11 October 2013

Tetiba Aku Jadi Peminat EXO :D

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai uollsss~

Memandangkan case write-up aku dah siap (dan dah hantar dah pun... hikhik), tiba lah masa nya untuk aku menggedik-gedik balik pasal Kpop kat sini. ahaks! =P

Lebih kurang 3 bulan yang lepas, aku ada post entri ni dan salah sorang tukang komen iaitu Rayyan Zafran ada tanya, aku tak minat EXO ke? masa tu, memang aku belum jadi peminat EXO lagi. apa lagu dorang pun aku tak tau. haha. memandangkan masa tu tengah musim promotion lagu Wolf, aku pun pick jelah tajuk lagu tu... kengkonon kenal sangat dengan EXO. ihiks!


***

Eh kejap! si kurakuraygslow ni tak kenal kan langsung pun apa, siapa dan bagaimana EXO tu. haih... takde mukadimah! so, biaq aku terangkan sikit lah siapakah gerangan EXO ni ye. hihi =D

Sebenarnya, EXO merupakan sebuah Kpop group yang baru debut pada April 2012 dengan lagu MAMA. dorang ni merupakan group baru yang bernaung bawah SM Entertainment. kiranya, junior my SNSD lah ni. hihi. walaupun aku minat gila kat SNSD, aku tak minat sangat pun artis-artis SM yang lain. Super Junior ke, f(x) ke, Shinee ke.... kenal gitu-gitu je. cuma SNSD yang kukuh bertakhta di hati sanubari ini =P



Tapi, aku tau lah... ada satu group baru bawah SM yang debut tahun lepas. tau jugak nama group tu EXO. tau jugak lagu debut dorang MAMA. tapi tak pernah dengar pun lagu tu sebelum ni. tau ahli EXO tu ramai gila macam Super Junior, tapi tak tau bilangan sebenar. sekarang ni, cuma korang bayangkan iceberg. haaa... masa tu apa yang aku tau pasal EXO umpama 'the tip of the iceberg' (ececeh... speaking). hehe =P


Haa macam ni lah... hehe

***

Akan tetapi, dalam pertengahan bulan Julai macam tu, tetiba aku berminat nak tengok variety show Weekly Idol yang mana guest nya EXO. walaupun tak kenal siapa ahli EXO, disebabkan rancangan tu best... aku memang follow je. bila dah tengok EXO dalam Weekly Idol tu, tetiba rasa dorang ni best pulak. sense of humour pun ada. saya suka saya suka! =D

Masa tu lah baru aku tau yang ahli EXO ni ada 12 orang yang mana EXO-K (6 orang), EXO-M (6 orang). EXO-K promote kat Korea, EXO-M promote kat China. sebelum ni memang dorang terpecah kepada dua sub-group. cuma untuk lagu Wolf, baru dorang gabung kedua-dua sub-group ni sehingga menjadikan EXO lebih femes dan amous!



* sebenarnya 4 orang ahli EXO-K pernah muncul dalam MV TTS-Twinkle

***

Tapi tapi... (banyak betul tapi), masa tu aku belum jadi peminat EXO lagi lah. hehe. cuma kenal dengan lebih dekat je. orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta *ececeh*. so, lepas tengok Weekly Idol... dah start minat dorang sikit-sikit disebabkan sense of humour yang ada dalam diri sebahagian ahli EXO tu. kehkehkeh =P

Lepas tu, tengok pulak stage performance EXO kat Korea-China Friendship Concert kat channel KBSW. niat asal nak tengok SNSD... tapi dah alang-alang ada Kpop group yang lain, tengok jelah. masa tu, EXO buat performance lagu Wolf dan History. bila aku tengok performance dorang... kagum lah jugak. showmanship dorang memang superb! ada class! dah lah ahli EXO tu hensem-hensem dan muda-muda belaka. ahaks! =P



Lebih-lebih lagi, ada extra performance daripada tiga ahli EXO (D.O, Baek Hyun dan Chen) yang memegang posisi vokal dalam group. sememangnya, dorang layak untuk posisi tu sebab vokal dorang memang mantap. walaupun pada pandangan aku, dorang nyanyi macam takde feeling langsung (hehe), rasanya boleh dimaafkan kot sebab dorang kan artis baru... nyanyi pulak lagu orang lain... mesti nervous kan. hihi =D

Oh ye. masa ni aku dah terpikat kat Baek Hyun tau (yang kat tengah). kekeke. so, apa kata korang pun tengok jugak lah performance yang berjaya mencairkan hati aku ni~




Haaaa... amacam? best kan suara dorang. bukan setakat muka je hensem, vokal mantap dan kelakar jugak tau. ihiks!

***

So, masa ni... minat aku kat EXO dah mula timbul. sanggup kot tengok semula Weekly Idol semata-mata nak tengok Baek Hyun. muehehehe. (kan best kalau semangat tu diaplikasikan dalam study... ehem). ohhhhh.. rupa-rupanya Baek Hyun ni mahir dalam hapkido. wahhhhh... bukan je suara sedap, pandai dalam seni mempertahankan diri jugak rupanya. cuma ketinggian je yang tak berapa nak ada. kekeke =P


Byun Baek Hyun =)


Oh ye. masa ni aku minat sikit lah kat Baek Hyun. minat kat EXO tu pun lebih kurang je. belum addicted lagi. hihi. bila pulak saatnya aku jadi addicted dengan EXO ni? haaaaa... awal bulan Ogos hari tu, tetiba EXO ada release lagu baru iaitu Growl. sejak tengok MV Growl lah, aku terus minat gila-yang-teramat-gila-sampai-aku-jadi-gila kat EXO =D




Dah lah koreografi lagu ni menarik gila, ditambah lagi dengan dancing skill dorang yang superb tu. perghhhhhh!!! memang berjaya membuatkan aku jadi peminat EXO kot. lagu ni pun banyak menang carta muzik kat Korea tau. hehe. 

***

Lepas tu... (eh, tak habis lagi rupanya), aku tengok pulak EXO kat rancangan A Song For You kat channel KBSW. masa ni, 4 orang ahli EXO-K iaitu Chan Yeol, D.O, Baek Hyun dan Suho ada nyanyi lagu Baby Don't Cry secara live. lagu ni merupakan track kedua dalam album yang sama dengan Wolf. seriously, suara dorang sedap gila! memang mendayu-dayu. tak salah langsung pilihan aku untuk jadi peminat EXO. kekeke =P




***

Dalam satu rancangan radio pulak, dorang kena menyanyi secara live lagu-lagu EXO yang telah ditukar lirik... on the spot! takde berlatih langsung pun~









See! sedap gila kan suara dorang. I'm meltinggggggg~

***

Lepas tu lagi... (hehe), EXO ada muncul kat rancangan Immortal Song 2, jugak kat channel KBSW. dorang ada buat live performance. tapi, masa ni cuma Baek Hyun dan Chen je yang menyanyi.




Kali ni, aku rasa live performance dorang memang best! walaupun nyanyi lagu penyanyi senior, dorang masih  mampu menghayati lagu tu dengan baik sampaikan aku pun rasa nak nangis. sobsobsob :'(

***

Sebab tu lah minat aku kat Baek Hyun semakin bertambah. dengar lah suara dia. tengok lah joke dia. charming kan. hehehe. secara kebetulan, Baek Hyun lahir 11 hari sebelum aku. bulan Mei jugak. hihi. umur kitorang sama tau. dah lah Baek Hyun merupakan fanboy Tae Yeon SNSD. lagi lah cheq sukaaaaa~

Apa kata korang try tengok video ni~





Dan ni~



Aigooo.... Baek Hyun.... you are way too obvious ;)

***

Mentang-mentang dah jadi peminat EXO, semua variety show dorang aku download. hehehe. oh ye, EXO ada muncul dalam Weekly Idol buat kali kedua. silalah ke link ni untuk tengok dan download ye =)

***

Jadi, dengan ini... secara rasminya... kurakuraygslow telah menjadi peminat EXO! yeay!!! tapi... tak tau nak gelarkan diri sendiri apa sebab EXO belum ada fanclub yang rasmi lagi. buat masa ni, ramai yang gelarkan diri dorang EXOtic. so, aku pun nak jugak lah.... I'm a SONE and EXOtic. hihi =D



Sampaikan screen lock pun gambar EXO... kekeke =P


***

Update:  Sekarang ni ramai ahli EXO dah ada akaun Instagram. sila lah klik link kat bawah =)

<Kris>






<Tao>

<Lay>

<Kai>


7 comments:

Rayyan Zafran said...

wah kura2 sekarang dah minat exo.. bagus3.. thumbs up

Hafizin Jamil said...

saya ada contact fb awak..

siPenulis said...

Wawahh.. saya pun baru kenal diorang nih! First member yg saya kenal Chanyeol... tp btl lagu diorg n dancing mmg superb!!

kurakuraygslow said...

Si Penulis : Semua ahli EXO ada charm yang tersendiri kan? Daripada tak kenal langsung, terus jadi minat ;)

exogongzhu said...

i love exo too ^^
nice to know another fans that love exo :)
hyeeee ^^

Anonymous said...

Saya dlu x minat sgt dgn exo..lpst tengok mv growl saya terus suka...member yg saya minat dlu baekhyun hehe..tpi skrg saya dh minat suho dan luhan

Luexolu said...

Saya pulak minta exobila tengok exo showtime.. dulu x la ske exo, pastu ada satu malam tu tergerak pulak hati nak tengok cite tu.. bile tengok terus suke dorang nihh, pastu sampai x tido malam study pasal exo ^haha, study utk exam x nk plk^ Skng sy ske Luhan ngan baekhyun serta chanyeol and d.o dan pendek kata semua lah! tapi sy paling minta luhan and jessica snsd. luhan pernah cakap yang jessica tu ideal type dye, so saya start ske jessica.. ^^ memang hepi gila kalau tengok pape video pasal exo tu..stress semua hilang bila tengok dorng tu..so sye suka exo ngn snsd la sekarang.. and now tak sabar nak beli barang kpop plk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...