07 March 2013

Jonghyun CN Blue & YoonA SNSD - The Born of A New Couple :D

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai DeerBurning / JongYoon shippers! ^^



Yeah! akhirnya sekarang ni aku dah boleh buat entri khas untuk peminat Jong-hyun CN Blue dan YoonA SNSD. kalau sebelum ni, nak buat entri pasal dorang pun serba salah sebab aku ingatkan aku sorang je yang excited gila dengan the most sweet-lovely-adorable couple ever ni. ahaks! *yo yo o je serba salah... padahal dah post dua entri berturut-turut pasal dorang... heeeeee*

Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali pabila banyak search keywords 'YoonA dan Jong-hyun CN Blue' ke blog ni. yeay! tak sangka aku ada geng. sep sikit! =)



all posts about JongYoon couple is here =)

***

Oh ye. kepada sesape yang tertanya-tanya apakah makna di sebalik perkataan DeerBurning dan JongYoon tu... don't worry. sesungguhnya aku memang suka menjelaskan sesuatu perkara secara terperinci. baik kan aku? ihiks ;-)

First of all, JongYoon tu datangnya daripada nama Jong-hyun (Jong) dan YoonA (Yoon). so, jadilah JongYoon =)

Dah tu, DeerBurning tu apa pulak? sebenarnya, para peminat menggelarkan YoonA sebagai Deer sebab mata dia yang cantik (mata rusa cantik ke?) Jong-hyun pulak memang dah pegang karakter Burning sebagai simbol kepada huruf B dalam perkataan B.L.U.E masa CN Blue mula-mula debut dulu. so, bila digabungkan, jadilah DeerBurning =)

Kedua-dua gelaran tersebut boleh digunakan kat couple yang sepadan nak mampus ni. no offense. hakhak =P

Omo *fainting* =P


***

Sebenarnya, kisah pasal couple ni unik sikit. dorang tak pernah langsung tunjukkan pape interaksi depan skrin sebelum ni. bermula tahun 2013 ni jelah, baru nampak interaksi sweet melampau dorang tu. ahaks!

Tapi, couple ni dah lama dijadikan watak utama dalam Fan Fiction / FanFic sejak tahun 2010 lagi. FanFic ni merupakan cerita khayalan tentang artis Kpop yang ditulis oleh para peminat di seluruh dunia. entah kenapa, walaupun dorang tak pernah ada pape kaitan sebelum ni, ramai peminat yang nampak potensi Jong-hyun dan YoonA untuk menjadi couple walaupun hanya dalam FanFic. ihiks!

Tak sangka langsung... bermula dari FanFic, tetiba tahun 2013, watak FanFic tu menjelma ke dunia nyata. waaaaaa ayat aku. nak kelas je. hakhak =P



***

Disebabkan aku sangat teruja nak tau pasal dorang... segala YouTube video dan blog yang ada cerita pasal JongYoon, semua aku tengok dan baca. bajet banyak sangat masa. haha! =D

Hasil usaha gigih aku tu *hak tuih*, siap kenal international JongYoon shippers lagi kayyyyyy. bhahahaha *gelak bangga yang tak perlu dibanggakan sangat* =P

Selain tu, memandangkan aku tersangatlah tak sedar diri yang Isnin minggu depan ada exam, 28 lecture notes perlu dibaca, dan hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk study..... sempat pulak aku pergi buat video pasal JongYoon. muehehehe =P



Sebenarnya, aku tak pernah pun buat video. malah, tak pernah sedar pun kewujudan Windows Movie Maker dalam laptop aku. haha. tapi entah kenapa, dua minggu lepas, hati sanubari aku meronta-ronta untuk membuat satu video khas pasal JongYoon. so, aku pun saja jelah coba-coba try-test mengaplikasikan sedikit-sebanyak multimedia skill yang dah lama tertanam dalam diri aku ni. kekeke.

Hasilnya.... ok jugak walaupun ni pertama kali aku buat video. rasanya aku patut ambik course Multimedia lah, bukan Medic. haha. pastu, aku pun gatal-gatal tangan pergi create YouTube channel dan upload kat YouTube dengan harapan wujudnya lebih ramai JongYoon shippers lepas ni.

Ternyata plan aku tu berjaya! ramai jugak JongYoon shippers yang komen. akhirnya aku sedar, I'm not alone shipping them. sobsobsob :'-)

So, JongYoon shippers sekalian, apa kata korang tengok sikit hasil editing skill aku yang tak seberapa ni. hehehe =D




***

Tak cukup dengan video kat atas ni, hari Ahad lepas aku pergi buat video lain pulak. memang 'banyak' sangat lah masa aku kan. haha! =D *oh lecture notes*

Tapi, video kedua aku dah kena block dengan MBC (stesen TV kat Korea) hanya dua hari selepas aku upload kat YouTube. sebabnya... aku ada masukkan klip satu rancangan SNSD terbitan MBC dalam video tu. hek eleh. tu pun nak block. penat tau aku buat video!

Sebelum kena block tu, sempat lah jugak beberapa orang komen. yeay! seronok tengok reaksi JongYoon shippers all over the world ^^ *oh lecture notes*

***

Berikut merupakan caps video yang dah kena block tu. aku masih boleh tengok video ni sebab aku yang upload. tapi orang lain tak dapat lah. huhu =(



***

Memandangkan aku masih tak sedar diri yang tiga hari lagi nak exam, sempat lah pulak aku pergi edit balik video yang dah kena block tu. muehehehe. aku cut sikit part yang konon-konon MBC block tu, dan upload semula kat YouTube sejam lepas. kekeke =P

* Update

Second video ni pun dah kena block dengan MBC lima hari selepas aku upload semula kat YouTube =.=


***

Akan tetapi, kurakuraygslow memang tak pernah kenal erti putus asa *hak tuih =P*. so, aku pun dah edit semula video tu buat kali ketiga (dan harap-harap ni kali terakhir). MBC tolong jangan block lagi ye =)

So, u olls, sila lah tengok my third video. ihiks!




please click here for another JongYoon's video =)

***

Selain daripada tu *eh tak habis lagi cerita pasal JongYoon couple rupanya... hihi*, sekarang ni dah ada satu forum rasmi yang membincangkan pasal the most sweet-lovely-adorable couple ever ni kat forums.soompi.com. sila klik link kat bawah untuk baca forum tu~




Aku yang tak pernah pernah join mana-mana online forum, tetiba semangat gila pulak pergi join forum pasal JongYoon couple ni. haha. memang tak sedar diri langsung. konon-konon buat kerja berfaedah lettew =P

Dah lah setiap masa aku pergi cek forum ni kot kot ada pape update. haih. wake up kurakuraygslow... wake up!

Errrrrr... ok lah. 28 lecture notes dah meraung-raung minta dibaca. dia cakap jangan asyik mengadap laptop je *uhuk*. annyeong JongYoon shippers! ^^



8 comments:

Rayyan Zafran said...

post yang ni memang best! nanti buat lagi tau. dorang berdua tu memang padan!

kurakuraygslow said...

Wahhh first JongYoon shipper yg komen :-)
Thank you ^^
Of course akan update psl dorang klu ada cerita best. Sila2 lah bg cadangan jugak :-)

Rayyan Zafran said...

hehe kalo bole buat la lg video byk2 pasal dorang ye... nak tgk lg... =)

Haslina said...

Kura kuraaaaa..

Hahahaha, akak nak tergelak betapa fanatiknya kamu terhadap makhluk dua orang ni.

Peace.

kurakuraygslow said...

Eh Kak Haslina. Haha segan saya. Kak Haslina pun ada blog? Jangan lah hide. Saya pun nak baca jugak :)

Haslina said...

Ada akaun je. Blog dah delete. Hehe

uda Usin :) said...

anneyong .. blogwalking .. ehee ..
oh myy .. sy mmg betul2 minat YOONA ..
deer Yoona ..
i like her since her debut ..
so cute ..
and i really2 love jonghyun oppa ..
like this blog so much ..
and also deerburning couple ..
:)

kurakuraygslow said...

Uda Usin : Thank you so much!!! Yeay! Ada geng... JongYoon shippers ;) Sep sikit :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...