Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Hai you all! lama kot aku tak update entri mengajar bahasa korea ni. al maklum lah busy memanjang (busy lah sangat). ok ok, dah ready dengan ipad masing-masing? (apa kes pen dengan kertas.. outdated style). tak payah merepek-repek lagi, kita mulakan terus lah ye.
Kalau entri sebelum ni aku tekan kan pasal panggilan-panggilan dalam family, kali ni aku nak ajar kata-kata sapaan pulak. sekaligus, boleh lah korang praktikkan kat bakal mak mertua ke, bapak mertua ke, biras ke, beras ke, kucing sebelah rumah pun boleh jugak. kot-kot terus masuk senarai menantu pilihan sebab pandai cakap bahasa asing. aku pun dapat nama jugak.. haha perasan. dah dah! aku nak mula ni. korang ni suka buat aku lari topik. seperti biasa, ni bahasa formal ok. bukan bahasa pasar (banmal).
1. apa khabar/ selamat - an nyeong ha se yo
pagi sampai petang 안 녕 하 세 요
2. selamat malam - an nyeong hi ju mu se yo
안 녕 히 주 무 세 요
3. selamat tinggal - an nyeong hi kye se yo
(orang yang pergi) 안 녕 히 겨 세 요
4. selamat tinggal - an nyeong hi ka se yo
(orang yang stay) 안 녕 히 가 세 요
5. hello (dalam telefon) - yeo bo se yo
여 보 세 요
6. terima kasih - kam sa ham ni da
감 사 합 니 다
7. sama-sama - cheon man e yo
천 만 에 요
8. maafkan saya - mi an ham ni da
미 안 합 니 다
9. tunggu sekejap - jam kkan man yo
잠 깐 만 요
10. saya suka awak - joh a ha se yo
좋 아 하 세 요
11. saya sayang awak - sa rang hae yo
사 랑 해 요
Korang mesti pelik kan apsal sume ade 'yo' kat hujung. cam rap pulak ber-yo-yo. 'yo' tu menunjukkan rasa hormat, kalau berborak dengan member kamceng boleh lah drop 'yo' tu. tapi kalau berborak dengan mak mertua, jangan jangan. sila ber-yo-yo ok.
* kalau lah nak cakap 좋아하세요 tu semudah ABC, takde lah aku jadi kurakuraygslow =.=
No comments:
Post a Comment