07 November 2013

SNSD Japanese MV - Galaxy Supernova & My Oh My

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hai SONE! pada 4 September 2013 yang lepas, SNSD ada released Japanese song yang bertajuk Galaxy Supernova. dah dua bulan berlalu, baru aku sibuk nak update entri pasal SNSD kan. hehe =D

So, jom kita tengok MV Galaxy Supernova ni sekejap~





Pada pendapat aku, lagu ni boleh lah tahan sedap didengar. aku jarang tau nak suka Japanese song SNSD. hihi. dan lagi satu, perasan tak dancing dorang dalam MV ni dah macam gabungan Gee, Hoot, Dancing Queen dan Genie. tak perasan? it's okay bebeh. try tengok ni~


Seeeeeee... dance movement Galaxy Supernova ni dah macam gabungan empat MV pulak >.<

***

Mula-mula, aku konpius sekejap. ingatkan SNSD jadi duta handphone terbaru Samsung. sebab tulah dorang keluarkan MV Galaxy Supernova ni. kot-kot lah lepas Galaxy Young, Galaxy Wonder, Galaxy Note... Samsung nak keluarkan model Galaxy Supernova pulak. ternyata sangkaan aku tu meleset. 

Part SNSD jadi duta tu betul. tapi bukannya duta Samsung, sebaliknya duta Samantha Thavasa Jeans.

* Update : Tetiba aku terdengar cerita, lagu Galaxy Supernova ni merupakan hasil kerjasama dengan Samsung untuk model Galaxy S4 Supernova. part ni aku tak pasti. tapi lagu untuk iklan Samantha Thavasa Jeans tu aku pasti 120%.

Samantha Thavasa Jeans


Lahhhhh... patutlah dorang pakai colourful jeans macam zaman Dancing Queen dan Gee dalam MV ni. aku ingatkan SM Entertainment tak cukup bajet sampai sanggup recycle jeans empat lima tahun dulu. rupa-rupanya ni jeans baru. Ahmad Albab Samantha Thavasa yang punya. kehkehkeh =P

So, apa kata korang tengok di sebalik tabir MV Galaxy Supernova ni~




***

SNSD ni asyik jadi duta je kan. jam lah.... jeans lah.... saya suka saya suka!!!! =D


Casio Baby-G

Casio Sheen

* ada sape-sape nak belikan aku jam Casio ni tak? haha =P

***

Selain Galaxy Supernova, 4 November 2013 yang lepas, SNSD ada released Japanese song terbaru dorang lagi! betapa lama nya aku tak update pasal SNSD sampaikan sempat lagi dorang keluarkan lagu lain. kehkehkeh =P





Memandangkan SNSD dah ada banyak Japanese song yang baru, so dorang akan keluarkan 3rd Japanese Album pada 11 Disember 2013 nanti. kemungkinan dalam album tu akan ada lagu Love & Girls, Galaxy Supernova, My Oh My dan jugak beberapa lagu lain =)

***

Dengar kata, MV My Oh My dikeluarkan lebih awal daripada yang sepatutnya sebab SNSD dah menang Video of the Year melalui MV I Got A Boy kat YouTube Music Awards (YTMA) pada 3 November 2013 yang lepas. guess what. SNSD merupakan satu-satunya Asian artist yang menang kat YTMA tau! =D



Nak lebih dahsyat lagi, saingan SNSD bukan nya calang-calang. Justin Bieber, Miley Cyrus, Lady Gaga dan entah sape lagi entah. yang aku tau bukan calang-calang lah. haha! tu pun, SNSD menang tau! indeed... the power of SONE =)


Tiffany mewakili SNSD ke New York untuk YTMA


Akan tetapi, aku akui... kalau dikutkan... SNSD takde lah femes sangat kat Barat nun. so, bila group yang konon-konon tak femes sangat ni, kalahkan pulak Justin Bieber, memang habis lah peminat Bieber tu mengamuk.





Dah ramai orang vote, sebab tu lah SNSD menang. disebabkan tak ramai yang vote Bieber and so on, sebab tu lah dorang tak menang. got it? =P

* sebenarnya, aku langsung tak menyumbang kepada vote SNSD sebab aku busy... hihi =P

***

Oh ye. memandangkan aku dah jadi EXOtic.... ni ada cerita pasal EXO. dorang tercalon dalam kategori Worldwide Act untuk MTV EMA 10 November 2013 (mengikut waktu Amsterdam) nanti. antara nama besar yang ada dalam kategori tu ialah Justin Bieber (sekali lagi) dan One Direction. harap-harap, EXO pun memang kategori ni, ikut jejak langkah sunbaenim dorang (SNSD). barulah tertutup sikit mulut Bieber fans. haha =D



Kalau korang nak vote untuk EXO, boleh lah ke link ni. nak vote banyak kali pun boleh~


* disebabkan aku busy, EXO pun aku tak vote. haha! tapi aku harap EXO menang lah =D

Update : EXO tak menang Best Worldwide Act kat MTV EMA. Justin Bieber dan One Direction pun tak menang. Chris Lee dari China dah berjaya mengejutkan semua peminat EXO, JB dan 1D. takde angin, takde ribut... tetiba Chris Lee menang tau! so, pengajarannya di sini, jangan pandang sebelah mata jumlah penduduk China ;)


2 comments:

Aisyah Ismail-Somkham said...

"GG copied Little Mix and Fifth Harmony"
Whuttt? GG wujud lagi lama dari Little Mix dgn Fifth Harmony tu lah...
Btw, saya rasa blog akak yg lagi satu tu pasal Medik UKM sgt helpful,TQ akak! :)

kurakuraygslow said...

Haa tulah. Yg peliknya Gangnam Style dorang sanjung pulak -,-
Btw,thanks atas pujian(?)...haha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...