Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

14 November 2016

Officially graduated but still unemployed HAHA #MDUKM2016 #ukmkonvo2016

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Alhamdulillah pada 8 November 2016 haritu aku dah konvo kat Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM. Memandangkan cheq dah konvo, cheq malaih dah nak hide identity. Ahaks! Penat nak edit semua gambar letak smiley. Kehkeh :P


Abang aku konvo kat UIA pada 6 November. Aku pulak kat UKM pada 8 November.


Aku officially graduated pada 1 Ogos 2016. Then, aku berehat melantak buat taik mata kat rumah selama sebulan. Dalam pada tu dok sibuk settle kan application untuk Malaysian Medical Council (MMC) semua. Tidak dilupakan, regain balik energy yang dah habis digunakan semasa ProExam. HAHA. Penat woi ProExam! Theory exam selama 5 hari berturut-turut then clinical exam sehari suntuk. Selagi result ProExam tak keluar, tak boleh nak lega. Kalau tak pass ProExam, kena repeat 6 bulan. Cheq tak sanggup huhu. Alhamdulillah aku pass ProExam tersebut :)

Then, aku kerja part time sat dari bulan September sampai pertengahan Oktober sebab nak cari duit pi Korea. Kihkih. Pastu pi Korea dari 18 Oktober sampai 27 Oktober 2016. Balik dari Korea, sibuk settle kan urusan konvo pulak. Pi ambik jubah, ambik gambar dengan kawan-kawan semua. 


 #girlfriendforlife


Happy nya Farah! HAHA :D


6 November 2016, abang aku konvo kat UIA. Dia grad medik jugak. Kenapa aku dengan abang aku konvo serentak? Sebab dia study UIA yang mana Program Asasi Perubatan dia 2 tahun. Aku pulak ambik Program Asasi Sains UiTM selama setahun je. So, aku dah jimat setahun berbanding abang aku. Hihi. Then, masing-masing study medik selama 5 tahun. Aku kat UKM, abang aku pulak kat UIA. Umur dah tua baru nak konvo. Huhu.


Untung ahhh konvo dengan tunang. LOL.


Aku sentiasa ada di situ untuk menjadi orang ketiga muahahahaha


Pada 7 November, aku kena attend Hari Mesra Graduan dan oath ceremony kat KL. 8 November, konvo kat UKM Bangi pulak. 12 November, family aku buat kenduri kesyukuran dan doa selamat sebab aku dengan abang aku dah konvo. 13 November aku demam pulak mungkin kerana kepenatan banyak sangat event tanpa henti. HAHAHA! 


Hari Mesra Graduan bersama housemates for 3 years. Yang tudung putih tu bini orang. Jangan kacau. Yang lagi dua tu single and available ahaks! :P


Mungkin ada yang pandang life sebagai medical student ni best. Hmmm tu apa yang korang tengok pada pandangan mata kasar je kot. Takde lah best sangat pun life aku. HAHA. 5 tahun baru lah dapat sarung jubah konvo for the first time. Padahal kawan-kawan lain dah sarung jubah konvo master. Kahkah!




Dah 28 tahun kahwin, barulah mak ayah merasa sarung jubah konvo :')


Kena marah hari-hari tu perkara biasa. Tak medical student lah kalau tak kena marah. Course lain internship paling lama pun 3 bulan. Tu pun ada yang dapat elaun. Kitorang internship 3 tahun!!! Takde elaun pun. Dapat caci-maki je kahkah!


Muka yang dah biasa dicaci-maki kat wad. LOL.


Bagi can ah happy-happy ciked sebelum kena maki balik masa jadi houseman/junior doctor nanti. Kahkah!


So, aku nasihatkan sape-sape yang nak ambik medik tu fikir lah masak-masak. Jadi doktor pun takde jaminan kerja sekarang ni. Aku dah 3 bulan grad. Interview SPA pun belum lagi. Hahaha. Jangan tanya aku bila boleh start kerja kat hospital sebab aku pun tak tau. Pi tanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Okay cukup lah sampai sini je hasutan aku. LOL. Buat adik-adik yang nak ambik medik tu, ikhlaskan hati dan perbetulkan niat. Hihi. Tolong doakan aku dan abang aku cepat-cepat dapat placement kat hospital okay. Adios!


#mbbsiium #mdukm


19 January 2016

Trending "Why you don't want to marry a female doctor?"

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello future female doctors / house officers! :)




Minggu lepas, berderet-deret FB friends aku share satu post yang bertajuk "why you don't want to marry a female doctor?". Yang share tu dah tentu-tentu medical student yang perempuan. Ahaks! Tentu mereka semua sedang merisaukan masa depan masing-masing. Hohoho. Aku tak share pun post tu. Kengkonon nak tunjuk calm. Padahal dalam hati, I agreed 100% with that post! Hahaha.


 Post yang trending dalam kalangan female medical student :P


***

Lepas je post tu trending, ada laa pulak sorang junior aku post cenggini kat FB~


I feel you, my junior! Hahaha ;')


Well. Sebagai final year medical student yang dah masuk tahun kelima dalam medical school, aku dah biasa merasai perasaan sebegini. Sejak masuk medic, memang takde dah sape-sape nak adjust. Hahaha *sedih pulak hati ini*. Dulu masa mula-mula masuk medic, aku tak mengaku pun belajar medic. Selalunya orang takut kalau dengar bab medic ni. Terus orang label pandai dan rasa takut nak dekat. Masa tu, nak je aku mengaku belajar cikgu. Dengar kata, lelaki suka kalau isteri dia cikgu. Hahaha. 

So, kalau ada orang tanya belajar kat mana... aku akan jawab UKM. Belajar apa... aku cakap perubatan ja. Tak sebut pun medic. Sebab perubatan macam low profile sikit. Gitewww. Hahaha!




Tahun lepas, aku join reunion sekolah rendah. Masa ni jumpa lah kebanyakan orang yang aku pun dah tak ingat sape. Dalam ramai-ramai tu, ada laa sorang kawan lelaki aku yang aku ingat nama dia ja (A) sebab dah totally lost contact bila masuk sekolah menengah. Dulu masa sekolah rendah, seingat aku dia ni ada rupa. Masa jumpa tahun lepas, memang masih hensem lah. Bhahahaha.

Selang dua hari lepas reunion, tetiba sorang kawan aku mintak nombor whatsapp aku. Katanya si A ni mintak. Pastu, tetiba si A whatsapp aku. Dok tanya lah khabar apa semua. Aku pun reply lah sebab kawan kan. Mula-mula, reply nak tak nak je. Sebab tengah busy. Si A pulak tak pernah tanya aku belajar kat mana ka, belajar apa ka.

Then, satu hari tu, dia tanya aku masih belajar ka dah kerja. Dia dah kerja dah. Aku pun jawab lah UKM. Tak sebut HUKM pun. Dan dia tak pernah tanya aku belajar course apa. Hahaha. Kitorang takde lah keep in touch sangat pun. Cuma kadang-kadang dia ada whatsapp aku. Takmo lah perasan, tapi gayanya macam nak adjust aku. LOL.

Sampai lah lepas pergi beraya kat rumah cikgu sama-sama, cikgu sendiri tanya aku depan dia, berapa lama lagi nak habis belajar medic. Dan aku perasan, sejak dari hari itu, si A dah tak pernah whatsapp aku sampai laaa ni! Hahahahahahahahaha *menangis dalam ketawa*.




So, apa yang aku dapat simpulkan, sememangnya lelaki amat tidak mahu rapat dengan bakal doktor ;')

***

Dan aku tertanya-tanya, mengapakah mereka tidak mahu rapat dengan bakal doktor? Adakah ini jawapannya?

1. Takut hantaran mahal

Rasanya dah jadi macam trend dalam kalangan orang Melayu, asal perempuan belajar tinggi-tinggi ja, hantaran mesti nak tinggi jugak. Sebab tu lah lelaki takut nak dekat kot. Kang dibuatnya bakal pak mertua, mak mertua letak hantaran doploh ribu ringgit malaysia, mana nak cekau duit. Ni nak habaq laa sikit kat lelaki-lelaki melayu sekalian. Kami yang bakal doktor ni tak hadap pun nak hantaran tinggi-tinggi. Kami pun tak belajar tinggi sangat. Paling tinggi pun tingkat 10 ja kat hospital tu. Tak sampai 88 tingkat pun. Hahahaha. 




Lagipun, kebanyakan yang belajar medic ni, dapat biasiswa. Hangpa toksah risau pasal nak bayarkan balik pinjaman pelajaran kami. Hangpa boleh bayar pinjaman PTPTN hangpa sendiri. Nice kan gitu? :)


2. Doktor ni sibuk sangat

Dah menjadi lumrah, lelaki ni nak orang jaga makan minum dia, pakaian dia. Kalau kahwin dengan doktor, kang tak terbela pulak rumahtangga tu. Sebab tu lah lelaki nak kahwin dengan cikgu kot. Hahaha. (aku patut teruskan kata hati aku untuk menjadi cikgu dulu, tapi ayah aku suruh jadi doktor. hmmm hmmm)

Secara jujurnya, doktor memang sibuk. Tapi, bergantung lah dia further bidang apa. Masa belajar, kami agak sibuk dan stress sebab nak jadi doktor ni bukan senang. Nak deal dengan nyawa orang kot. Asyik kena marah dengan supervisor dan study gila-gila nak pass exam sebab tak nak re-sit posting mahupun repeat year. Kami dah lali hidup dalam stressful environment *konon*.

Lepas habis belajar, kena pulak jadi house officer / houseman selama dua tahun. Masa ni lagi lah sibuk dan stress. Balik rumah pun kadang-kadang ja kot. Kalau ada off day, rasa nak tidur sepanjang hari. Sebab tulah hangpa tak nak jadikan house officer (HO) sebagai life partner kan? ;')

Yang tu cerita pasal life as a student dan house officer ja. Lepas pass dua tahun housemanship, kami akan jadi medical officer (MO). Masa ni, baru lah kami boleh menentukan hala tuju hidup sendiri *finally! hahaha*. Aku ingat nak jadi MO kat Klinik Kesihatan ja sebab tak minat kerja kat hospital. Tak pun, further dalam bidang administration atau pun jadi lecturer. Yang penting, aku takmo sambung bidang klinikal (kerja kat hospital). Sebab aku perlukan masa untuk diri sendiri dan jugak untuk family. Hoho.

Hmmmm. Nampaknya kami hanya akan bebas selepas 7 tahun bergelumang dalam kesibukan. Patut pun hangpa yang lelaki takmo kahwin dengan doktor! Hahaha :')


 Tengoklah bakal doktor perempuan lebih ramai daripada lelaki. Haha. Tolong doakan kami semua grad tahun ni :)


3. Doktor perempuan pandai-pandai

Rasanya semua orang tau lelaki ada ego. Bukan lelaki ja, perempuan pun ada ego jugak. Tapi, lelaki lagi ego lah. Hahaha. Dan, tak semua lelaki boleh terima perempuan yang lebih pandai dari segi pelajaran untuk menjadi life partner dia. Kenapa aku sebut pandai dari segi pelajaran? Orang yang belajar medic sememangnya pandai belajar, tapi tak semestinya serba-serbi pandai. Kami pun ada kekurangan jugak. Ada yang tak pandai sangat buat kerja rumah, tak pandai sangat masak, tak pandai sangat practical skill dan tak pandai sangat buat keputusan yang rasional.

Sebab tulah kami perlukan hangpa semua yang boleh melengkapi kekurangan kami ini. Gitewww. Hahaha. Kami tak cari orang kerja hebat sampai gaji puluh ribu. Kami tak cari orang ada kereta besar ka, rumah besar ka sebab insyaAllah kami mampu cari semua tu. Kami cuma nak orang yang boleh faham kami dan melengkapi kekurangan kami. Hihihi.

Sekurang-kurangnya, bila kami tertekan dan perlukan seseorang, hangpa ada di samping kami ;')




4. Perempuan belajar medic ni high maintenance

Orang ramai selalu disogokkan dengan cerita jadi doktor ni kaya, gaji tinggi dan sebagainya. Meh sini cheq nak habaq. Seriously jadi doktor tak kaya pun. Apalah sangat gaji kami dengan bebanan kerja yang kami tanggung. Masa jadi student dan house officer, kami takde masa pun nak berbelanja. Duit biasiswa dan duit gaji tu untuk bayar yuran, makan dan sewa rumah ja. Jadi, mana datangnya high maintenance tu. Mungkin ada lah jugak yang high maintenance, tapi tak semua.

Kami ada masa sehari ja dalam seminggu untuk berjimba. Masa tu lah baru nak keluar makan sedap-sedap dan tengok wayang. Selalunya makan kat kafe hospital ja. Pergi wad pun selekeh. Takde masa nak berhijabista fashionista stailista bagai. Takde masa pun nak pakai jubah bella ammara yang mahal tu. Hahaha. Pergi wad pakai baju lama yang lusuh dan tudung bawal RM7 ja. Balik dari wad terus tidur sampai pagi esok. Seriously kami takde masa nak spend duit kami. Huhuhu. Dan kami takde masa untuk sibuk dengan relationship goals bagai.

Sebab tulah aku mampu simpan duit biasiswa untuk simpanan masa depan dan selebihnya untuk travel. Jadi, buat future life partner aku, hang toksah risau. Aku tak suka shopping pun. Duit simpanan untuk masa depan family kita ada ja ni *ahaks!* :P


Dah 4 kali travel naik kapal terbang tapi belum jumpa jodoh lagi kat seat sebelah. Hahaha :D


5. Anak-anak takde sape nak jaga

Aku boleh jamin lah... 99% lelaki akan bagi jawapan macam ni kalau kita tanya dia, "hang takmo kahwin dengan doktor ka?" Abang aku yang bakal doktor tu pun takmo doktor sebagai life partner dia. Dia pi pilih nurse. Haritu dia cakap kat aku, kalau aku kahwin dengan doktor jugak, memang nak kena ada orang gaji. Nanti anak-anak takde sape jaga. Hmmmmmmmmm. Masalahnya, yang bukan doktor takut nak approach aku! Hahahaha!

Memang lah jadi doktor sibuk. Tapi, kalau kami pandai bahagi masa, okay ja rumah tangga tu. Sama ja macam perempuan lain yang kerja office hour. Bezanya, kami sibuk sikit lah berbanding dorang. Hehe. Kami tetap akan cari masa untuk masak, kemas rumah dan spend time dengan family. Dah 5 tahun kami hidup macam tu dalam medical school. Boleh ja survive. Jangan lah expect nak kami buat semua tu hari-hari. Memang mission impossible. At least seminggu sekali okay kot. Perkahwinan bukannya perhambaan tetapi perkongsian hidup antara dua hati yang saling memerlukan. Cehhh ayat dah macam doktor cinta! Hahaha :D




***

Aku dapat fikir banyak tu ja sebab-sebab lelaki takmo kahwin dengan doktor. Kalau hangpa ada sebab lain, boleh lah habaq.

Akhir kata, hangpa yang lelaki tu jangan memilih sangat. Kami yang bakal doktor ni tak memilih pun sebenarnya. Kami tengah tunggu hangpa lah ni :P




05 February 2012

Kebenaran Di Sebalik Khabar Angin Student Medic Kaya Sebab Dapat Biasiswa JPA

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Apa khabar readers yang teringin sangat nak jadi budak medic sebab nak dapat $$$ banyak? juga tak dilupakan, buat para readers yang tak puas hati sebab tak dapat $$$ banyak macam budak medic. hehehe =D



Well, berdasarkan tajuk kat atas, kali ni aku nak bagitau satu info penting kat korang. selama ni, mungkin korang selalu disogokkan dengan cerita-cerita indah dan membahagiakan tentang dunia student medic. errr... aku maksudkan dari segi duit, $$$. kalau dari segi study, memang tak lah. student medic yang paling sengsara =.=

***

Sebagaimana yang korang sedia maklum, atau pun tak maklum lagi, mana-mana student yang ambik bidang kritikal (medic, dentistry, pharmacy) kat IPTA akan ditawarkan biasiswa JPA secara automatik. yes, takyah susah-susah mohon pun boleh dapat.

Tapi, terpulang lah kat korang nak terima ke tak biasiswa JPA tu. kalau kaya sangat, boleh je tolak biasiswa JPA dan gunakan duit parents korang untuk survive kat universiti. hehe. kalau korang terima biasiswa tu, kena lah berkhidmat beberapa tahun kat hospital kerajaan lepas graduate nanti.

Lepas dah dapat biasiswa, mula lah kawan-kawan kat sekeliling cakap, "Untunglah jadi student medic. Dapat biasiswa banyak. Boleh belanja kitorang. Hewhew". =P




Ini memang dialog yang dah biasa student medic dengar. hahaha =D

***

Akan tetapi, ada satu perkara yang korang tak tau. memang betul student medic dapat biasiswa JPA banyak. paling banyak kalau nak dibandingkan dengan pinjaman atau biasiswa MARA, mahupun PTPTN. tapi, bukan nya student medic je dapat biasiswa JPA sebanyak tu.





Ok, cuba korang perhatikan gambar kat atas ni dengan teliti. see. memang betul kan, jumlah biasiswa untuk student medic yang paling banyak. tapi, student dentistry dan pharmacy pun dapat jumlah yang sama jugak. so, isu untunglah student medic dapat biasiswa JPA yang banyak takkan timbul kat sini, kan? 

Sebab, bukannya student medic kaya sorang-sorang. student dentistry dan pharmacy pun kaya jugak. aku sangat pasti student pharmacy pun dapat jumlah biasiswa yang sama dengan student medic sebab aku ada sorang kawan budak pharmacy. so, kenapa tak timbul isu, untunglah student pharmacy dapat biasiswa banyak? tapi, asal student medic je, jadi isu. hehe =)

***

Abang aku pun setuju dengan pendapat aku mengenai student pharmacy lebih untung dari segi biasiswa. in fact, abang aku lagi kesian. dia study kat UIAM Kuantan. dan Kuantan dikategorikan sebagai luar bandar. so, kadar biasiswa dia kurang seribu lebih daripada aku. nasib baik aku study kat Kuala Lumpur. hehe =D




***

Tambahan pula, tempoh belajar course medic dan dentistry adalah lebih panjang kalau nak dibandingkan dengan course-course lain (aku merujuk kepada IPTA sahaja). student course lain, termasuk pharmacy, dapat cuti semester selama sebulan. student medic dan dentistry pulak, cuti semester seminggu je. sobsobsob =(

So, purata perbelanjaan student medic kat universiti adalah lebih banyak. sebab, masa belajar student medic kan panjang. nak tak nak, kenalah survive untuk makan selama hidup kat universiti ni. selain tu, kenalah jugak belanjakan biasiswa untuk peralatan medic macam stetoskop dan buku-buku akademik *purata satu buku RM100*.



Student medic memang takkan salah gunakan baucer buku ni. beli dua buah buku pun dah boleh habis RM200. hehe =D


Student pharmacy pulak, dapat tiga minggu cuti lebih awal daripada student medic. so, dah jimat kos tiga minggu makan kat universiti. even jumlah biasiswa yang diterima sama, student pharmacy lebih untung kan. hehe =D

***

Kesimpulannya, aku cuma nak highlight kat sini, khabar angin mengenai kekayaan student medic sebab dapat biasiswa banyak tu tak tepat sangat. korang nak tau apa yang lebih tepat?

Student medic, dentistry dan pharmacy kaya sebab dapat biasiswa banyak. tapi, antara tiga course ni, student pharmacy yang paling kaya. hehe =P

***

Akhir sekali, apa yang aku tulis kat sini hanyalah merupakan pendapat peribadi aku. takde niat pun nak kutuk student pharmacy mahupun student course lain. sebagai manusia, kita perlulah bersyukur atas rezeki yang kita dapat. lain orang, lain rezeki nya. kan?

"Orang yang paling bersyukur kepada Allah ialah orang yang paling berterima kasih kepada manusia" - Hadis Riwayat At-Tabrani

Dan, aku jugak nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada sume pembaca blog ni. sama-samalah kita berusaha mengamalkan akhlak mulia sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w. maaf andai kata ada perkataan aku dalam entri ni yang mengguris hati korang. peace no war~



13 December 2011

Perasmian Blog Kedua Kura-Kura : All About Medic UKM

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello readers. sejajar dengan tajuk di atas *ehem*, dengan ini, aku secara rasminya ingin mengumumkan kewujudan blog kedua aku iaitu All About Medic UKM.


*korang boleh klik link kat bawah ni untuk ke Blog Kedua Kura-Kura*



Dah lama jugak lah aku start dengan blog kedua ni. dalam sebulan yang lepas. tapi, baru skang aku nak promote. hekhekhek. errr... maybe sape-sape yang suka jelajah blog ni akan perasan kehadiran blog kedua aku kat bahagian tepi sebelah kanan tu.




Agak-agak, dengan tengok tajuk je korang dah boleh agak kan apa kandungan blog ni. yes, sememangnya aku create blog kedua ni khas untuk bercerita pasal Fakulti Perubatan UKM. 120% pasal Medic dan UKM.

Aku paham, tak sume readers Into The New World ada niat nak menjerumuskan diri ke arah Medic mahupun memasuki UKM. kang kalau aku main taruk je sume entri pasal Medic UKM kat blog ni, mahunya muntah hijau sume readers. tak pasal-pasal aku kena cop 'blogger SS' (syok sendiri).

***

Kiranya, aku buat blog kedua ni khas untuk sape-sape yang berminat dengan Medic UKM ok. aku ulang lagi sekali, untuk sape-sape yang berminat. sebab, sesungguhnya... semangat ingin tahu seseorang mengenai universiti yang bakal dia jejaki adalah sangat meluap-luap. sehinggakan setiap inci universiti itu mahu dijelajahinya sama ada menerusi media massa mahupun media cetak *eceh!*.

Akan tetapi, tiada info yang khusus bagi universiti terbabit. lebih-lebih lagi, pasal Medic UKM ni. takde langsung info yang formal. sume student medic sibuk study sampai takde masa nak buat blog cerita pasal Medic UKM. kesian kesian.

***

So, aku yang konon-konon tak busy ni... nak jadi bakal senior yang baik *ehem* dengan menerangkan serba sedikit tentang Medic UKM untuk sume manusia yang curious nak tau pasal fakulti ni. tapi, kalau korang tak nak ambik Medic pun masih boleh jenguk blog kedua ni jugak. asalkan korang ada niat nak masuk UKM. sebab segala aktiviti Bulan Mesra Pelajar a.k.a Bulan Orientasi ada aku ceritakan dalam blog tu. senang lah hidup korang =)


 

saja je letak gambar Blog Kedua ni sebab dah tak tau nak letak gambar apa =.=


Aku ingatkan sekali lagi, blog All About Medic UKM khas untuk cerita-cerita pasal Medic UKM je. blog ni pulak untuk idea-idea merapu aku ok =D

***

Akhir sekali, aku nak mintak maaf awal-awal kalau ada entri kat dalam blog kedua ni yang tersilap kat mana-mana. sesungguhnya aku pun masih noob lagi pasal Medic UKM ni tapi bajet tau sume sampai semangat create blog. kehkehkeh =P

Pape pun, Selamat Menjelajah Blog Kedua Kura-Kura! =D


14 October 2011

Antara DNA dan Ariz Forteen

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers. korang rasa tak blog aku ni makin membosankan? lately, memang aku dah amat jarang post entri-entri yang aku sendiri rasakan best. well, masa tengah belajar ni memang 90% kapasiti otak aku hanyalah untuk study semata-mata (ceyh ayat tu bajet macam aku rajin sangat. kehkehkeh).

* Korang                  :  Eh mana lagi 10%?
   kurakuraygslow :  Ariz Forteen yang punya... muahahaha =D

Disebabkan itu lah, aku sangat malas nak pikir idea-idea menarik untuk buat entri. korang ingat nak cipta entri-entri meletop kebabom ni senang ke. susah woo. lebih susah dari ingat kat Ariz Forteen. heh. muehehehe =P


***
Eh eh, korang nak tau tak. minggu depan kan aku ada exam. yep, first exam untuk course baru aku ni. takde-takde, kali ni aku dah tak target A dah. pass pun dah syukur Alhamdulillah... hehehe. so, aku cuma berharap segala notes yang bertimbun hingga hampir menyamai ketinggian KLCC tu mampu ku baca dalam masa 3 hari ni. padan! tu lah, study last minute lagi =P

Memandangkan silibus aku untuk module ni lebih menjurus ke arah DNA punya kerja, nak tak nak kenalah jugak aku merajinkan diri carik video-video berkaitan DNA replication, transcription, translation and so on kat Tiub Kau tu (YouTube). kalau tengok visual lagi senang nak paham kot. aku bukan pakar pun bab-bab imagination ni.

Tapi kan... tengah-tengah search "DNA transcription" kat YouTube tu, boleh pulak jari ni tertaip "Forteen Berdua Bersatu Live" kat search box tu. hehehehe. errrr... bukan salah aku. salah jari aku. I'm innocent... muehehehe =P


So, aku pun TERberhenti study sebab TERtengok video Forteen ekoran jari aku yang TERtaip nama Forteen kat search box tu. then, apa lagi. enjoy bebeh!


Ariz yang kat kanan sekali tau. sedap kan suara dia. lemak merdu disukai ramai Cik Kura-Kura =D



Thank you encik cameraman sebab banyak kali zoom Ariz saya =)
(Ariz masih kat belah kanan sekali)



Kali ni Ameer ambik part Ariz. jarang dapat tengok Ameer solo.
(Ariz yang kedua dari kiri)

***
Pastu kan, aku TERjumpa lah pulak link "Cover Song by Saiful Ridzuan" kat YouTube. pergghh, baru ku tau... Ariz ni memang dah biasa buat cover song kat YouTube sebelum jadi artis. memang bagai DNA dalam nucleus betul lah aku ni =.=

* bagai DNA dalam nucleus tu perumpamaan moden, aku modified daripada perumpamaan bagai katak di bawah tempurung.

Patut lah suara you sedap Ariz, memang sedap rupanya. hahaha =D




Kalau tengok kat cover song tu, ada url blog Ariz kan. tapi, malang bagi aku (dan mungkin korang jugak) sebab tak boleh nak baca pun blog dia. dah dia private kan, macam mana pulak aku nak baca. paham paham... sape lah aku di hati dia. sobsobsob =( *tengah lap air mata guna hujung lengan baju*
***
Eh! dah pukul bape ni? tadi aku nak buat apa sebenarnya? errrr... cari video pasal DNA lah labu. aiyoo... TERmelencong pulak. ngehehehe. ok guys. gua blah dulu. chow~

* aku memang tengah dalam mood gilakan Forteen (especially Ariz) skang ni. tolong maafkan ok... hehehe =D


27 September 2011

Ciri-ciri budak medic yang nerd

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



1.  Setiap hari mesti pakai baju kurung/baju kemeja pergi ke kelas.

2.  Bagi yang perempuan, selalu pakai tudung bawal. shawl adalah sangat jarang dipakai oleh budak medic.

3.  Kad matrik umpama nyawa. sentiasa tergantung di leher.

4.  Kasut bertutup adalah satu kemestian. susah nak nampak budak medic pakai sandal.

5.  Bawak bagpack dengan muatan hampir 5 tan setiap hari. oh ya, kedua-dua tali bagpack tu hendaklah digalas, baru nampak ke'nerd'an nya. kalau galas sebelah je, nama nya stailo. harap maklum.

6.  Pegang buku tebal nak mampus hari-hari. tak tau lah budak medic tu baca ke tak.

7.  Waktu tengah tunggu bas, tengah tunggu makanan siap, tengah tunggu lecturer masuk kelas mahupun waktu dalam tandas, nota tak lepas dari tangan. satu saat tak baca nota umpama satu markah exam akan ditolak.

8.  Bawak botol air besar gedabak, siap dengan tali.

9.  Masih berlegar-legar di fakulti walaupun kelas dah habis. mungkin mereka sayang nak tinggalkan Fakulti Perubatan. kalau balik kolej, dah tak ada title 'Perubatan' lagi.

10.  Masa-masa senggang dihabiskan dengan duduk di library. satu-satu nya tempat yang dapat menenangkan hati budak-budak medic yang nerd.

11.  Berjalan-jalan di sekitar fakulti sambil memakai white coat yang tertera logo 'Fakulti Perubatan'.

12.  Memakai spec. ( errrr aku kah? hahaha =D )


08 July 2011

Sape takde Hyperhidrosis mesti baca

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Hello all readers and followers. first of all, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada sume yang sudi baca blog yang tak semenggah ni *humble lah pulak*. double thanks kepada sape-sape yang sudi follow atau dalam bahasa blog nya, followers. triple thanks kepada readers yang rajin tinggalkan komen kat ruangan komen tak pun kat warung kak limah. and quadruple sorry sebab aku lambat reply komen-komen tu. dalam 2 3 hari ni aku mengalami pyrexia atau dalam bahasa kampung nya demam. so, aku tak online bila mengingatkan kematian dah semakin hampir. dah sakit-sakit baru ingat mati. apa daa... ok ok. habis dah intro yang tacing-tacing. kita pergi ke tajuk utama ok?

..................

Entri kali ni berbentuk info perubatan sikit. atau dalam bahasa omputih nya medical information. jangan tanya aku dalam bahasa tamil apa. tanya Karam Singh Walia.

jangan jadi seperti anak tikus bermain tali,
anak kucing ternanti-nanti

Korang pernah dengar tak Hyperhidrosis? tak pernah? don't worry. i'm here to give a brief explanation regarding this term *ececeh speaking tu*.

Apa tu Hyperhidrosis?

Untuk pengetahuan sume, Hyperhidrosis ni merupakan satu masalah kesihatan yang mana seseorang tu akan berpeluh berlebihan dan luar daripada kawalan. pesakit Hyperhidrosis ni bukan je berpeluh masa cuaca panas, even tengah stay bawah aircond pun boleh berpeluh sakan.

Kami takde lah pulak penyakit ni. apa sebabnya?

Kalau korang nak tau, penghidap Hyperhidrosis ni ada masalah berkenaan sweat glands dorang. apa ye dalam Bahasa Melayu? owh yeah kelenjar peluh. sweat glands ni sangat aktif sampai mampu keluarkan peluh secara berlebihan. dan ini bukan penyakit keturunan macam diabetes. penyakit ni sememangnya berpunca daripada sweat glands tu.


Biasalah tu. kami pun berpeluh jugak.

Wait wait. ni bukan kes berpeluh biasa yang korang akan alami lepas habis berlari keliling padang tu. biasanya korang cuma akan berpeluh kat badan je kan. pernah tak korang berpeluh sakan kat tapak tangan tak pun tapak kaki? tak pernah kan. haa... situasi ni lah yang dinamakan Hyperhidrosis. cuma 2 - 3% je daripada populasi penduduk kat dunia ada penyakit ni. salah seorang daripadanya ialah AKU.

macam ni lah peluh kat tangan

Wow agak lah, basah siot tapak tangan. tak susah ke nak buat kerja?

Haa kalau korang nak tau, sememangnya susah giler nak buat kerja! izinkan aku gunakan kata ganti diri kitorang untuk pesakit-pesakit Hyperhidrosis ni ok. boleh kata setiap waktu tapak tangan and tapak kaki kitorang ni berpeluh. kalau tapak kaki tu ok lagi sebab most of the time akan pakai kasut. cuma kena tukar stokin selalu jelah. tapi kalau kat tapak tangan tu... pergghhh serius mengakibatkan moral down! bayangkan masa nak driving, stereng habis basah. masa nak menulis, kertas habis basah. masa nak makan, pun tangan basah. masa main computer game, tak usah dicerita lagi betapa basahnya mouse. masa nak masak pun tangan basah, sebab tu lah nama nya 'air tangan'.. haha. 

So, bagi sesiapa yang takde Hyperhidrosis ni, seeloknya korang tu bersyukurlah sebab tak diuji dengan penyakit ni. dan jangan sesuka hati nak mengutuk kitorang pasal tangan basah ni. kitorang tak mintak pun ok. sebelum nak salam orang pun kena lap tangan bagi kering dulu semata-mata tak nak buat orang lain rasa geli. tengok betapa hebatnya ujian yang kitorang hadapi.. huhu *tengah lap air mata palsu*.

Ok ok, kami dah insaf. janji tak nak kutuk lagi. by the way, takde rawatan ke untuk sembuhkan penyakit ni?

Baguslah kalau korang dah insaf. errr.. memanglah ada rawatan untuk Hyperhidrosis ni. tapi, biasalah. setiap rawatan akan ada side effect. ditambah lagi dengan kos treatment yang mahal tu, buat kitorang ni berkira-kira nak dapatkan rawatan. pape pun, aku dengan baik hati nya akan listkan jenis-jenis rawatan untuk penyakit ni. mana korang nak dapat blogger yang baik macam aku ni? ehem ehem.

1.  Antiperspirants


Benda alah ni macam deodorant kan? ni lah namanya antiperspirants. benda ni sesuai untuk orang yang berpeluh berlebihan kat ketiak. kandungannya 10 - 15% aluminum chloride hexahydrate *nak tau lebih lanjut tanya chemist*. cara nak pakai benda ni macam deodorant jugak. cuma fungsinya bukan lah nak bagi wangi-wangi bawah ketiak tu. sampaikan nak tahan kereta kat tengah jalan pun kena angkat tangan tinggi-tinggi semata-mata nak bagi nampak ketiak. sungguh tak bermoral iklan tu. 

Fungsi  :  block sweat glands kat ketiak
Side effect  :  skin irritation

2.  Ubat-ubatan


Kat atas ni merupakan gambar sejenis ubat yang dipanggil glycopyrrolate. Ubat ni boleh diambil atau dalam bahasa pasar nya ditelan oleh pesakit Hyperhidrosis sebagai usaha nak mengurangkan peluh kat area-area terbabit.

Fungsi  :  mengurangkan rangsangan sweat glands supaya tak keluarkan peluh banyak-banyak
Side effect  :  mulut kering, pening & ada masalah dengan urine

3.  Iontophoresis


Err.. aku tau manis senyuman perempuan tu, tapi aku bukan nak cite pasal dia. sila fokus kat mesin tu. haa tu lah mesin untuk merawat Hyperhidrosis. nama rawatan ni iontophoresis sebab dia melibatkan elektrik *sila tanya cikgu sains apa kaitan elektrik dengan ion*. sememangnya rawatan ni paling berkesan untuk mengurangkan peluh kat tapak tangan and tapak kaki. masalahnya, rawatan ni memerlukan masa dan duit sebab kena pergi banyak sesi yang mana setiap satu sesi dalam 10 hingga 20 minit. tak tau lah satu sesi berapa dia caj. 

Fungsi  :  hentikan fungsi sweat glands buat sementara waktu
Side effect  :  kulit merekah

4.  Botox


Aik? botox pun boleh rawat Hyperhidrosis? jawapannya memang ya. tapi terpaksa berfikir banyak kali kot sebelum pilih rawatan menggunakan botox. tak nak lah nanti tapak tangan jadi tegang semacam. nak pegang barang pun susah.. haha. lagipun, kos nak ambik botox ni bukan murah. sekali suntik makan RM600 tak silap. dah tu kena suntik setiap 6 bulan. mana nak tahan kot.

Fungsi  :  block saraf yang merangsang sweat glands
Side effect  :  kesakitan yang teramat sangat

5.  Endoscopic thoracic sympathectomy (ETS)


Rawatan ni memang pilihan terakhir kalau sume rawatan yang lain gagal. kiranya dah serius lah ni sampai kena masuk dewan bedah. tapi jangan risau. ni bukan pembedahan besar sampai kena potong sana sini. setakat tebuk lubang sebesar 1 - 2 inchi je, tak sakit mana pun. rawatan ni paling berkesan kalau berpeluh berlebihan kat tapak tangan. kalau kat ketiak, rawatan ni tak jalan sangat. jangan tanya aku kenapa. tanya doktor. owh ya, kos rawatan ni RM3000 ok.

Fungsi  :  hentikan terus peluh berlebihan
Side effect  :  kesan ubat bius dalam kehidupan harian

.................

Sekian entri kali ni. aku tau memang panjang, penat korang nak baca. takpelah, at least padat dengan info-info perubatan. bukan info-info merepek *terasa*. lastly, aku nak ucap thanks again kat sume readers. tak sangka pulak blog aku ada readers.. hehe.

p/s  :  rasanya husband aku nanti nak tak pegang tangan aku yang berpeluh ni?

* sumber rujukan : 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...