05 January 2014

Right Now, It's Time For SNSD To Date Publicly xD Lee Seung Gi - YoonA & Jung Kyung Ho - Soo Young (Updated: Nichkhun - Tiffany & Baek Hyun - Tae Yeon & Oh Seung Hwan - Yuri)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hello SONE! Tahun baru 2014 ni mesti meninggalkan kesan mendalam dalam hidup korang kan =)

***

Pada 1 Januari 2014... tengah-tengah aku skroll down facebook timeline, terus terkejut beruk tau aku pabila Allkpop published article ni! Hadiah tahun baru 2014... media kat Korea dah konfem kan berita YoonA dan Lee Seung Gi ber'dating'!!!

Aku macam... seriously??? aku suka gila kalau dorang berdua ni betul-betul couple sejak zaman variety show Strong Heart lagi! sebab Lee Seung Gi memang suka YoonA dari tahun 2009. dah lah dia setia. tak pernah pilih orang lain selain YoonA. dan selepas 5 tahun, dorang betul-betul date each other! it's like a fairtytale bebeh. weeeeeeeeeee~

Lee Seung Gi & YoonA =D


Katanya, dorang dah date each other sejak bulan September 2013. kiranya, baru 4 bulan lah kan. hubungan dorang pun masih kat peringkat awal lagi. harap-harap, percintaan dorang ni berjalan lancar tanpa sebarang kisah duka. ececeh. ayat macam doktor cinta =P

Memandangkan aku sangat suka couple ni, telah ku siapkan satu video khas mengenai detik-detik manis antara mereka berdua dari tahun 2007 hingga 2014. so, sila lah enjoy video aku ni. hihi =D



***

Tak cukup dengan satu kejutan pada awal tahun 2014... pada 3 Januari, aku sekali terkejut beruk pabila Allkpop published article ni pulak! Soo Young pun dah in a relationship dengan pelakon Jung Kyung Ho uollsss~

Jung Kyung Ho & Soo Young =D


Secara jujurnya, aku tak pernah kenal pun Jung Kyung Ho tu. maklumlah, bukan kaki Korean Drama. tapi, lepas dapat tau je Soo Young dating dengan dia, terus aku google siapakah gerangan lelaki bertuah tu. 

Berdasarkan hasil carian google aku, Jung Kyung Ho ni merupakan watak utama dalam drama Cruel City. *errrr... tak pernah dengar pun drama tu... hehe*. dia dilahirkan pada 31 Ogos 1983 sedangkan Soo Young dilahirkan pada 10 Februari 1990. jauh jugak jarak umur dorang. tapi aku tak kisah. asalkan Soo Young happy, SONE pun akan happy. rupa Jung Kyung Ho tu pun boleh tahan. muehehe =P

Katanya lah kan... dorang ni dah lama date each other. sejak Februari 2013 lagi. tapi, masa tu dorang sorokkan hubungan tu. maklumlah, agak jarang nak dengar pengakuan cinta daripada artis Korea ni. takut peminat tak boleh terima hubungan tu -,-

***

Lagi satu, SM Entertainment tak pernah keluarkan kenyataan yang mengesahkan artis dorang bercinta. kebiasaannya, SM hanya akan menafikan dan terus menafikan. sebab tu lah pabila SM sahkan YoonA bercinta dengan Lee Seung Gi, kebanyakan peminat terperanjat! demam ke apa SM ni? =P

Tak habis lagi terperanjat dengan berita Lee Seung Gi - YoonA, peminat bertambah terperanjat pabila SM sahkan Soo Young pulak bercinta. SM Entertainment... ni wakenabeb ke apa? haha =D

2 taken... 7 to go =D


***

Walaupun naluri aku mengatakan, kebanyakan ahli SNSD memang dah in a relationship... dorang tak pernah keluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ni. so, bila YoonA dan Soo Young dah mengaku secara terang-terangan, tetiba aku rasa bangga dan bahagia. tak ubah macam perasaan seorang ibu yang gembira bila anak dia dah jumpa jodoh yang sesuai. *pehhhh... hiperbola habis! HAHA!* =D

Sebagai SONE sejati, aku tetap akan teruskan sokongan terhadap ahli-ahli SNSD walaupun dorang bercinta, berkahwin mahupun beranak. right now, it's SNSD! in the future, it's SNSD! forever, it's SNSD! SNSD saranghae! =D


***

Updated : Jom lah kita terkejut lagi sekali pabila pada 4 April 2014, SM telah mengesahkan Tiffany pulak ber'dating' dengan Nichkhun 2PM! melalui artikel ni, dorang pun baru date each other selama 4 bulan. yes aku tau, kebanyakan peminat 2PM dan Khun-Victoria shippers tak dapat terima hakikat ni. al-maklumlah, Nichkhun kan hot. mestilah fangirls dia nak Nichkhun jadi milik dorang atau pun Victoria f(x). kekeke =P

Tiffany & Nichkhun =D


Secara jujurnya, aku agak terkejut pabila Tiffany ber'dating' dengan Nichkhun sebab banyak kali jugak Nichkhun tunjuk minat kat YoonA. contohnya, dalam variety show Idol Army yang mana dia pilih YoonA sebagai partner. then, masa awal-awal episod We Got Married Khun-Victoria, Nichkhun kena pilih seorang ahli daripada setiap girls group yang disebut untuk jadi partner dalam WGM. dan Nichkhun pilih YoonA pabila SNSD disebut. 

Dan dan dan (banyak pulak dan aku... haha), apa yang aku tau... Tiffany rapat dengan Taecyeon 2PM dan secara tak langsung berkawan dengan Nichkhun jugak. dari situlah dorang jadi rapat kan. lagipun masing-masing English speaker dan selalu jadi MC sama-sama. memang padan sangat lah =)

***

Haaa agak-agaknya lah kan, lepas ni giliran siapa pulak ye? mungkinkah Seohyun =P

SNSD nak ikut jejak langkah Sunye Wonder Girls =P


***

Updated : Berapa banyak kali nak terkejut daaaaaa. pada 19 Jun 2014, melalui artikel ni, SM telah mengesahkan yang Tae Yeon ber'dating' dengan Baek Hyun EXO! part yang konon-konon nak kebetulan sangat lah, dorang pun dah date each other selama 4 bulan. sebenarnya, Baek Hyun memang merupakan fanboy Tae Yeon sejak tahun 2011 lagi. tak sangka pulak selepas 3 tahun dorang betul-betul ada feeling towards each other. dah kata bawah satu company kan, mesti lah senang je nak jumpa. i like it! hehehe xD

Baek Hyun & Tae Yeon =D


Walaupun aku merupakan peminat Baek Hyun, takde lah pulak aku nak meroyan bagai bila Tae Yeon dan Baek Hyun in a relationship. aku memang suka dorang ni sejak dulu lagi. sesuai apa. sama pendek kecik, sama comel. hihi =D

So, Tae Yeon- Baek Hyun couple... walaupun korang dapat macam-macam reaksi daripada haters, jangan risau... ramai lagi SONE dan EXO fans yang sokong hubungan korang. may your relationship lasting forever~



***

Who's next??? =P

***

Updated : Pada 19 April 2015, mari kita terkejut lagi pabila SM telah mengesahkan Yuri ber'dating' dengan baseball player iaitu Oh Seung Hwan! *rujuk artikel ni*. hmmm nampaknya boyfriend Yuri je bukan orang seni. hihi. katanya dorang dah start dating sejak November 2014. okay nasib baik bukan 4 bulan jugak. haha. 

 Yuri & Oh Seung Hwan =D


Dalam ramai-ramai boyfriend SNSD setakat ni, nampaknya boyfriend Yuri menang dari segi kekuatan. keke =P 

***

[BREAK UP]


* Tiffany & Nichkhun - 28 Mei 2015

Menurut artikel ni, dorang berdua dah break up selepas 1 tahun 5 bulan in a relationship. huhu. sedihhhh. katanya sebab masing-masing busy. aku harap hubungan dorang akan sambung balik, tak pun dorang kekal kawan baik macam dulu =(

 Nampaknya impian commentator ni menjadi kenyataan


* YoonA & Lee Seung Gi - 12 Ogos 2015

Huwaaa aku betul-betul terkejut saat aku bukak artikel ni! tak percaya couple yang aku stan selama bertahun-tahun, then ber'dating' in a real life, tapi break up after 1 tahun 9 bulan!!! aku harap ni mimpi je. tapi lepas cubit diri sendiri, ternyata ini bukan mimpi =(

Katanya dorang break up sebab masing-masing jugak busy dengan karier sendiri. nanti kalau dah tak busy, sambung lah balik relationship korang YoonA & Lee Seung Gi T_T



Last Updated : 20th August 2015


3 comments:

Wana Seoby said...

Kebanyakan peminat bagi respon positif dengan hubungan yoona & lee seunggi >__< sangat happy sebab lee seunggi ada image baik ><

anistya hardini said...

senangnya jadi 'teman sehati kura-kura' :)

salam kenal kura-kura :)

nursyafinas zainal said...

Tiffany punya relay? Haha. Happy for them. Jumpa blog ni masa google tadi . Seronok rasa ada gak blogger SONE Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...