. hahaha =D




Love Rain pulak, baru je 4 episod ditayangkan, aku dah excited nak tau apa kisah dalam episod seterusnya. oh ya. aku bukan peminat Jang Geun Suk. tapi, aku suka chemistry antara YoonA dan Jang Geun Suk dalam drama ni =)

***

So, kini, terbuktilah yang drama Love Rain memang best! kalau tak best, aku takkan tengok. haha! =D

Apa kata korang cer tengok trailer drama ni kejap. sehari sebelum Love Rain ditayangkan secara rasmi kat Korea, aku tengok trailer ni dulu. tak pasal-pasal aku jadi tak sabar-sabar nak tengok first episode. tapi, kena tunggu yang subbed dulu lah pulak ==''




***

Apa dia kelebihan Love Rain? selain daripada story line yang best, chemistry antara YoonA dan Jang Geun Suk yang sweet serta sinematografi yang menarik, soundtrack Love Rain ni pun best jugak. check it out~


Love Is Like Rain - Na Yoon Kwon


Lagu ni akan dimainkan waktu permulaan dan pengakhiran setiap episod. kadang-kadang, ada jugak lah jadi background music waktu happy =D


Love Rain - Jang Geun Suk



Lagu ni memang best. dalam drama ni, In Ha cipta sendiri lagu ni untuk Yoon Hee. dan, lagu ni memang sesuai waktu sedih-sedih. lagi-lagi waktu Yoon Hee tinggalkan In Ha. wuwuwu =(

***

Errr.. aku rasa, macam dah overboard pulak pasal Love Rain ni. haha. bukan apa, serius aku dah terpikat dengan drama ni. tak kisah lah rating rendah ke apa, janji aku suka. memandangkan aku dah suka sangat dengan drama ni, jadi aku nak share dengan korang link untuk tengok Love Rain =)




[EP 1] [EP 2] [EP 3] [EP 4] [EP 5]
[EP 6] [EP 7] [EP 8] [EP 9] [EP 10]


Enjoy Watching! ^^

2 comments:

babyLilO said...

saya pun suka sgt cite ni..sgt romantik =) suke jang geun suk!!

kurakuraygslow said...

Best kan! Baru start tengok ke? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...