Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Hai korean lovers. dah lama jugak aku tak update entri 'belajar tulisan korea' ni. last sekali aku update lebih kurang dua bulan yang lepas kat sini. fuh bersawang kelas tuisyen aku.. hehe.
So, memandangkan kita tengah dalam bulan puasa, and tak lama lagi nak raya, kali ni aku nak buat 'segmen belajar tulisan korea' yang khas pasal nombor. nanti, senang lah korang nak kira berapa hari lagi nak raya. nak kira duit raya dalam Bahasa Korea pun boleh. no hal.
....
First of all, sistem nombor dalam Bahasa Korea ni pelik sikit. dia tak macam Bahasa Melayu yang sememangnya simple. sebab apa aku cakap pelik? sebab kat Korea, ada dua sistem nombor yang digunakan. yang pertama, berdasarkan Bahasa Korea asli. yang kedua pulak, derived daripada Bahasa Cina.
Persoalannya di sini, waktu bila nak guna sistem yang pertama and waktu bila pulak nak guna sistem yang kedua? oh don't worry. i'm here bebeh... ahaks.
Ok, korang kena guna sistem yang pertama, yang berdasarkan Bahasa Korea asli tu kalau nak kira benda yang jumlahnya sikit, yang tak sampai 100. contohnya kiraan jam, ada sampai pukul 12 je kan?
Then, kalau jumlah benda tu lebih daripada 100 kena guna sistem yang kedua, which is derived from Chinese tu. contohnya kiraan minit. memanglah kalau diikutkan minit kat jam tu maksimum 60 minit je kan. tapi dah dia tetapkan, kalau minit je kena guna sistem yang derived from Chinese, ikut jelah labu...
So, dah habis penerangan aku.... jom kita mulakan kelas skang ok *mood cikgu*. kat bawah ni aku list kan kedua-dua sistem tu, dengan ejaan nombor-nombor dalam tulisan Korea nya sekali.
1) Bahasa Korea Asli
1 - ha na 6 - yeo seot
하 나 여 섯
2 - dul 7 - il gop
둘 일 곱
3 - set 8 - yeo deol
셋 여 덟
4 - net 9 - a hop
넷 아 홉
5 - da seot 10 - yeol
다 섯 열
Kalau nak tulis nombor 11, akan jadi camni... yeolhana = 열하나. ala-ala gabungan 10 dengan 1 (10 + 1), jadilah 11 kan. kalau 12 pulak, (10 + 2), yeoldul = 열둘. so, pandai-pandai lah korang gabungkan sendiri 10 + 3 untuk jadikan 13 and so on.
Kat bawah ni, aku dengan baik hatinya dah pun listkan nombor 20 sampai 90. korang gabungkan lah sendiri untuk dapatkan nombor-nombor lain tu. takkan aku nak listkan sampai nombor 99 pulak. jenuh lah kan.
20 - seu mul 60 - ye sun
스 물 예 순
30 - seo reun 70 - i reun
서 른 이 른
40 - ma heun 80 - yeo deun
마 흔 여 든
50 - swin 90 - a heun
쉰 아 흔
hai awek cute yang pakai Hanbok (pakaian tradisional Korea)
....
2) Derived daripada Bahasa Cina
0 - gong / yeong 6 - yuk
공 / 영 육
1 - il 7 - chil
일 칠
2 - i 8 - pal
이 팔
3 - sam 9 - gu
삼 구
4 - sa 10 - sip
사 십
5 - o
오
Sama jugak masa sistem pertama tadi, kalau nak tulis nombor 11 (10 + 1), akan jadi... sibil = 십일. nombor 12 pulak (10 + 2)... sibi = 시비. nombor 13 and so on korang gabungkan sendiri ok.
Bagi aku, sistem kedua yang derived from Chinese ni lagi senang. sebab, dia takde term khas untuk nombor 20 ke, 30 ke... sume nya digabungkan daripada nombor-nombor asas yang kat atas tu jugak. contohnya camni...
***
20 = 2 x 10, so... i x sip = isip 이십...
kalau nak sebut nombor 25, jadilah 2 x 10 + 5, iaitu i x sib + o = isibo 이십오...
30 pulak... 3 x 10, so... sam x sip = samsip 삼십...
camtu jugak lah kalau 32... 3 x 10 + 2, so... sam x sib + i = samsibi 삼십이...
***
Senang kan sistem yang kedua ni. simple je. memandangkan ianya sangat lah senang macam makan roti canai je, aku pun tak perlu lah nak listkan sume nombor-nombor yang ada. aku bagi yang basic jelah. korang gabungkan sendiri. korang kan pandai-pandai belaka. kan kan?
100 - baek 1 juta - baek man
백 백 만
1,000 - cheon 1 billion - sib eok
천 십 억
10,000 - man
만
100,000 - shim man
십 만
wow... duit raya Korea
....
Bagi sape-sape yang suka tengok variety show Korea tu, mungkin korang akan perasan, bila ada acara lumba lari je, dorang sebut "Hana, Dul, Set!". yeah, tu maksudnya... "Satu, Dua, Tiga!". disebabkan dorang cuma nak sebut sampai nombor tiga je, dorang gunakan lah sistem Bahasa Korea Asli. kalau nak kira benda yang banyak, barulah dorang akan guna sistem yang derived from Chinese. korang faham kan?
Lastly, semoga bertemu lagi dalam segmen yang akan datang. selamat belajar! annyeong~
No comments:
Post a Comment