18 November 2016

#3rdtriptokorea - Day 1 (KBS & Yeouido Hangang Park) #mencariyoosijin

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Ahad - 17 April 2016

So, dari Hoegi Station kitorang bergerak menuju ke KBS demi #mencariyoosijin.


Tak sabaq nak jumpa depa! :D


Cara untuk pergi ke KBS dengan menaiki subway adalah~



1. Dari LINE 1 Hoegi Station (Incheon bound), transfer kat Noryangjin Station
2. Dari Noryangjin Station, tukar ke LINE 9 menuju ke National Assembly Station (Gaehwa bound)






Boleh pulak ahjumma ni jual barang dalam subway. Dah macam pasar malam.


Aku dah pernah pergi KBS dan Yeouido Hangang Park dalam #2ndtriptokorea *klik sini untuk baca*. Sebab tulah selamba dek je pergi sini tanpa planning sebab konon-konon masih ingat jalan. Kihkih. Sama je macam trip yang lepas, sampai je kat National Assembly Station... sila keluar ikut #Exit 4.


Ni lah view sebelah kiri korang selepas keluar dari #Exit 4


Kemudian, jangan segan-silu untuk follow signboard KBS


Dalam trip yang lepas, suasana sendu dan pilu je sepanjang jalan sebab winter season. Pokok semua togel. Laaa ni tengok lah berwarna-warni!


Cuba teka yang mana satu bunga! *omai loya tekak HAHA*


First timer kita pun excited hihi






 Bagi can ah kat trip leader nak feeling-feeling ciked hiks!


Padahal kalau tengok dari jauh, macam bunga kertas yang ada kat Malaysia je pun. Haha!


Kalau kat Malaysia, tak heran langsung dengan segala bunga yang bersepah tepi jalan kihkih


Kiy yang tak berapa feminin pun excited tengok bunga hihi


 Okay okay last shot! Bila nak sampai KBS kalau gini gayanya. Haha!


 Dah dah mari kita teruskan perjalanan


 Akhirnya sampai jugak kita kat KBS. Yeay!


Kat lobi bangunan ni ada poster DOTS besar gedabak. Tapi setakat poster jelah. Takde pun standee Captain Yoo Si Jin. Huhu. Aku pergi tanya receptionist kat kaunter pasal standee tu. Dia cakap kena keluar dari bangunan ni. Kitorang pun keluar lah untuk cari standee tu tapi tetap jugak tak jumpa. Huwaaaaaa ni dah kecewa tahap tujuh petala langit.

Aku jelah yang kecewa rasanya. Minah-minah yang lain tu bahagia je aku tengok.






Hmmm takpe lah dah takde rezeki nak buat macam mana. Asalkan mereka bahagia.


 Padahal aku tengok bunga-bunga kat sini sama je dengan bunga-bunga tadi


Yelah aku faham. Bunga kat Korea mana lah sama dengan bunga kat Malaysia ye Farah.








Ekoran kegagalan menemui standee Captain Yoo Si Jin, marilah kita bawa hati yang lara ke Yeouido Hangang Park. Tujuan utama ke situ mestilah nak berbasikal. Yeay!

Dalam #2ndtriptokorea, aku dan Ziha dok sibuk berbasikal kat tepi Han River masa musim sejuk. Kitorang je yang excited naik basikal masa suhu 0 darjah celcius di kala orang lain dok berselubung dalam selimut kat rumah. Hihi. Sekarang ni kan musim bunga. Mesti lain pengalaman nya kan.


Annyeong KBS!


Kitorang follow jalan yang sama macam trip yang lepas. Bezanya dulu semua pokok ni togel. Laaa ni dah ada daun hijau bukan mak kau hijau.


Dari awal aku dan Ziha dah decide untuk cagarkan passport Farah kat tempat sewa basikal. Hehe. Nasib lah jadi first timer. Tak boleh nak bangkang keputusan otai.

Kitorang semua pilih basikal single seat. Kadar sewaan basikal single seat adalah 3,000 won (RM10.80) for the first one hour. Then 500 won (RM1.80) for the subsequent 15 minutes. Kena bayar sewa for the first one hour dulu. Yang subsequent minutes tu bayar kemudian masa korang pulangkan basikal.

Bila masing-masing dah pilih basikal, apa lagi jom kita enjoy~


Pastikan korang berbasikal kat route basikal sahaja. Jangan sesekali masuk kat route pejalan kaki yang berwarna hijau.


Barulah nampak warna hijau dan purple dalam Yeouido Park ni. Dulu nak jumpa daun pun susah.




 
Pehal minah ni sengih sorang-sorang?


Tengah dia dok sengih kat situ, kitorang jalan ke depan sikit. Pastu dari jauh nampak benda ni~


 Standee Captain Yoo Si Jin kat bangunan KBS!!!!!


Rupa-rupanya, bangunan KBS tu seberang jalan je dari Yeouido Park. Nasib baik ternampak. Huhu. Kalau tak, kempunan aku nak jumpa Captain.

Tapi, kitorang ada basikal. Mana boleh bawak sampai ke bangunan tu. So, aku dengan Kiy pergi ke situ dulu. Ziha dan Farah kena jaga basikal. Hoho. Cheq dah excited tahap gaban ni. Kihkih.


Apa yang ada di dalam hatiku telah terlafaz di baju :P


Captain YOO SI JIN dan Dr. KANG KURA :P


Pada awalnya, ada dua jenis standee yang berbeza kat bangunan KBS. Satu standee Captain nak ikat tali kasut, satu lagi standee Captain tengah berjalan macam kat atas tu. Tapi, ada orang pi curi standee Captain nak ikat tali kasut. Pastu pihak KBS ganti standee yang hilang tu dengan standee Captain tengah berjalan menjadikan ada dua standee yang sama. Cis sapelah yang berani curi standee Captain aku tu. Grrrrrrr.


Kakak je yang excited terlebih so Kiy kena jadi photographer tak berbayar hiks!


Bila dah puas bergambar dengan Captain, kitorang pun blah ke Yeouido Park semula. Bagi can kat Ziha dan Farah pulak untuk pi jumpa Captain.


Jadi tukang jaga basikal sat. Kat belakang tu lah bangunan KBS tersebut.


Bila dorang dah sampai, meh lah kita teruskan perjalanan.




Farah yang single tengah selfie seorang diri berlatarbelakangkan dua couple yang bahagia :P


Ziha yang single pun berjaya selfie bersama sepasang couple bahagia :P


Cheq ja yang dah lah single, forever alone lagi. HAHA!


Alololo tanteknya awakkkk


 Tapi tantek lagi bunga ni hewhew


Berwarna-warni sungguh Yeouido Park masa musim bunga










Aku ada cite dalam entri #2ndtriptokorea, nak pergi ke Hangang Park kena lalu satu terowong depan balai polis. Kali ni aku dah pandai sikit. Takde dah keluar pertanyaan terencat akal macam trip haritu. Kehkeh.


Dah masuk ke kawasan Hangang Park!


 Apedehal kayuh basikal pukul 2 petang kat Korea. Kuikui.


Walaupun matahari tegak atas kepala, keadaan windy gila masa tu. So, tak rasa panaih terik macam kat Malaysia pun.


Ramai jugak manusia kat Hangang Park ni. Depa ni keluar masa spring je ke? Winter takmo keluar rumah?




 Kat tepi Han River :)




Dah puas cycling, kitorang decide untuk berpatah balik ke tempat sewa basikal kat Yeouido Park. Cukup lah cycling satu jam 15 minit. So, kitorang kena bayar tambahan 500 won seorang. Then, Farah pun dapat semula passport kesayangan beliau.

Cheq puas hati sangat sebab dah berjaya cycling kat Yeouido Hangang Park dalam dua musim yang berbeza. Hihi. Mai laa tengok video cheq cycling masa spring season ni. Nak tengok video cycling masa winter season boleh baca entri #2ndtriptokorea :)




Hmmm so next target... mungkinkah cycling masa autumn season? :P

***

Selepas pulangkan basikal, terjumpa pulak ahjumma jual ddeokbokki dan eomuk kat tepi jalan. Dua benda ni halal dimakan sebab ddeokbokki tu rice cake. Eomuk pulak fish cake. Tapi, kena pastikan takde benda berunsur daging dijual bersama-sama dengan dua benda tu. Alhamdulillah... takde daging dalam masakan ahjumma tersebut. So, jom lah beli hihi.


Ddeokbokki = 3,000 won (RM10.80) per cup
Eomuk = 1,000 won (RM3.60) each


Kitorang cuma beli satu cup ddeokbokki dan dua batang eomuk, kongsi 4 orang sebab takut tak sedap. Sekali sedap nak mati. Menyesal beli sikit. Huhu.


Pastu, marilah kita kembali ke National Assembly Station #Exit 4. Next destination adalah Myeongdong sebab Farah nak cari make-up.

Stay tuned~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


16 November 2016

#3rdtriptokorea - Day 1 (KLIA2 - Incheon International Airport - Hoegi Station) #mencariyoosijin

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Dah berzaman aku biarkan entri #3rdtriptokorea tergantung macam tu je. Banyak sangat perkara penting berlaku dalam hidup sampaikan tak sempat nak update cerita travel. Tak sempat nak update jelah tapi. Pergi travel lagi sempat je. Muahahahahaha (sila klik sini untuk teaser #4thtriptokorea).

Entri ni merupakan sambungan daripada entri-entri terdahulu (sila klik untuk baca)~




p/s: Rate ketika aku pergi Korea adalah 1,000 won = RM3.60

***

Ahad - 17 April 2016 

Beta ada habaq dalam entri terdahulu bahawasanya beta dan ahli rombongan beta akan ke Korea selama 6 hari (sebab cuti semester kami seminggu je). Target utama kami hanyalah Jeju dan Busan. Tetiba aku menggedik pulak nak pergi Demilitarised Zone (DMZ) sekejap kat Seoul. Oleh kerana aku yang buat plan... nak-tak-nak depa kena lah ikut cakap aku. Hahahaha *gelak gaya diktator*

So, kitorang ambik flight Air Asia dari KLIA2 pada pukul 1 pagi dan akan mendarat kat Incheon International Airport pada pukul 8.30 pagi waktu Korea (waktu Korea sejam lebih awal daripada waktu Malaysia).


Typical post bagi mereka yang berjaya ke luar negara. Kehkeh.


Bajet further studies padahal belajar kat HUKM je yang jaraknya tak sampai sejam pun dari rumah. Hihi.


Pastu, macam biasa masuk lah kita ke balai perlepasan. Kali ni kitorang tak check-in luggage pun. Bawak maggi je simpan dalam luggage masing-masing. Pastu bawak masuk kabin. Dah kali kedua ke Korea sendiri, so perancangan tu hebat sikit daripada yang dulu. Kihkih.


Trip kali ni kami berempat. Sudah tentu lah aku mastermind nya. Hehe. Ziha dan Farah tu coursemate aku. Kiy pulak adik perempuan aku. Dalam empat orang ni, si Farah tu newbie. Dia baru first timer. Ziha dan Kiy dah kali kedua. Cheq mestilah yang paling hebat dah kali ketiga. HAHAHA xD


Bila gate dah bukak, mari kita serbu!!! Oleh kerana kitorang tak beli seat, so tak dapat lah nak duduk sama-sama. Aku dengan Ziha dapat duduk sekali. Kiy dengan Farah duduk jauh sikit dari kitorang. Aku risau jugak bila si Farah tu duduk sorang-sorang. Dah lah dia first timer. Tapi Farah happy pulak dapat duduk sorang siap mengharapkan ada jodoh sebelah seat. Ceh! Buang karen je aku risaukan dia. Haha.


Flight pada waktu malam memang toksah nak expect view menarik kebabom sangat. Gelap je sepanjang perjalanan.


Kebanyakan penumpang buat taik mata je dalam flight. Dah nasib badan cheq ni jenis tak dapat tidoq dalam flight. Celik jelah sepanjang perjalanan. Huhu. Siap bawak nota pabila mengenangkan ProExam tinggal lagi 3 bulan. Bawak jelah nota tapi tak baca pun. HAHA!

Kebiasaannya, seawal pukul 3 pagi pramugara-pramugari dah sorong troli makanan. Tapi kalau korang nak makan lambat sikit boleh je. Nanti pukul 5 pagi dia mai sekali lagi. So, aku buat deq je masa dia sorong troli makanan pada pukul 3 pagi tu. Bila dia mai sekali lagi pada pukul 5 pagi, barulah aku duk sibuk tunjuk boarding pass untuk claim Nasi Lemak Pak Nasser yang berharga RM15 tersebut.


Tudiaaa nasi lemak yang berharga RM15. Ni kira breakfast lah ni. Ke sahur? Kehkeh.


Harap-harap sedap. Cheq memang lapaq ni.



Alhamdulillah nasib baik nasi lemak lemak tu sedap. Nasihat aku kat korang yang baru first time pergi Korea, tolong lah ambik pre-booked meal. Dulu konon nak jimat tak ambik pun segala nasi-nasi ni. Sekali lapar nak mati. Terpaksa beli maggi cup yang mahal tapi tak mengenyangkan pun. Sobsob.

Lepas makan nasi lemak, barulah mata ni ngantuk sikit. Hehe. So, aku sempat lah terlena sekejap.


Sunrise :)


Sejam sebelum mendarat, pramugara-pramugari akan bagi kertas-kertas ni kat korang~


Kertas yang pendek tu semua orang kena isi sendiri. Kertas yang panjang tu, satu group satu form cukup. Kertas pendek kena tunjuk sekali dengan passport kat kaunter imigresen. Kertas panjang boleh bagi kat ahjussi yang setia menunggu di arrival gate.


Selepas 6 jam yang membosankan, akhirnya kami tiba di Incheon International Airport! 


Jom bergerak menuju ke kaunter imigresen!


Masa ni spring season. So, takdelah sejuk menggigil tahap winter dan takdelah pulak panaih berdenting macam Malaysia. Masa baru touchdown ni, suhu dalam 16 darjah celcius.

Kat Korea, lepas je turun flight... korang perlu menaiki aerotrain untuk menuju ke kaunter imigresen. Then, urusan kat kaunter imigresen selalunya mengambil masa sejam sebab queue memang panjang tak hengat. Mengikut plan asal, kalau nak ke DMZ... kitorang perlu bergerak menaiki subway (train) dari airport pada pukul 9.30 pagi. Kalau tak, takkan sempat nak sampai DMZ sebab tempat tu jauh. Masalahnya, pukul 9.30 pagi kitorang duk beratur kat kaunter imigresen lagi ni. So, terpaksa lah kirim salam kepada plan DMZ tersebut. Mungkin next trip? Kehkeh.

So, aku terus ajak dorang untuk jalan-jalan kat Seoul je hari ni sebelum ambik flight ke Jeju pada pukul 8.30 malam nanti. Destinasi pertama adalah Hoegi Station sebab kat situ ada standee Captain Yoo Si Jin. Hihi. Masa ni, demam drama Descendants of the Sun memang tak kebah lagi. Baru 3 hari lepas episod akhir DOTS ditayangkan kat Korea. Kena pulak dorang travel dengan aku yang tak habis-habis dengan DOTS, memang nasib lah. HAHAHA.


Please bear with me, travelmates! ;-)


Pape hal pun, kenalah preload T-Money dulu kat 7-Eleven. Aku ada cerita pasal T-Money dalam entri ni. Pandai-pandai lah baca sendiri ye. Hihi.


Aku, Ziha dan Kiy pakai kad T-Money dalam trip yang lepas je. Farah kena beli kad baru. Harganya sekarang 4,000 won (RM14.40). Huhu. Dulu 3,000 won je tau! Kalau nak murah sikit, kena beli kat 7-Eleven/GS25 luar daripada airport. Harganya 3,000 won.


Mengikut perkiraan, kitorang perlu preload 60,000 won (RM216) untuk perjalanan selama 6 hari kat Seoul, Jeju dan Busan. Tapi, aku tak berani nak preload banyak terus. Kalau kad tu hilang, menangis tak berlagu Korea pulak kang. So, aku preload 30,000 won (RM108) dulu. Nanti boleh je topup lagi. No problem.

Pastu, masing-masing pergi rembat sebotol air mineral yang berharga 500 won (RM1.80) kat 7-Eleven tersebut. Air ni penting untuk mengelakkan kitorang kehausan sepanjang perjalanan. Manusia selalunya bila dia lapar atau dahaga, emosi terganggu sikit. Sebab tu kena jugak bawak coklat/biskut dari Malaysia untuk alas perut. Nak travel kenalah happy-happy. Tak nice kalau banyak sangat drama emosi. Haha.

Dah settle semua urusan penting, marilah kita bergerak menuju ke Hoegi Station. Dari arrival gate tu, korang try cari signboard Airport Railroad. Follow je signboard berwarna kuning sampai lah ke level B1. Ada dua jenis train iaitu Express Train dan All-Stop Train. 

Dalam trip yang lepas, aku naik Express Train (AREX). Tambang AREX 8,000 won (RM28.80) dari Incheon International Airport direct ke Seoul Station. Kelebihan menaiki AREX adalah korang dapat numbered seat. So dah tentu-tentu boleh duduk dengan selesa sepanjang perjalanan. Tapi, kitorang nak jimat. So, kitorang pilih All-Stop Train. Subway akan berhenti kat setiap stesen dan kemungkinan tak dapat tempat duduk adalah tinggi. Hihi.




Perjalanan dari Incheon International Airport Station ke Hoegi Station mengambil masa 1 jam 23 minit. Tambang nya 4,250 won (RM15.30). Tapi, kena transfer kat Seoul Station dulu.  


Muka-muka excited terlebih




 Tak dapat duduk langsung sepanjang perjalanan. Huhu.


 Boleh lah nampak pokok cherry blossom dari dalam subway. Spring season katakan. Hihi.


 Subway akan lalu atas Han River

Then, kitorang simpan luggage dalam loker kat Seoul Station dengan kadar sewaan 4,000 won (RM14.40) untuk 4 jam yang pertama kemudian 1,000 won (RM3.60) untuk setiap jam yang berikutnya. Boleh bayar pakai T-Money. Satu loker bersaiz medium boleh muat dua luggage. Boleh lah share dua orang satu loker. Aku terlupa pulak nak ambik gambar loker tu. Hehe.

Pastu, marilah kita teruskan perjalanan ke Hoegi Station. Cheq dah tak sabaq nak jumpa Captain Yoo Si Jin hihi :)


 Tudiaaa ada Captain Yoo Si Jin celup! Bukan main laju dia jalan.


 



Sampai je kat Hoegi Station, terus keluar ikut #Exit 1.  


Gini lah rupa #Exit 1 tersebut




Hari ni, ada fan meeting Song Joong Ki kat Kyunghee University. Keluar je dari #Exit 1 tu, terus ada ahjussi duk sibuk teriak Song Joong Ki fan meeting... Song Joong Ki fan meeting! Sape yang nak pergi fan meeting tu, kena naik bas hijau ni. Takde masa lah pulak aku sibuk nak pergi fan meeting si Song Joong Ki tu. Aku bukannya minat sangat kat dia. Aku minat karakter Yoo Si Jin tu je. HAHA :P




Perjalanan mencari standee Captain Yoo Si Jin harus diteruskan!




Sebenarnya, aku tak tau pun kat mana lokasi sebenar standee tu. So, apa lagi... mai lah tanya pekerja GS25. Hehe.


Benda wajib dibeli kat GS25 mestilah banana uyu! Selain daripada banana flavour... ada coffee, strawberi dan melon. Sebenarnya, aku tak berapa suka banana flavour. So, aku selalu beli coffee flavour. Hehe. Harga sebotol adalah 1,300 won (RM4.70).


Sambil-sambil bayar uyu kat kaunter, duk sibuk tanya pekerja tu mana standee Captain Yoo Si Jin aku. Dah tentu-tentu lah depa ni susah nak faham simple English sekalipun. Nasib baik aku ada retweet gambar standee tu kat akaun Twitter aku. So, dapat lah tunjuk kat pekerja GS25 tweet tersebut. Rupa-rupanya, standee tu ada kat depan sebuah restoran. Nama restoran tu Seorae. Haaa apa lagi. Mai lah cari Restoran Seorae!


Patut pun standee Captain Yoo Si Jin ada kat sini. Restoran ni tempat depa shooting DOTS rupanya. Episod yang Yoo Si Jin dengan Seo Dae Young minum soju untuk 3 days 0 night tu.


Tapi, masa aku pergi ni... standee tu dah takde. Sobsobsob. Punah harapan aku. Begini rupanya rasa kecewa *over* hahahaha.


Nak masuk dalam tak boleh. Nampak tak ada gambar oing oing kat pintu tu. Kehkeh.


Akhirnya, aku berlalu pergi membawa hati yang kecewa. Baru je nak feeling-feeling Captain tolong ikatkan tali kasut. Huhu. So, mari lah kita blah dari sini. 

Destinasi seterusnya adalah Korean Broadcasting System (KBS)! Dah tentu-tentu ada standee Captain Yoo Si Jin jugak kat KBS sebab stesen TV tu lah yang menayangkan DOTS. Hihi.


 Annyeong Hoegi Station!


Next destination ---> KBS & Yeouido Hangang Park. To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


14 November 2016

Officially graduated but still unemployed HAHA #MDUKM2016 #ukmkonvo2016

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Alhamdulillah pada 8 November 2016 haritu aku dah konvo kat Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM. Memandangkan cheq dah konvo, cheq malaih dah nak hide identity. Ahaks! Penat nak edit semua gambar letak smiley. Kehkeh :P


Abang aku konvo kat UIA pada 6 November. Aku pulak kat UKM pada 8 November.


Aku officially graduated pada 1 Ogos 2016. Then, aku berehat melantak buat taik mata kat rumah selama sebulan. Dalam pada tu dok sibuk settle kan application untuk Malaysian Medical Council (MMC) semua. Tidak dilupakan, regain balik energy yang dah habis digunakan semasa ProExam. HAHA. Penat woi ProExam! Theory exam selama 5 hari berturut-turut then clinical exam sehari suntuk. Selagi result ProExam tak keluar, tak boleh nak lega. Kalau tak pass ProExam, kena repeat 6 bulan. Cheq tak sanggup huhu. Alhamdulillah aku pass ProExam tersebut :)

Then, aku kerja part time sat dari bulan September sampai pertengahan Oktober sebab nak cari duit pi Korea. Kihkih. Pastu pi Korea dari 18 Oktober sampai 27 Oktober 2016. Balik dari Korea, sibuk settle kan urusan konvo pulak. Pi ambik jubah, ambik gambar dengan kawan-kawan semua. 


 #girlfriendforlife


Happy nya Farah! HAHA :D


6 November 2016, abang aku konvo kat UIA. Dia grad medik jugak. Kenapa aku dengan abang aku konvo serentak? Sebab dia study UIA yang mana Program Asasi Perubatan dia 2 tahun. Aku pulak ambik Program Asasi Sains UiTM selama setahun je. So, aku dah jimat setahun berbanding abang aku. Hihi. Then, masing-masing study medik selama 5 tahun. Aku kat UKM, abang aku pulak kat UIA. Umur dah tua baru nak konvo. Huhu.


Untung ahhh konvo dengan tunang. LOL.


Aku sentiasa ada di situ untuk menjadi orang ketiga muahahahaha


Pada 7 November, aku kena attend Hari Mesra Graduan dan oath ceremony kat KL. 8 November, konvo kat UKM Bangi pulak. 12 November, family aku buat kenduri kesyukuran dan doa selamat sebab aku dengan abang aku dah konvo. 13 November aku demam pulak mungkin kerana kepenatan banyak sangat event tanpa henti. HAHAHA! 


Hari Mesra Graduan bersama housemates for 3 years. Yang tudung putih tu bini orang. Jangan kacau. Yang lagi dua tu single and available ahaks! :P


Mungkin ada yang pandang life sebagai medical student ni best. Hmmm tu apa yang korang tengok pada pandangan mata kasar je kot. Takde lah best sangat pun life aku. HAHA. 5 tahun baru lah dapat sarung jubah konvo for the first time. Padahal kawan-kawan lain dah sarung jubah konvo master. Kahkah!




Dah 28 tahun kahwin, barulah mak ayah merasa sarung jubah konvo :')


Kena marah hari-hari tu perkara biasa. Tak medical student lah kalau tak kena marah. Course lain internship paling lama pun 3 bulan. Tu pun ada yang dapat elaun. Kitorang internship 3 tahun!!! Takde elaun pun. Dapat caci-maki je kahkah!


Muka yang dah biasa dicaci-maki kat wad. LOL.


Bagi can ah happy-happy ciked sebelum kena maki balik masa jadi houseman/junior doctor nanti. Kahkah!


So, aku nasihatkan sape-sape yang nak ambik medik tu fikir lah masak-masak. Jadi doktor pun takde jaminan kerja sekarang ni. Aku dah 3 bulan grad. Interview SPA pun belum lagi. Hahaha. Jangan tanya aku bila boleh start kerja kat hospital sebab aku pun tak tau. Pi tanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Okay cukup lah sampai sini je hasutan aku. LOL. Buat adik-adik yang nak ambik medik tu, ikhlaskan hati dan perbetulkan niat. Hihi. Tolong doakan aku dan abang aku cepat-cepat dapat placement kat hospital okay. Adios!


#mbbsiium #mdukm


31 October 2016

Teaser #4thtriptokorea #autumn2016 (Seoul & Taebaek)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hallo semua! Haritu aku pergi Korea selama 10 hari. Yessss KOREA lagi. Hihi. Kali ni, target aku cuma lah nak catch autumn view dan nak cover all about DOTS. Dah 6 bulan berlalu, tapi #DOTSsyndrome aku masih belum kebah. Kekeke :P

Selain daripada tu, trip kali ni aku jadi TOUR GUIDE! Hohoho. Baru 4 kali pergi Korea, dah memandai pulak nak jadi tour guide. Ahaks! Buat sape-sape yang nak baca cerita tour guide aku tu, sila lah klik link ni :)

Memandangkan entri #3rdtriptokorea pun belum habis lagi, so terpaksa lah cheq bagi teaser dulu untuk #4thtriptokorea ni. Hehe. Malaih betui nak update blog. Pergi Korea rajin pulak. Kahkahkah!


 Gapyeong Station


 Nami Island


 N Seoul Tower


 Yeouido Park


 Gyeongbokgung Palace


Samcheongdong-gil


Seoul Central Mosque, Itaewon


Stay tuned for #4thtriptokorea!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...