04 July 2013

SNSD 7th Japanese Single - Love & Girls

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hai SONE! dah lama aku tak update pasal SNSD kan. konon busy sangat lettew. kekeke. memandangkan aku dah habis final exam dan dah pun dapat result minggu lepas (alhamdulillah lulus), so boleh lah update balik dengan SNSD. seterusnya, boleh update blog jugak. hewhew~

Well, pada 17 Mei 2013 yang lepas, SNSD ada released MV terbaru dorang sempena musim panas. tapi ini merupakan Japanese Song. konsep MV ni lain daripada MV SNSD sebelum ni. tak pernah-pernah dorang buat MV shooting kat luar studio, tetiba untuk MV Love & Girls, SNSD menggunakan konsep flash mob. so SONE... just enjoy this song =D




Highlight dalam MV ni adalah 'shampoo dance' yang mana dorang gerakkan tangan macam nak syampu rambut tu. secara jujurnya, aku tak faham pun maksud lagu ni. hahaha. cuma lagu dia boleh tahan lah. ada feeling happy-happy sebab summer, dan MV dia pun colourful. tak kisah lah. ni bukannya comeback song SNSD pun. jadi kalau tak best sangat pun takpe. hewhew~

***

Kemudian, pada 5 Jun 2013, Love & Girls Dance Version pulak released. takde beza pun dengan Love & Girls MV. cuma kali ni, semestinya menampilkan tarian semata-mata~




***

Lepas comeback dengan 'I Got A Boy', SNSD sibuk dengan 2nd Japan Arena Tour dari Februari hingga April 2013. sebab tu lah tak banyak update pasal dorang dalam tempoh ni. bermula awal bulan Jun hari tu pulak, SNSD dah start dengan World Tour. tak tau lagi sampai bila World Tour dorang ni. memang sampai ke sudah lah SNSD akan busy.



Oh ye, mengikut perancangan, SNSD akan adakan World Tour kat Malaysia 24 Ogos 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil. pehhhhhh... mesti para SONE excited gila nak tunggu konsert solo SNSD ni. masalahnya, tarikh tu serentak dengan CN Blue World Tour kat Malaysia jugak. haih.... mesti SONE dan BOICE pening kepala tak tau nak pilih yang mana ~,~



Update : CN Blue World Tour kat Malaysia dah pun berjalan dengan jayanya pada 24 Ogos 2013. malangnya, sampai sekarang pun belum ada SNSD World Tour kat Malaysia. tak tau lah bila baru ada -,-


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...