18 August 2015

Trip to Sabah : Day 1 - Kundasang (Rumah Terbalik, J. Residence, Desa Dairy Farm, Masjid Jamek Kundasang) #r4308vacay

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hihi kali ni kurakuraygslow ke Sabah pulak. Secara jujurnya, trip kali ni merupakan first trip aku tanpa family ke tempat yang jauh dalam Malaysia. Aku ulangi, dalam Malaysia. Tempat paling jauh yang pernah aku pergi tanpa family ofkos lah Korea. Luar daripada Malaysia. Hiks!

Family aku pun tak pernah ke Sabah lagi walaupun kami pernah tinggal kat Sarawak dekat 10 tahun. So, bila housemate aku masa kat Asasi Sains UiTM Puncak Alam (Palam) mempelawa diri ini travel ke Sabah yang mana ketika itu flight ticket Air Asia ke Sabah tengah promo (RM180 return), ofkos lah iuollllsss setuju. Tak fikir pasal duit langsung masa tu sebab gian nak berjalan punya pasal.


 Rumah Terbalik, Tamparuli

***

Plan kami untuk ke Sabah ni 3 hari je sebab masa tu je flight ticket ada promo. Dasar bajet ciput. Hehe. Plan asal travel berlima. Tapi, last minute sorang cancel so tinggal lah kami berempat. Semua planning dilakukan oleh dua orang housemate Palam aku iaitu Izzati (kitorang panggil Kak Cik) dan Fathiah (kitorang panggil Fat walaupun dia tak fat). Hihi. Sorang lagi housemate aku yang akan follow trip ni ialah Akmal (jangan konfius pulak, dia perempuan tau. hiks).

Aku takde menyumbang sebarang tenaga mahupun idea dalam planning tersebut sebab tengah busy nak final exam masa tu. Nasib baik planning yang dibuat oleh Kak Cik dan Fat ni memang tip-top. Takyah risau pape. Cuci kaki je. Sampai kan tarikh nak pergi Sabah pun aku boleh lupa membuktikan betapa tak terlibatnya aku dalam planning tersebut. Haha!


 Cuba teka yang mana satu Kak Cik, Fat dan Akmal.

***

Selasa - 28 Julai 2015

Akhirnya, tarikh yang aku terlupa ni telah tiba. Kiki. Hanya seminggu selepas raya juga seminggu sebelum aku masuk semester baru. Memandangkan flight kitorang dari KLIA2 ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) berlepas pada awal pagi, jadi Kak Cik dan Fat tidur kat rumah aku malam tadi sebab rumah dorang jauh. 

Kak Cik tinggal kat Sungai Besar manakala Fat tinggal kat Pekan. Rumah aku dengan Akmal dekat je dengan KLIA2. Sebab tu kami tidur kat rumah masing-masing. Hehe.

Jadi, selepas Subuh terus ayah aku hantar kitorang bertiga bertolak dari rumah aku untuk jemput Akmal kat rumah dia then terus pergi ke KLIA2. Sampai-sampai je kat KLIA2, kitorang pergi beli roti dan air mineral kat dalam departure gate dulu untuk alas perut dalam flight. Makanan dalam flight tu kan mahal belaka. Maggi cup pun sampai RM8 apa cite.

Selepas membayar harga air mineral (RM2.70) dan roti (RM0.85) tu, kitorang cepat-cepat berlari ke gate. Gate tutup pukul 7.30 pagi. Masa tu lagi seminit je nak 7.30 weh. Nasib masa sampai tu gate belum tutup lagi. Kalau tak naya je kena tinggal flight. Goodbye to Sabah lah cenggitu. Huhu.

Tepat pukul 7.50 pagi, flight pun berlepas ke Sabah. Aku memang jenis tak dapat tidur dalam flight. Tak tau kenapa. Kalau naik kereta, boleh pulak bantai tidur sepanjang perjalanan. Mungkin satu hari nanti aku perlu menaiki kereta ke Sabah. HAHA!


 Orang kata kalau kira lembu senang tidur. Aku dah kira sampai seribu tetap tak tidur-tidur apa kes? - Desa Dairy Farm, Mesilau


Akhirnya, selepas 2 jam 40 minit tanpa tidur... AK5108 pun selamat mendarat kat KKIA pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan. Eceh ajet-ajet pergi luar negara je aku ni.

Macam biasa, dah sampai tempat orang kena lah beratur kat imigresen dulu. Buat warga semenanjung yang mengunjungi Sabah, korang tak boleh stay kat situ melebihi 3 bulan kalau takde Dokumen Perjalanan Terhad (DPT). So, korang akan dapat satu kertas macam resit yang mana korang perlu simpan kertas tu baik-baik, dan tunjukkan kat kaunter imigresen masa nak balik ke semenanjung nanti.

Memandangkan aku lahir kat Sarawak, jadi aku tak dapat pun kertas tu. Hihi. Nak stay kat Sabah 3 tahun pun boleh. Mungkin boleh dapatkan menantu Sabah sorang-dua untuk mak aku. Heh?! :P

***

Settle urusan kat imigresen semua, kitorang pergi makan KFC dulu. Kebulur dah ni tahap dracula. KKIA tu kecik je. Toksah lah nak cari kedai makan lain. KFC je ada. Hehe.

Aku spend RM9.25 kat KFC. Breakfast merangkap lunch. Pasni kena tahan perut sebab next meals adalah pada waktu dinner. 

Sambil-sambil makan tu, Fat sibuk berwhatsapp dengan skandal baru dia kat Sabah... Achok namanya. Kitorang akan sewa kereta daripada dia. Semua urusan sewa-menyewa ni Fat yang uruskan. Sekali lagi aku cuma cuci kaki. Hihi.

Dalam pukul 11.15 pagi, kitorang pergi ke entrance KKIA untuk tunggu Achok bersama kereta Viva putihnya. Fat dah sengih-sengih je. Mentang-mentang Achok tu muka baik-baik plus ada lah hensem sikit. Silap-silap, Fat pulak dapat bawak balik menantu Sabah untuk mak dia. Haha.


 Hmmmmmm


Then, kitorang berempat terus naik kereta sambil Fat buat urusan pembayaran kat Achok. Harga kereta sewa tu adalah RM210 untuk 3 hari - dari pukul 11 pagi hari pertama hingga pukul 7 petang hari ketiga. Si Achok adalah nak bagi briefing sikit pasal kereta tu tapi kitorang awal-awal dah berterima kasih kat dia. Nampak sangat tak sabar nak suruh dia blah. Haha. Masa dapat kereta tu tangki minyak kosong lah pulak! Kena lah pergi isi minyak dulu. Huhu.

Dalam trip kitorang ni, Kak Cik yang paling terer bawak kereta auto. So, Kak Cik jadi first driver. Dia pun merempit ke Petronas yang terdekat. Kitorang isi 20 liter dulu (RM43). Harap-harap tahan lah sampai hari terakhir.

***

Okeh habis sudah intro. Marilah kita masuk ke cerita utama. Panjang benar intro nya. Kahkah.

Mengikut plan, hari pertama kitorang akan ke Kundasang. Stay kat Kundasang satu malam then tengah hari second day kita ke Kota Kinabalu pulak. Stay kat KK pun satu malam. Then hari terakhir kitorang akan ke pulau. Kemudian, balik ke KL. Semoga berjalan lancar lah trip kami ni hendakNya :)

So, dari Petronas, kitorang menuju ke Tamparuli terlebih dahulu. First destination adalah Rumah Terbalik: The Upside Down House of Borneo. Macam yang aku sudah khabar sebelum ni, semua plan ni Kak Cik dan Fat yang buat. Aku ikut je. So, jangan tanya aku kenapa kena pergi Rumah Terbalik. Aku pun tak tau sebab nya. Kiki.


Dari KKIA ke Kundasang lebih kurang 2 jam perjalanan. Kat tengah-tengah jalan kita akan jumpa Tamparuli dulu.


Perjalanan kitorang ni berpandukan navigation kat Google Maps je. Masing-masing pakai phone cikai. Waze tak nak berfungsi kat phone kitorang. Huhu. Waze ingat dia hebat sangatlah tu. Google Maps pun okay kot. Mampu membawa kami ke jalan yang benar jugak. Huh!

Korang navigate je Upside Down House, Tamparuli. Konfem jumpa. Dia ada kat belah kiri jalan. Masa sampai kat situ, cuaca panas berdenting gila. Habis berminyak muka aku. Huhu.


Muka berminyak macam mana pun, gambar tetap gambar. Aku syak kelawar tu maskot tempat ni. Kat mana-mana je dia ada.


Seperti biasa, setiap tempat pelancongan mesti lah dikenakan bayaran. Harga tiket masuk Rumah Terbalik tu RM10.60 seorang termasuk GST! Semua benda ada GST sekarang. Ceyt! Selain daripada Rumah Terbalik, kat tempat tu jugak ada 3D Wonders Museum. Muzium ni ala-ala Trick Eye Museum kat Korea. Setakat nak bergambar boleh lah. Takde apa yang menarik pun. So, aku tak berminat nak masuk 3D Wonders Museum tersebut. Masa kat Korea dulu pun aku rasa bosan dengan muzium gambar tu. Hehe.


Harga tiket masuk 3D Wonders Museum - RM20++. Mahal kan?


 Dah bayar tiket RM10.60 untuk Rumah Terbalik... jom lah kita explore puas-puas tempat ni.


 Rumah ni memang dibina secara terbalik. Bermula dari bumbung ke tapak rumah. Jangan lah noob sangat ingat dorang terbalik kan rumah ni pulak ye.


Masa mula-mula datang, staff kat situ akan bawak korang masuk rumah tu dulu. Tapi, tak boleh ambik gambar langsung sepanjang dalam rumah. Korang dengar jelah dia membebel pasal barang-barang dalam rumah tersebut. Seingat aku lah, rumah ni ada kena mengena dengan satu family Kadazandusun. Seingat aku lah. Sorry kalau tersilap. Daya ingatan ni dah makin luput dimamah usia.

Dalam banyak-banyak dia membebel tu, satu pun tak lekat kat otak aku. Aku cuma ingat dia ada bagi satu kuiz, barang apa yang paling berat dalam rumah tu. Jawapannya mesin jahit. Haaa itu je yang aku ingat. Hiks!

Yang lain-lain tu nanti korang dengar lah sendiri dari mulut dia. Ada je info-info tertampal dalam rumah tu. Aku baru nak baca, dah dia suruh keluar pulak. Ceh aku bayar kot masuk sini. Tak sempat nak baca dah kena halau.


Keluar dari rumah, dia suruh kitorang ketuk gong ni dulu. Acah-acah baik pulak lepas halau orang.


Nak ambik gambar dalam rumah tak boleh. Kalau nak ambik gambar kat perkarangan rumah tersangat lah boleh. Katanya, family Kadazandusun tu pernah tinggal kat Johor sebelum balik ke Sabah. Sebab tu lah nombor plat kereta ni JDX.


 Fat hampir-hampir nak menjerumuskan dirinya ke lubang tandas.


 Hmmm... nampaknya skill bergambar aku tak seberapa. Tak nampak real dengan terbalik-terbalik tu.


Hoho. Skill bergambar yang jugak low class :P


Lepas ambik gambar kat tempat berkebun tu, tetiba dah habis pulak tour kitorang kat Rumah Terbalik. Jalan sikit ke depan jumpa souvenir shop. Ofkos lah semuanya mahal belaka. Takde nya kitorang nak beli souvenir kat sini. Trip kami masih berbaki 3 hari. Chillax. Tapi, cuaca sangat panas. So, masing-masing rembat aiskrim yang mahal untuk membasahkan tekak. Aiskrim solero biasa je pun RM2.25. Padahal kat tempat lain RM1 je tau. Huhu.

Sejam je kot kitorang kat sini. Then, marilah kita chow menuju ke Kundasang. Nak check-in hotel pukul 2 petang :)

***

Jalan ke Kundasang sangat berbukit. Bila ada lori kat depan lagi haru. Kelajuan 30km/h. Huhu. Tapi best! Sejukkkkk. Rasa macam kat Korea waktu winter :P

Sambil-sambil enjoy pemandangan kat Kundasang tu, akhirnya kami tiba kat J. Residence, hotel yang kami akan stay untuk satu malam di Kundasang. J. Residence terletak kat belah kanan jalan kalau korang dari arah KK.




 Jalan masuk ke J. Residence. Masa ni tak nampak kedahsyatan kecondongan bukitnya lagi.


Sekali bukit dia condong 45 darjah kot! Berzikir kitorang dalam Viva putih tu! Nasib baik Kak Cik expert mengawal keadaan. Bravo Kak Cik :P


 Fat ditugaskan untuk check-in. Ini lah bilik kami. Nombor 5B :)


 Boleh tengok banyak benda hijau kat beranda. Bukan mak kau hijau ye. Kahkah.


 Berdepan dengan beranda kitorang, ada tempat BBQ.


 Excited nampak banyak cermin transparent. Boleh nampak pemandangan luar ^^


 Rate bilik kitorang RM99 per night - triple room


Besar gila katil dia. Memang berbaloi ambik triple room for 4 people. Hiks! Bilik ni takde aircond sebab memalam tersangatlah sejuk.


Mula-mula, excited nampak banyak cermin transparent. Sekali, Akmal menjerit. Dia tanya memang toilet dia macam ni ke? Kitorang pun berpusu-pusu ke toilet. Sekali toilet dia pun cermin transparent. Huwaaaaaaaa.

Pengajarannya di sini, korang jangan ambik bilik nombor 5B ye. Walaupun best boleh nampak kehijauan kat luar, korang jugak akan nampak hijau-hijau masa mandi. Haha. Mungkin sebab bilik ni kat hujung, kat depan belakang semua hutan belantara, so kemungkinan takde orang akan nampak toilet tu. Kemungkinan jelah. Kita tak tau kebenarannya. Huhu.

Kak Cik pun cepat-cepat keluarkan kain batik. Kitorang tutup toilet tu mana yang mampu je. Ada lagi ruang transparent yang boleh nampak hijau-hijau. Pasrah je lah labuuuu. Kita berselindung selagi boleh. Kiki.


Bilik lain yang ada kat J. Residence. Tapi ni double room.


Mula-mula, kitorang solat jamak qasar Zohor-Asar dulu. Walaupun waktu Sabah sama macam semenanjung, tapi hakikatnya waktu kat sini awal sejam dari semenanjung. Jadi, pukul 6 petang pun dah gelap. Memandangkan Kundasang ni area dia sunyi sikit, jadi kitorang tak berani nak merayau malam-malam. So, jadual kita hari ni sampai Maghrib je.

Selesai solat, masing-masing terus bersiap untuk ke Desa Dairy Farm. Tempat tu lah yang femes banyak lembu hitam putih ala-ala kat New Zealand tu. Hihi. Sebenarnya, kitorang dah cukup kelam kabut dalam bersiap sebab takut Desa Dairy Farm tutup. Tempat tu bukak pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kot-kot lah pukul 4.30 petang dia dah tak terima visitor. Kempunan kitorang nanti tau. Tempat ni memang wajib pergi kalau ke Kundasang. Wajibul ghunnah!


Kalau tak sesat dalam 25 minit boleh sampai


Tempat tu pun berbukit yang amat jugak. Kitorang ni dah lah naik Viva je. Alhamdulillah mampu jugak sampai ke tempat yang dituju. Tiket masuk Desa Dairy Farm RM5 seorang. Boleh bayar terus kat entrance dia. Then, bawak lah kereta korang menaiki bukit lagi.


Entrance. Bestnya nampak banyak kabus. Sejukkkk macam kat Korea. Hee~


Dalam 5-10 minit camtu, akhirnya kami sampai kat tempat yang banyak lembu tu. Hehe. Excited. Tak sabar nak jumpa lembu-lembu yang comel dan gemuk.


Keluar je dari kereta terus bau harum semerbak najis lembu menyapa bulu hidung.


 Moooo mooooo. Lembu-lembu tersebut malu-malu belaka. Mereka tak mau datang dekat.


 Kami menglembu sendirian di sini. Ingatkan masuk lah gambar lembu sekor-dua. Sekali muka kitorang je dah gedabak. *muka Fat lah paling besar. haha*


 Hai lembu. Meh lah datang dekat cik kurakuraygslow. Hiks!


Apalah nasib. Dah lah lembu tu semua jauh-jauh. Nak rasa aiskrim lembu yang orang cakap sedap tu pun tak dapat sebab tempat ni dah nak tutup. Huhu.


Tapi takpe. Boleh enjoy pemandangan yang cantik ni pun dah cukup bersyukur. Scenery kat sini memang Subhanallah :)




Wow dari sini boleh nampak puncak Gunung Kinabalu! Ittew tengah mencari-cari Donkey's Ears Peak di sebalik kabus.


 Nampak gaya macam ni je Donkey's Ears Peak tersebut. Ni lah puncak yang patah lepas gempa bumi tu.


Masa nak ambik gambar ni pun tak senang hati sebab banyak sangat anjing berkeliaran kat sini. Huhu. Dah lah mari kita pulang. Kitorang semua takut kena kejar dengan anjing Sabah.


 Bye-bye Desa Dairy Farm. Kitorang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang diselubungi kabus :)

***

Jam sudah hampir menunjukkan pukul 6 petang. Masa untuk dinner!


Kitorang akan dinner kat Restoran Hidayah. Mengikut hasil kajian Kak Cik, restoran ni femes sebab dia menghidangkan masakan Sabah yang sedap. Meh kita rasa, sedap ke tidak.


Kitorang bertiga order set nasi ayam penyet (RM7). Kak Cik je order nasi goreng thai walaupun tak nampak macam thai pun. Mungkin stail nasi goreng thai Sabah macam ni kot.


Servis nya pantas. Masakan nya sedap. Harga pun berpatutan. Memang patut lah restoran ni femes. Ittew bagi 9 bintang! Total dinner aku RM9 campur air.

Selesai dinner, marilah kita menunaikan solat kat Masjid Jamek Kundasang :)


 Jarak masjid dengan Restoran Hidayah tersangatlah dekat


Masa sampai kat masjid, azan Maghrib sedang berkumandang. Kitorang solat jamak qasar Maghrib-Isyak kat sini. Walaupun tak ramai yang beragama Islam kat Sabah, saf jemaah lelaki boleh tahan panjang jugak. Alhamdulillah :)


Gambar ni je mampu ambik. Nak ambik gambar penuh masjid tak dapat sebab dah gelap. Huhu.


Selesai solat, kitorang pun balik ke J. Residence semula. Masing-masing duk melepak atas katil sambil online. Masa ni memang bergantung sepenuhnya kat wifi connection walaupun tak strong. Nak harapkan mobile data memang takde line lah dalam hutan belantara ni.

Nak tengok TV, tak reti bukak lah pulak. Entah ceruk mana dia sorok remote TV agaknya. Lagipun, takde channel pun TV yang ada dalam bilik tu. Kena tengok DVD yang dia dah sediakan. Nak mandi, air sejuk sangat lah pulak walaupun ada heater sebab kat luar tengah hujan. Last-last semua tak mandi. Haha. Masa pergi Korea boleh pulak aku mandi sehari dua kali. Kat Kundasang, tetiba takut air.

Tengah-tengah syok online walaupun connection tak strong, tetiba elektrik takde. Apa ni J. Residence? Boleh pulak takde elektrik kat hotel. Wifi automatik terputus. Lampu pun terpadam. Ni signal nak suruh kitorang tidur ke apa.

Memandangkan dah tak boleh nak online, jadi kitorang semua pun tidur pada pukul 9 malam. Haha. Okeh good night semua. Inshaa Allah jumpa esok pagi :)

Day 2 - to be continued~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...