08 January 2017

Wow! Dua Kali The Vocket Publish Artikel Aku

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello pencinta Korea dan pembenci Korea sekalian. Hihi~

Pada hari Rabu, 4 Januari 2017 yang lepas... aku dan Ziha pi merewang kat Berjaya Times Square. Masing-masing dok sibuk perabiskan duit gaji kerja part time. Haha. Pastu, sambil-sambil tunggu monorel... konfem lah kitorang online. Biasalah generasi anti-sosial. Dok mengadap henfon je 24 jam. Kahkah.

Pastu, tetiba kakak Ziha tag aku kat Facebook. Bila bukak notification, rupa-rupanya The Vocket publish artikel mengenai trip aku ke Descendants of the Sun (DOTS) filming site kat Korea!



OMG dramatik dan poyo nya tajuk artikel tersebut! HAHA :D


Sebenarnya, tajuk asal aku bukannya gitu. Aku ada post kat Facebook mengenai trip ni pada 30 Oktober 2016 yang lepas. Tajuk nya skema je. "Trip to Taebaek - Descendants of the Sun Filming Site (Earthquake Scene)".

Tak sangka pulak The Vocket bagi tajuk yang menggelikan seperti itu. Aku tengok pun nak termuntah. HAHA. Buat sesiapa yang teringin nak baca artikel asal kat Facebook aku, boleh klik sini :)

Tak lama lepas tu, Facebook Page Jeju Muslim Travel share post The Vocket tu~



Kahkah! Kelakarnya caption dia! Saya bukannya hebat, tapi obses dengan DOTS. LOL XD


Akhir sekali, Facebook Page Himpunan Cerita Lawak pulak share post tersebut~




Selari dengan jumlah 'like' yang banyak kat page Himpunan Cerita Lawak... komen-komen negatif mesti lah banyak jugak. HAHA!



Sesetengah orang suka berfikiran negatif all the time. So, cara terbaik untuk meneutralkan fikiran dia adalah dengan bagi jawapan yang educated sikit. Hihi.



Cerita ni memang takde kebaikan untuk negara kita pun. Dah kata label nya travel. Bukannya ekonomi atau politik. HAHA. Btw, DOTS bukan Kpop tau. DOTS tu K-Drama :)



Eh pernah lah viral. Mesti encik tak baca ni :)



Awak-awak semua ni nak jadi mahram saya ke? ;-)


***

Aku belum sempat update entri pasal trip ke DOTS filming site kat blog. Maklum lah, aku pi situ dalam #4thtriptokorea. Laaa ni entri #3rdtriptokorea pun belum habis lagi. Malaih nak update. Kehkeh.

Jadi, buat sesiapa yang nak pergi ke DOTS filming site dalam waktu terdekat, boleh lah study cara untuk ke situ melalui Facebook post aku :)




Siap buat video lagi! Gigih tak aku? HAHAHA :P


 ***
 
Lepas tu, pada hari Jumaat, 6 Januari 2017... The Vocket post artikel aku yang lain~




Aku post artikel ni kat Facebook pada 4 Disember 2016 yang lepas dengan tajuk "35 tips and tricks backpacking to Korea"

*boleh klik sini untuk original post*

Seperti biasa, mesti lah ada komen negatif jugak. HAHA!




Saya tak tau awak berdua ni baca ke tidak artikel tu sampai habis. Lain kali jangan baca tajuk je tau :)


Adakah aku perlu berterima kasih kat The Vocket sebab siarkan artikel aku walaupun aku tak dapat pape komisyen? HAHA!


***

Kesimpulan daripada cerita ini, bukan nya semua orang mempunyai minat yang sama. Tapi, kita kena lah hormat minat orang lain. Walaupun aku tak minat make-up, aku tak pernah hina orang yang berhabis duit untuk make-up. Dah tu minat dia, itu yang buat dia rasa happy... biarlah dia. Bukannya dia minta duit korang pun :)

Sama lah jugak macam aku. Aku tak minat benda lain selain daripada Korea. Dan aku tak pernah minta duit orang lain untuk travel ke Korea. Prinsip aku, kalau nakkan sesuatu... kenalah usaha. Sebab tu aku selalu simpan duit scholarship untuk travel. Lepas grad, aku kerja part time pulak. Bukannya duduk goyang kaki minta duit parents okay :)

Nasib baik aku belajar skil Personal and Professional Development (PPD) masa kat medical school dulu. Sekurang-kurangnya, boleh lah bagi reverse psychology sikit kat orang yang berfikiran negatif ni :)




***

Oh by the way, aku boleh jadi tour guide korang ke Korea sementara menunggu hospital placement for housemanship. Tapi, The Vocket dah post "35 tip travel ke Korea Selatan tanpa tour guide" lah pulak. Habislah takde orang nak jadikan aku tour guide depa. HAHAHA :P

Tapi, buat sesiapa yang tak berani nak travel ke Korea tanpa tour guide... mai lah pergi dengan cheq. Cheq janji bagi harga murah-murah ja ;-)










So, kalau berminat... jangan lupa whatsapp. Hihi :D


4 comments:

micky said...

it's so funny how ppl can be so negative about this. sedangkan apa yang dikongsikan ini pon satu ilmu juga. ilmu bagaimana hendak merantau ke negara asing adalah merupakan satu ilmu ikhtiar hidup/survival yang tidak kurang juga pentingnya. ia memerlukan daya berfikir yang pantas dan kreatif dalam memaksimakan resources sedia ada.

dalam tidak sedar apa yang ditonjolkan oleh para commenters ini hanyalah sikap prejudis mereka sahaja akibat sudah hidup terlampau lama di bawah tempurung dan sebaliknya berselindung di sebalik premis kerana dahagakan entri yang ilmiah. kalau sudah dibutakan oleh prejudis maka segala yang murni pon akan dihitamkan. kalau dikongsikan teori kuantum fizik sekalipon bukan faham pon golongan sebegini kerana melalui komen mereka pon sudah dicerminkan taraf ilmiah mereka.

sekian dr kura kura good job and have fun. i hope u carry on blogging and stay cool!

kurakuraygslow said...

Micky: Thank you for your positive insight! :)

farlyna natasha said...

Micky..betul2.. fN g korea pun senag sbb info dari kurakuraygslow jugak.. senang..

kurakuraygslow said...

Thank you FN :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...