04 January 2015

Journey to Korea - Day 5 (Seoul Central Mosque, Itaewon)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Khamis - 30 Januari 2014

Semalam dah berjalan kat tempat-tempat bersejarah. jadi, hari ni kita nak pergi tempat yang tak bersejarah pulak. hehe.

Macam biasa, sarapan pagi kat Mate Hotel seawal 7 pagi. kemudian, bertolak menaiki bas pukul 8 pagi. destinasi pertama kitorang hari ni ialah Amethyst Factory. jadi, para pemudi dan mak pemudi pun bersinar-sinar mata masing-masing pabila menatap keunguan batuan amethyst.

Mak aku pun rembat satu cincin amethyst. aku tak rembat pape. takde duit. haha!

***

Lepas tu, kitorang pergi pulak ke Donghwa Duty Free Department Store. kat sini cuma jual barang branded je. orang lain sakan bershopping. family aku window shopping je. hehe. lepas tu pergi pulak ke Gunganbo. ni tempat jual barangan kesihatan. bosan. tak sabar nak blah dari tempat tu. haha =P

***

Akhirnya, selepas berjam-jam menanggung seksa melawat tempat yang aku tak minat, akhirnya kami pun menuju ke Itaewon untuk lunch. untuk pengetahuan korang, ramai Muslim dari serata dunia ada kat Itaewon. memang payah lah nak jumpa Korean kat sini. kebanyakannya peniaga dari Timur Tengah. dan di sini juga terletaknya satu-satunya masjid yang ada kat bandar Seoul =)



Kali ni kita makan masakan India kat Foreign Restaurant



Konsepnya masih lagi buffet. aku ambik daging dan ayam kot. tapi masakan dia tak menepati selera aku -,-



Setelah lunch, marilah kita berjalan kaki menuju ke Seoul Central Mosque untuk solat~






Jalan nak naik ke masjid ni berbukit yang amat






Seoul Central Mosque. dari sini boleh nampak bandar Seoul sebab masjid ni terletak kat puncak. nak ambik wuduk kena ambik kat luar. lepas tu baru masuk dalam untuk solat 



***

Selesai solat, kami pun naik bas semula seterusnya menuju ke Namsan Tower =)


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...