19 August 2015

Trip to Sabah : Day 3 - Kota Kinabalu (Pulau Manukan, Pantai Tanjung Aru) #r4308vacay

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Akhirnya kita telah tiba ke hari terakhir Trip to Sabah. Sekejap sangat trip nya. Rasa macam baru je pergi dah kena balik. Hihi.

Baiklah. Hari kedua dah berlalu pergi. Kita mulakan hari yang baru dengan senyuman :)

Hari ni kitorang plan nak ke pulau. Kalau dah sampai Sabah tapi tak pergi pulau macam tak kena je kan. Kalau diikutkan, pulau yang paling femes kat Sabah ofkoslah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Tapi, kedua-dua pulau tu dekat dengan Tawau, jauh gila dari KK. So, kita lupakan hasrat untuk ke pulau-pulau berkenaan. Jom lah kita pergi ke pulau yang ada dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman sebab memang dekat sangat dengan KK.

Sebelum bertolak, mestilah kena breakfast dulu. Guesthouse ada sediakan breakfast untuk 2 orang sebab kitorang ambik double room je kan. So, Kak Cik dan Fat yang turun breakfast. Aku dengan Akmal makan maggi je kat bilik. Nasib baik guesthouse ada sediakan instant coffee. Kak Cik dan Fat siap tapau roti untuk buat bekal ke pulau nanti. Hehe lebiuolllssss lah Kak Cik and Fat. Muah xoxo!

Selepas breakfast, kitorang terus packing barang sebab nak check-out terus. Mana sempat nak balik guesthouse sebelum pukul 12 tengah hari. Jadi, ayuh kita check-out!


Masing-masing dah ready nak rendam kaki kat pulau. Takde nya kitorang nak snorkeling. Malas. Hehe.


Jeti untuk ke pulau terletak kat Jesselton Point~




Sampai-sampai je kat situ, kita cari parking dulu. Parking fee sejam RM1. Pastu, kitorang terus masuk tempat yang ada jual tiket ke pulau. Ada banyak kaunter kat situ. Kalau korang banyak masa boleh lah survey dulu setiap kaunter. Cari yang paling murah.

Oleh kerana kitorang kesuntukan waktu, masa tu dah pukul 10 pagi... malas lah nak buang masa lama-lama untuk survey harga tiket semata-mata, jadi kami terus buat keputusan untuk beli tiket kat kaunter 9. Dia offer rate RM26.80 per person untuk ke satu pulau. Bot akan berlepas pukul 10.15 pagi.

Ada banyak pulau yang korang boleh pilih antaranya Pulau Sapi, Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sulug. Kalau nak pergi banyak pulau boleh saja. Makin banyak pulau, makin mahal.


Kitorang pilih Pulau Manukan sebab menurut Kak Cik, pulau ni besar. Sesuai kalau nak sightseeing. Boleh pilih sendiri nak balik pukul berapa. Kitorang pilih pukul 2 petang.


Selesai urusan pembayaran, kitorang terus pergi ke jeti untuk tunggu driver boat.








Apalah yang kitorang buat panas-panas terik nak ke pulau -,-


Tadi orang tu cakap pukul 10.15 bot nak jalan. Ni bayang bot pun tak nampak.


Sempat lah kitorang berselfie dulu. Huhu.


Dalam pukul 10.30 baru lah driver boat sampai. Kitorang berempat terus naik. Masa tu ada 3 orang lain menjadikan jumlah penumpang bot 7 orang. Dua orang tu foreigner, sorang lagi Malaysian. Gayanya macam tour guide foreigner tu. Dari awal bot bergerak sampai laaa ni dia duk ajak Kak Cik dan Fat bersembang. Kak Cik dan Fat pulak rajin melayan, memang tak berhenti bercakap lah uncle tu. Haha.


Hai uncle! Pebenda lah yang dia jemah kan dengan Kak Cik dan Fat tu.


 Ittew duk sibuk ambik gambar je. Tak layan pun uncle tu. Hihi.


Dan ittew jugak sibuk melayan perasaan :P


 Katanya perjalanan nak ke Pulau Manukan mengambil masa 15 minit dari jeti


 Damainya tengok air laut :)




 Dua orang foreigner bersama uncle tu nak pergi ke Pulau Sapi




Kak Cik cakap ramai suka snorkeling kat Pulau Sapi. Pulau nya kecik je. Nampak sesak pulak.


Bye bye Pulau Sapi! Dan bye-bye jugak uncle tadi. Haha!


Hmmm nampaknya hanya tinggal kami berempat atas bot. Mula lah masing-masing keluar perangai sebenar. Tadi duk control ayu je depan uncle. Hiks!


 Driver boat volunteer nak ambik kan gambar kitorang. Thank you you...


Eh Fat ni. Tadi beramah mesra dengan uncle. Laaa ni dengan driver boat pulak. Achok nak campak mana? Hahaha :P


Fat try-test bawak bot pulakkkk. Dah beramah mesra dengan driver boat, boat pun dia nak jugak. Kiki. Kitorang semua takde insurans nyawa lagi tau. Kalau accident kat laut tu naya je -,-


Yeay dah nampak bayang Pulau Manukan!


Alhamdulillah kami selamat sampai kat jeti pulau. Nasib takde pape yang buruk berlaku sepanjang Fat mengendalikan bot tadi. Hehe.


Subhanallah jernihnya air! Banyak ikang!


Kat sini kurang sikit orang snorkeling berbanding dengan Pulau Sapi


Sebelum masuk pulau, kena bayar conservation fee RM3 seorang. So, bila dicampurkan dengan rate RM26.80 ke satu pulau tadi jadilah jumlahnya RM29.80.








Peta Pulau Manukan


Model-model Manukan. Ahaks! :P


Cantiknya!!!!


Merenung jauh kau di sana :P




 Kita pilih tempat takde orang untuk bercengkerama di bawah bulan purnama sinaran mentari


Konon sweet lettew :P


 Cuaca tengah terik. Better berteduh di bawah pokok.


 Oh jodoh ku. Di manakah dikau? :P


Dah habis melayan perasaan, kitorang sambung merayap ke tempat lain


Boleh tahan besar Pulau Manukan tu. Ada banyak chalet kat sekitar. Kalau rasa duit banyak boleh lah menginap kat situ. Konfem mahal. Selain daripada tu, ada jugak yang buat wedding kat situ tau. Feeling-feeling back to nature sikit.


 Kitorang terjumpa private villa. Tapi no entry!


 Bestnya view dia nampak laut!


Mesti mahal kan. Huhu. Sape lah yang kaya nak sponsor aku menginap kat villa ni. Hiks!


Rasa macam dah habis satu pulau kitorang pusing. Kini, mari lah kita merendamkan kaki!


Mula-mula kitorang rendam kaki sikit je


 Bila Fat betul-betul masuk dalam air, kitorang pun mengikut. Fat ni boleh tahan jugak pengaruh dia. Haha.


Bila dah pukul 1.45 petang, kitorang pun naik ke atas semula. Kena ke jeti sebab nak balik dah. Cuaca sangat panas, jalan sekejap je seluar dah kering.


Adios Pulau Manukan! Semoga ketemu lagi bah.


 Masa balik ni pun kitorang berempat je. Fat pun start tunjuk perangai sebenar semula walaupun driver boat nya lain. Hihi.


Pastu bot berhenti kat Pulau Mamutik untuk ambil penumpang lain


Dah ada penumpang lain ni kena control ayu sikit lah. Kiki.








 Akhirnya, kami selamat tiba kat Jesselton Point semula


Mula-mula, kita pergi ke tempat parking dulu untuk ambik kereta semula. Kitorang parking lebih 4 jam so dikenakan bayaran RM5. Kemudian, kitorang pergi ke mall terdekat iaitu Suria Sabah untuk tukar pakaian, solat dan lunch.



Selesai solat, marilah kita lunch kat KFC. Sepanjang kat Sabah ni memang muka KFC jelah kitorang. Hehe. Aku ambik set yang RM13.10. Settle semua, jom lah kita ke destinasi terakhir dalam trip ini iaitu Pantai Tanjung Aru. Parking fee kat Suria Sabah RM3.




Sebelum meneruskan perjalanan, kitorang isi minyak kereta kejap. Minyak dah nak habis. Kang kalau kereta tersadai kat tengah jalan sape nak tolong. Isi 5 liter je (RM10.75) sebab pukul 7 petang nanti nak pulangkan kereta dah. 

Akhirnya, kami tiba kat Pantai Tanjung Aru. Nak parking kereta kat sini pun dikenakan bayaran. RM1.50 sekali masuk.


Dah nak senja :)


Kitorang tak buat apa pun kat sini. Saja jalan-jalan menghabiskan masa sebelum ke airport.


 Will miss this trip so much :')


 This mark the beginning, not the end




***

 Dah pukul 6 lebih. Jom lah menuju ke KKIA.


Sampai kat KKIA belum pukul 7 petang pun. Kitorang mintak Fat terus call Achok untuk pulangkan kereta. Lagi awal pulang kereta lagi bagus sebab boarding time pukul 7.30. Nak solat lagi kan. Tapi Achok bagitau dia nak buka puasa dulu. Pehhhh terus saham Achok naik. Puasa enam tu. Ehem! Baiklah, kami restui hubungan Fat dengan Achok. Haha tetiba :P

Selepas pulangkan kereta, Fat say goodbye to Achok, kami pun terus menuju ke surau. Pastu, cepat-cepat pergi ke imigresen seterusnya masuk ke departure gate. Kitorang bertiga akan balik ke KLIA2 manakala Fat akan balik ke Kuching sebab dia belajar kat UNIMAS. Flight Fat lambat sejam dari kitorang. So, kita say goodbye kat Fat dalam surau je.

Punya lah susah-payah kitorang kelam-kabut masuk ke departure gate, sekali ada pengumuman mengatakan flight ke KLIA2 delay 20 minit menjadikan pukul 8.30 malam barulah flight berlepas. Hek eleh buat penat je terkejar-kejar. Kitorang dah macam gelandangan dah kat situ. Selamba je bersila atas lantai. Hihi.

Alhamdulillah, dekat pukul 8.30 malam flight pun tiba. Dalam pukul 11 lebih barulah mendarat kat KLIA2. Aku dan Akmal ambik ERL untuk balik ke Putrajaya Sentral manakala Kak Cik balik ke Bandar Tasik Selatan. Okeh sampai sini saja trip #r4308vacay ke Sabah. Harap-harap adalah lagi trip lain yang menyusul. Inshaa Allah. Hehe :)

***

Jumlah perbelanjaan aku dalam trip ni adalah~

1. Flight KLIA2 - KKIA return = RM180

2. Accommodation
* J. Residence = RM99 / 4 =  RM24.75
* Borneo Swiss Guesthouse = RM115 / 4 = RM28.75
* Total = RM53.50

3. Transportation
* Kereta sewa = RM210 / 4 = RM52.50
* Minyak kereta 25 liter = RM53.75 / 4 = RM13.45
* Total =  RM65.95

4. Parking fees 
* Jesselton Point = RM5
* Suria Sabah = RM3
* Pantai Tanjung Aru = RM1.50
* Total = RM9.50 / 4 = RM2.40

5. Entrance fees
* Rumah Terbalik = RM10.60
* Desa Dairy Farm = RM5 
* Kundasang War Memorial = RM2
* Kinabalu Park = RM3
* Pulau Manukan = RM29.80
* Total =  RM50.40

6. Makan
* Roti dan air mineral Day 1 = RM3.55
* KFC Day 1 = RM9.25
* Aiskrim = RM2.25
* Dinner @ Restoran Hidayah Day 1 = RM9 
* Breakfast @ Restoran Intan Day 2 = RM6.50 
* Dinner @ Dataran Todak Day 2 = RM21.50
* Breakfast maggi Day 3 = RM2
* KFC Day 3 = RM13.10
* Total = RM67.15

7. Shopping
* Keychain = RM3.60
* Pen = RM8
* Fridge magnet = RM5
* Rantai = RM6
* Total = RM22.60


TOTAL GROUND BUDGET = Accommodation + Transportation + Parking fees + Entrance fees + Makan = RM239.40

TOTAL SEMUA = Ground budget + Flight + Shopping = RM442.00


Kiranya aku habis RM442 lah untuk trip ni. Okay pasni ikat perut. HAHA! :P


***

p/s : Bila dah sampai KKIA baru Kak Cik sedar dia terlupa nak pergi ke satu lagi destinasi iaitu Atkinson Clock Tower yang merupakan menara jam lama yang ada kat KK. Takpe lah Kak Cik. Meh kurakuraygslow edit letak kita semua kat Atkinson Clock Tower tu. Keke :P




Trip to Sabah : Day 2 - Kota Kinabalu (KK City Mosque, Borneo Swiss Guesthouse, Pasar Filipina, Dataran Todak, Pasar Malam Kg. Air) #r4308vacay

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Pabila dah blah dari J. Residence, Kundasang, marilah kita menuju ke KK. Destinasi pertama kami kat KK adalah Kota Kinabalu City Mosque atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung.


Perjalanan memakan masa sejam lebih bersama Fat sebagai driver Viva putih ;)


Sesekali aku dan Akmal menghiburkan Fat dengan nyanyian kami. Mesti Fat happy kan dapat dengar lagu live dari kitorang berdua. Lagu kat radio tu bukannya sedap pun. LOL.

Setelah telinga Fat hampir bernanah dek nyanyian kitorang, alhamdulillah kami tiba kat perkarangan KK City Mosque. Mesti Fat bersyukur sebab kat perkarangan masjid tak boleh nyanyi dah :P


 Oleh kerana masjid ni dikelilingi tasik, dari situ lah ia dapat nama Masjid Terapung. Cantik kan pemandangan nya. Subhanallah :)


Ada servis paddle boat tau kat tasik tu. Selepas solat boleh lah beriadah dengan family. Hihi. Masjid ni jugak selalu dikunjungi oleh non-muslim. Syaratnya mereka perlu lah memakai jubah dan tudung yang disediakan sebelum memasuki kawasan masjid.


 Ruangan solat muslimin


 Mimbar yang cantik


Masa kitorang nak solat jamak qasar Zohor-Asar kat situ, ramai betul bebudak sekolah kat dalam masjid. Kemungkinan masjid ni ada tempat belajar agama kot. Aku pun tak pasti. Comel pulak dengar bebudak tu semua cakap Sabah. Bah bah semuanya. Kiki.


Kitorang mintak tolong sorang budak ambik gambar ni. Terima kasih bah. Hehe.


Selesai solat kat KK City Mosque, marilah kita menuju ke Borneo Swiss Guesthouse, tempat yang kitorang akan stay selama satu malam di sini.


Mengikut Google Maps ni, jarak antara KK City Mosque dengan Borneo Swiss Guesthouse tak jauh pun. Tapi, nak cari Borneo Swiss Guesthouse ni agak susah sebab ia terletak dalam kawasan taman perumahan.


Akhirnya, selepas puas berpusing-pusing dalam taman perumahan, kitorang berjaya jugak jumpa guesthouse tersebut.


 Korang cari je bangunan paling tinggi dalam taman perumahan tu. Hehe.




Sebenarnya, Kak Cik booked double room dengan rate RM95 per night. Tapi, staff kat situ paksa kitorang ambik satu lagi double room sebab kami berempat. Amboi banyak duit dia. Kak Cik tak nak ambik extra room. So, dia paksa ambik tilam extra. Malas nak bergaduh kat situ, Kak Cik setuju je tambah 1 lagi tilam dengan tambahan RM20. Huhu. So, total semua RM115.

Guesthouse ni takde lif. Nasib baik bilik kitorang kat tingkat 1 je. Bilik kat KK ofkos lah ada aircond. Kalau tak, berpeluh lah kitorang dalam bilik tu sebab KK sangat panas. 


Alhamdulillah dinding toilet ni tak transparent. Cuma pintu toilet je translucent. Huhu.


Check-in dalam pukul 2 petang camtu. Kak Cik cakap pukul 3 nanti baru kitorang akan ke destinasi seterusnya. So, apa lagi. Mari kita tidur! Hihi.

Dah pukul 3, barulah sibuk-sibuk bersiap balik untuk ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina.


Tengok Google Maps macam tak jauh. Tapi jalannya berpusing-pusing. Lagi-lagi kat tengah bandar, memang tak boleh tersilap masuk simpang. Alamatnya kena lah berpatah balik ikut jalan lain.


Setelah penat tersesat, akhirnya kami sampai jugak ke tempat yang dituju. Fat cari parking kat tempat yang strategik sebab selain daripada Pasar Filipina, kitorang akan terus ke Dataran Todak dan Pasar Malam Kg. Air pada hari ni. Harung tiga tempat sekaligus. Senang. Lokasi tiga tempat ni pulak boleh dikatakan dekat-dekat.

Mengikut kata Kak Cik, Pasar Filipina ni tempat orang jual souvenir. Haaa memang sesuai sangat lah tu. Esok pun dah nak balik. Memang wajib sangat hari ni beli souvenir untuk orang yang jauh di mata, tetapi dekat di hati. Eceh!  Mak aku pun dah order bermacam-macam jenis ikan masin ni. Murah katanya kat Sabah.

Oh ye. Sepanjang kat Pasar Filipina ni aku takde ambik gambar langsung. Takde mood aih nak bergambar-gambar pulak dalam cuaca yang sangat panas dan sesak dengan orang ramai tu. Misi pertama aku adalah mencari ikan masin, udang kering dan sotong kering kiriman bonda terchenta.

Aku mana lah reti beli benda-benda alah tu semua. Huhu. So, cara aku... tanya harga, then ambik gambar dan terus whatsapp kat mak. Bermacam-macam gambar ikan masin aku bagi. Mak pilih lah sendiri nak yang mana. Sementara menunggu mak membuat pilihan mana yang berkenan di hati, kitorang pergi membelek-belek souvenir kraftangan dulu.

Kak Cik, Fat dan Akmal sibuk membeli souvenir untuk family masing-masing. Aku cuma rembat 3 keychain (RM3.60) untuk bagi kat kawan dan 5 batang pen (RM8) untuk bagi kat adik-beradik bersama partner masing-masing. Malas nak beli souvenir banyak-banyak. Duit dah banyak habis asyik travel je. HAHA!

Selepas semua dah settle membeli souvenir kat tempat kraftangan, kitorang berpatah balik ke tempat ikan masin tadi. Mak aku dah order dah apa yang dia nak. Tugas aku cuma beli dan bayar je. Dah lupa pulak apa aku beli. Boleh tahan banyak jugak sebab total nya RM85.

Kemudian, kitorang menuju ke Dataran Todak untuk dinner sambil tengok sunset. Katanya tempat ni dapat nama Dataran Todak sebab ada patung todak besar. Tapi, aku tak nampak pulak mana patungnya. Then, baru perasan hari ni kitorang tak lunch! Last meals pukul 8.30 pagi tadi kat Restoran Intan, Kundasang. Kesian perut kami dah meronta-ronta meminta makanan. Nasib baik kat sini dinner seafood. So, takpe lah tak lunch pun. Duit bakal dilaburkan untuk makan sedap malam ni. Hehe.


Sesi memicit matahari


Kat Dataran Todak ni banyak gila gerai menjual seafood. Kalau iman tak kuat, memang semua gerai nak singgah. Kak Cik suruh cari gerai Anjung Qaseh Adinda. Katanya gerai tu recommended sebab murah dan sedap. So, kitorang pun beriya-iya membuka mata luas-luas nak cari gerai tersebut. Rupa-rupanya gerai tu terletak kat hujung sekali. Penat sudah meredah gerai-gerai lain.

 
Kitorang pilih meja paling hujung :)
 



Mula-mula, pekerja kedai tu datang ambik order. So, kitorang pun order sayur kailan ikan masin untuk 2 orang makan dan nasi 4 pinggan. Memandangkan masing-masing nak jimat, so kitorang buat keputusan untuk order air sirap limau 1 jag. Mungkin sirap lebih murah daripada air jus.

Pastu, Kak Cik dan Fat pergi pilih sendiri seafood idaman kalbu. Dorang ambik udang 17 ekor (tak tau berapa kilo), sotong 19 ekor (tak tau berapa kilo) dan ikan kerapu seekor (tak tau berapa kilo). Kitorang nak butter prawn, sotong goreng tepung dan ikan kerapu masak stim limau. Kak Cik bajet kos dinner malam ni sorang RM20.


Sambil-sambil menunggu makanan sampai, sempat lah kitorang mengusha sape-sape yang lalu kat situ. Hai Nichkhun. Ahaks! :P


 
Omputih yang Fat usha. Yang pasti ni bukan taste aku. Lain lah Nichkhun tadi :P


Remang-remang senja


 Selalu waktu-waktu macam ni dah sibuk nak solat Maghrib. Takdenya duk sibuk duduk tepi laut layan sunset bagai. Haha.


 Yahooo makanan sudah lah sampai!


 Masing-masing muka cover kelaparan tahap dewa. Nampak tak jag sirap limau kami. Besar kan? Cukup nak jamu semua orang kat Dataran Todak ni. Haha.


Selesai membaca doa makan, semua terus mengadap pinggan masing-masing. Memang tak angkat muka dah. Kalau ada bom meletup kat kedai depan tu pun memang buat tak tau je. Lapar punya pasal.

Setelah beberapa ketika... ikan tinggal tulang je. Udang pun tinggal kulit. Sotong dan kailan tak nampak bayang dah. Pinggan masing-masing dah licin. Kenyang. Alhamdulillah. Hehe. Cuma air je tak habis. Jag gedabak sangat mana nak habis.

Kini tibalah masa untuk panggil pekedai tu kira. Tetiba pekedai tu cakap total semua sekali RM86 menjadikan sorang perlu bayar RM21.50 untuk dinner. Ini sudah lari bajet. Huhu.

So, kitorang pun tanyalah satu-satu harga makanan tu~

Nasi 1 pinggan = RM2 x 4 = RM8
Kailan ikan masin 2 orang makan = RM8
Butter prawn = RM15
Sotong goreng tepung = RM15
Ikan kerapu stim limau = RM20

Nak tau berapa harga 1 jag sirap limau tu? RM20 kot. RM20. Tersedak kitorang dengar harga air sama mahal dengan harga ikan kerapu. HAHA! Konon-konon order air sirap limau sebab nak jimat. Sekali itu yang paling mahal! Sorang minum RM5 sirap limau. Baik order air jus. Lebih sedap. Huhu.

Pengajarannya di sini, sebelum korang order tu baik tanya harga setiap satu dulu. Jangan tanya harga makanan je. Tanya harga air sekali. Harga air sekarang lebih mahal daripada harga makanan tau. Haha.

Selepas kekenyangan dengan air sirap limau RM20, kami pun blah menuju ke Pasar Malam Kg. Air untuk meneruskan misi shopping masing-masing.

Jauh jugak lah kitorang berjalan meredah kepekatan malam. Gitewwww. Fat beli gelang pandora, Kak Cik dan Akmal pulak cari t-shirt. Misi aku cuma nak cari fridge magnet je. Nak yang satu RM2.50. Kebanyakannya jual satu RM3. Bila mintak kurang dia tak bagi.

Aku tak berputus asa. Misi mencari fridge magnet murah harus diteruskan. Akhirnya, aku sampai kat satu gerai yang jual fridge magnet satu RM3. Terus aku pujuk dia nak empat RM10 sebab Akmal pun nak beli jugak. Alhamdulillah sesi tawar-menawar berjaya. Hihi.

So, aku beli 2 fridge magnet dengan harga RM5. Then, terjumpa satu gerai jual rantai RM6. Aku pun rembat satu untuk diri sendiri. Haa cukup lah shopping banyak tu je. Asalkan dah ada something untuk family, kawan dan diri sendiri.

Jam dah menunjukkan pukul 9 lebih. Rasanya molek lah kita pulang ke guesthouse. Masing-masing dah bau kambing. Entah-entah kambing lebih wangi. Huhu. Sebelum balik, aku dan Akmal beli maggi cup kat kedai runcit dengan harga RM2.

Sampai-sampai je kat guesthouse, mandi kemudian solat pastu tidurrrrrrr. 

Day 3 - to be continued~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...