01 January 2013

SNSD Korean Comeback - I Got A Boy

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hai SONE! adakah korang excited gila macam aku? tertunggu-tunggu bila SNSD nak buat Korean Comeback setelah setahun senyap sunyi tanpa sebarang lagu Kpop. dan akhirnya, pada hari ini, 1 Januari 2013, tepat pukul 5 petang waktu Korea, SNSD dah buat Korean Comeback dengan lagu I Got A Boy! =)

***

SM Entertainment dah mula umumkan Korean Comeback SNSD ni sejak dorang release MV Dancing Queen lagi. kat akhir MV tu pun dah ada teaser untuk I Got A Boy.

Selain tu, 6 hari lepas... SM Entertainment ada jugak release Drama Teaser untuk I Got A Boy ni~



Kemudian, 3 hari lepas pulak... SM Entertainment release lagi I Got A Boy Dance Teaser~


***

Macam-macam betul strategi pemasaran SM Entertainment ni kan. berduyun-duyun teaser dia keluarkan untuk lariskan produk. dan, terbukti strategi itu sangat berjaya. tak lama lepas SM Entertainment umumkan Korean Comeback SNSD, terus saham SM Entertainment melonjak naik! see. ramai betul peminat SNSD ni termasuk aku. hehe =D

***

Untuk pengetahuan korang, selain daripada jadi tajuk lagu untuk Korean Comeback SNSD, I Got A Boy jugak merupakan nama album Korea keempat dorang =)

Jadi, sila lah tengok MV I Got A Boy ni~


***

So, SONE... apa pendapat korang tentang penampilan terbaru SNSD untuk lagu ni? sebenarnya, sejak aku tengok segala teaser I Got A Boy yang ada, fikiran aku tak lari dari memikirkan... konsep SNSD kali ni dah macam f(x) pulak =(

SNSD


f(x)

Aku fikir macam tu sebab, outfit SNSD dalam MV ni funky gila. pastu konsep MV ni pun dah macam MV f(x). kalau korang tak tau lagi, SNSD dan f(x) ni berada bawah syarikat rakaman yang sama iaitu SM Entertainment. kot ye pun 'adik-beradik', jangan lah sama macam f(x). huhu =(

Aku lebih suka konsep SNSD yang sebelum ni. pakai outfit yang seragam dan koreografi yang menarik. bukan ke SNSD akan nampak lebih cantik bila dorang pakai outfit yang seragam =)



First MV SNSD tanpa outfit yang seragam adalah The Boys. walaupun outfit dorang lain-lain, aku masih suka konsep MV The Boys sebab elemen elegan SNSD masih ketara di situ. tapi, dalam MV I Got A Boy ni, elemen tu macam dah hilang =(

The Boys


Oh ye, pasal lagu ni pulak, setakat ni belum sedap didengar kat telinga aku lagi. maklumlah, baru dengar sekali. macam kes MV Bad Girl dulu lah kot. ahaks =P

So, harap-harap, aku akan rasa lagu I Got A Boy ni best dan boleh terima konsep MV ni *haih*. dan, semoga Korean Comeback SNSD pada tahun 2013 ni success belaka! =D

* Nak tau maksud dan konsep di sebalik lagu I Got A Boy? sila klik sini =)



p/s : tengah-tengah study week pun boleh sibuk berSNSD aku ni. haha. aku akan start final exam untuk semester ni minggu depan, 7 Januari 2013 sampai 15 Januari 2013.


Pack gila kan jadual final exam aku. nak bernafas pun tak sempat * bajet... study week melagha je kerjanya*. padahal, memang setiap semester pun jadual final exam macam ni. kadang-kadang aku rasa kagum kat diri sendiri sebab mampu mengharungi jadual pack macam ni. muahahaha *muntah darah* =P

Oh ye, bagi yang pelik kenapa jadual ni dalam Bahasa Melayu, course aku tetap belajar dalam English. tapi, bahasa rasmi UKM kan Bahasa Melayu. sebab tu segala urusan rasmi hendaklah dibuat dalam Bahasa Melayu =)

Siot je bakal Dr. Mohd Arif Lokman yang gelak sejurus selepas tengok jadual dalam Bahasa Melayu ni. haha =,=

Jadi, harapan 2013, sekali lagi aku nak lulus semua modul untuk Tahun 2 ni supaya dapat melangkah ke Tahun 3 dengan bergaya. tak nak reseat paper apatah lagi repeat year. so, jom study! hahaha =D

*  Selamat menempuh final exam untuk pembaca yang dah start ataupun bakal menduduki final. semoga berjaya dengan izin Allah s.w.t =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...