21 January 2017

#3rdtriptokorea - YEHA Guesthouse (Jeju-do)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Dalam entri yang ni, aku dah cerita perjalanan kitorang dari Seoul ke Jeju-do. Laaa ni meh aku cerita sikit pasal guesthouse kitorang kat Jeju pulak, iaitu YEHA GUESTHOUSE.


Gambar guesthouse yang aku cilok dari website dia. Kehkeh.


Dalam banyak-banyak guesthouse kat Jeju-do, kenapa aku pilih YEHA Guesthouse?

First of all, sebab lokasi dia yang sangat dekat dengan airport. 10 minit naik teksi dah sampai. Pada awal pagi hari keempat nanti kitorang perlu catch flight kat Jeju International Airport untuk ke Busan. So, boleh lah slow and steady je nanti sebab airport tersangatlah dekat :)




Sebab yang kedua, YEHA Guesthouse ada menyediakan servis makanan Halal untuk muslim visitors. Part ni memang menarik sebab jarang sangat guesthouse kat Korea muslim-friendly gini.




Kebanyakan guesthouse kat Korea memang ada provide free breakfast. Setakat makan roti sapu jem dengan minum air kopi tu boleh lah. Nak masak-masak tak boleh sebab cooking utensils tak dijamin halal. YEHA Guesthouse ni best sangat sebab dia dah asingkan awal-awal cooking utensils untuk muslim visitors. So, setiap pagi kitorang boleh breakfast roti dengan scrambled eggs. Hihi :)


Kitchen - cooking utensils untuk muslim visitors ada dalam drawer kat bawah stove. Siap ada padlock lagi.


Okay cukup dah dua sebab kenapa aku pilih YEHA Guesthouse. Dah macam ambassador pulak. LOL. Laaa ni jom tengok bilik kitorang pulak.


 

Dalam #2ndtriptokorea, aku menginap kat private room. Untuk trip ni, aku pilih dormitory je sebab nak jimat. Kehkeh. Duit scholarship dah banyak habis asyik travel je. LOL. Dah lah tak sedar diri tinggal 3 bulan je lagi nak ProExam, tapi mengada jugak nak travel. Nasib baik kitorang semua pass ProExam tersebut. Alhamdulillah :D

Rate penginapan 1 malam untuk seorang adalah 19,000 won (RM68.40). Memandangkan kitorang menginap 3 malam kat Jeju-do, total rate untuk seorang adalah 57,000 won (RM205.20).

Kalau korang nak tengok rate bilik yang lain, boleh klik link kat bawah~



Setiap dormitory ada private bathroom. Part ni aku suka sebab takyah susah-susah keluar dari bilik untuk pergi ke bilik air.


Small towel, hair dryer, tissue, shampoo, soap and toothpaste provided. Gambar cilok dari website. Kehkeh.


 Kaunter check-in dan check-out




 Ada pelbagai info kat board ni. Kalau nak ambik YEHA travel package pun boleh. Kitorang travel sendiri je.




Kat bawah cuma ada kitchen dengan public bathrooms je. Bilik semua kat atas.




 Sape yang ada kamera polaroid boleh lah letak gambar kat sini






 Peta dunia - boleh gantung memo kat negara asal masing-masing


 Tengoklah... dah penuh sangat memo kat peta Malaysia -.-


Guesthouse kat Korea ada menyediakan bermacam-macam jenis pamphlet mengenai tempat menarik kat Korea. Jangan segan-silu ambik buat harta sendiri.






PC pun ada. Tapi masing-masing dah ada smartphone canggih sekarang. Buat apa nak guna PC. Kehkeh. Wifi pulak tahap LTE :P


Untuk pengetahuan korang, plug kat Korea semua 2 kaki macam ni. Kalau charger plug korang 3 kaki, pandai-pandai lah bawak universal adaptor dari Malaysia. Setiap katil ada 3 plug. Toksah risau takkan berebut punyalah nak cas devide memasing.




 Dining area






Free breakfast








 Nampak tak banyak duit RM1 membuktikan dah ramai sangat rakyat Malaysia travel ke Jeju-do. Hihi.




Tapi kitorang kedekut. RM1 itu amat berharga. So, kitorang tinggalkan memo je. Haha :P


Dari rooftop YEHA Guesthouse, kita boleh nampak Mount Halla (Hallasan). Tapi kitorang tak pernah lekat kat guesthouse waktu siang.


 Pergi rooftop waktu malam. Macam mana lah nak menghayati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. Nampak gelap dan malap jelah kehkeh.


***

Okeh kalau korang berminat nak menginap kat YEHA Guesthouse, macam mana nak buat online booking?




Ada 3 cara untuk buat reservation. Aku pilih cara yang pertama. Sape yang takde credit card macam aku, pakai debit card pun boleh. Kalau korang tak reti macam mana nak buat online payment menggunakan credit card/debit card, boleh klik link mengenai Jeju Air Ticket Booking ni. Sama je caranya :)

Part yang tak berapa best pasal YEHA Guesthouse, lepas reservation kena ada deposit pulak dah. So, kenalah tengok refund and change policies ni~


So, sebelum buat reservation... sila baca betul-betul polisi ni. Kang tak pasal-pasal duit burn macam tu je.


Kalau stay kat Seoul, aku memang suka sangat dengan Namsan Guesthouse. Dah lah berapa langkah je nak pergi Myeongdong Street. Lepas buat reservation takde deposit pulak tu. Boleh bayar lump-sum masa check-in. Nak cancel reservation sesuka hati pun no hal :)

*boleh klik sini untuk entri mengenai Namsan Guesthouse*


Lepas buat online payment, korang akan dapat e-mail cenggini~


Mula-mula aku buat reservation untuk 2 orang je dulu. Lepas tu baru reserved untuk 2 orang lagi. Nasib baik kitorang dapat dormitory yang sama.


Jumlah deposit yang perlu dibayar masa reservation ni adalah 24,000 won. Masa ni nilai Ringgit Malaysia tengah merudum teruk. Rate 1,000 won = RM3.90. Kiranya deposit untuk 2 orang pada masa ini adalah RM93.60. Sobsobsob. Balance 90,000 won tu boleh bayar cash masa check-in.

Okay lah. Rasa macam dah habis cerita pasal YEHA Guesthouse. Pendapat peribadi aku, kalau travel in a large group... better stay kat private room. Kitorang berempat. Dormitory tu pulak untuk 6 orang. Ada 2 orang lagi guest lain. So, tak boleh nak hu-ha sangat dalam bilik. Berborak pun kena berbisik apa cite. Hahahaha. Dah lah guest lain tidur awal. Pukul 10 malam dah tutup lampu. Nasib baik setiap katil ada lampu kecik. Kalau tak, meraba lah kami di dalam gelap. LOL. Alhamdulillah stay kat sini 3 malam je. Nak jimat sangat punya pasal. Hihi.

Part lain okay je. YEHA Guesthouse memang sangat selesa. Kemudahan pun banyak. Overall... itew bagi 9 bintang! XD


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


20 January 2017

#3rdtriptokorea - Day 1 (Seoul - Jeju-do) #mencariyoosijin

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Ahad - 17 April 2016

Dari Yeouido Hangang Park, kitorang teruskan perjalanan menuju ke Myeongdong. Waktu terbaik untuk melawat Myeongdong Street adalah pada waktu malam. Pada waktu siang, cuma outlet besar je bukak. Street vendors hanya akan mula beroperasi pada waktu malam. Sesuai sangat untuk sesiapa yang suka suasana havoc. Tapi, tujuan utama kitorang ke Myeongdong Street adalah sebab Farah nak cari make-up. So, pergi waktu siang pun no problem. 

Masa dalam subway on the way dari Incheon International Airport nak ke pusat bandar Seoul, aku tanya awal-awal dorang nak pergi mana. Belum sempat depa jawab, aku dah cop Hoegi Station, KBS dan Yeouido Hangang Park awal-awal.  Dasar diktator. Hahaha.

Kalau diikutkan, kitorang takde masa yang banyak pun untuk meliar kat Seoul. Pukul 6 petang mesti bertolak ke Gimpo International Airport sebab flight ke Jeju-do pada pukul 8.30 malam. Farah teringin nak pergi ke Myeongdong Street. Memandangkan dia tu first timer, so meh lah kita tunaikan permintaan dia. Hihi.


 Gerenti Farah dah tak sabar nak pergi syurga kosmetik nih!


Pastu boleh pulak minah tu suruh kitorang biarkan dia merayau sorang-sorang kat Seoul. Konon-konon nak cari jodoh lettew. Ceh!


***

Cara untuk pergi ke Myeongdong dari Yeouido Hangang Park adalah~



1. Dari LINE 9 National Assembly Station (Sports Complex bound), transfer kat Noryangjin Station
2. Dari Noryangjin Station, tukar ke LINE 1 menuju ke Seoul Station (Soyosan bound)
3. Dari Seoul Station, tukar ke LINE 4 menuju ke Myeongdong (Danggogae bound) 


Kitorang pun dengan perasaan gembira menaiki subway dari National Assembly Station menuju ke Noryangjin Station. Pabila tiba kat Noryangjin Station, perkara sama macam #2ndtriptokorea berulang kembali. Stesen dia lain dari subway station yang biasa. Dah macam stesen komuter. 

Masa beratur sebelum naik train tu, Farah berdiri paling depan. Konfiden je minah ni padahal first timer. Pastu train pun sampai. Farah dah naik dulu. Tetiba aku macam hesitate... eh betul ke tidak train ni? Ziha dan Kiy tengah berdiri kat belakang aku. Dalam aku teragak-agak tu, tetiba pintu train tertutup. Wehhhh Farah ada kat dalam tu!!! Dah lah dia first timer!!!! Then dia tak tau nak turun kat stesen mana!!! Huwaaaa macam mana nih!!!!

Pastu, train pun bergerak. Ziha cuba sedaya-upaya bagi bahasa isyarat supaya turun kat the next station. Dalam kelam-kabut tu, aku pun sibuk nak bagi bahasa isyarat jugak. Aku suruh dia pusing balik pergi ke stesen ni semula. Lepas tu baru aku terfikir, mana lah si Farah tu reti nak patah-balik ke sini. Ternyata otak aku bengap sangat masa tu.

Kitorang dah cuak dah. Baru first day kot. Apa nak jawab dengan mak-bapak Farah kalau anak dia hilang kat Korea.  Nak call dia tak dapat sebab kitorang takde simcard Korea. Nak whatsapp pun tak dapat sebab takde internet connection. Macam-macam teori keluar masa tu. Dah lah dah pukul 4 petang. Ada 2 jam je sebelum kitorang pergi ke Gimpo International Airport. 

So, kitorang ambik keputusan untuk naik the next train, then berhenti kat Seoul Station sebab tu je stesen yang familiar untuk Farah. Sambil mengharapkan kitorang boleh berhubung melalui telepati. Tapi bila sampai kat Seoul Station, Farah takde pun. So, kitorang berpatah balik ke Noryangjin Station. Duk panggil-panggil nama dia sepanjang Noryangjin Station tu. Tapi dia takde. Huhu. So, kitorang stop kat Yongsan Station pulak. Pun dia takde. Stop kat Namyeong Station pun dia takde.

Masa ni emosi dah tak stabil. Kitorang turun kat Seoul Station. Tak kisah lah tambang T-Money kena potong sekalipun. Kitorang mintak tolong eonni penjaga information counter kat Seoul Station. Tapi tak membantu sangat pun sebab dia tak reti English langsung!!! Dia suruh kitorang pergi ke pusat kawalan Seoul Station. Nasib baik eonni pusat kawalan tu reti sikit cakap English.

Semua vocab Korea keluar masa tu. Dengan bahasa isyarat sekali. Semata-mata nak bagi dia faham kerisauan kami. Kitorang suruh dia tengok CCTV. Ada tak makhluk bertudung oren berkeliaran kat sekitar stesen. Siap tunjuk gambar Farah lagi. Tapi nak cek CCTV tu ambik masa lah pulak. Huwaaaa nak nangis sangat masa nih!!!

Kitorang pun ambik keputusan untuk cari tempat loker simpanan luggage kat Seoul Station tu. Kot-kot Farah tengah setia menunggu kat situ. Masalahnya, kitorang tak jumpa loker tu!!! Seoul Station BESAR SANGAT! Dengan emosi yang tak stabil, otak pun tak mampu berfikir dengan waras. Pergi tanya eonni information counter sambil tunjuk resit loker pun dia tak tau loker tu kat mana apa cerita. Rasa macam nak sumpah-seranah je eonni tu masa tu. Hati ni bertambah risau kalau kitorang tak berjaya jumpa Farah. Huwaaa apa nak jawab kat mak-bapak dia.

So, kitorang pergi ke pusat kawalan Seoul Station semula. Malangnya, bayang Farah langsung takde dalam CCTV kat semua stesen. Huhuhu. Ni apa yang eonni tu cakap lah. Tak tau lah kalau dia tipu je sebab malas nak cari. Aku bengang jugak dengan oppa yang jaga CCTV tu. Duk gelak-gelakkan kitorang. Eiii rasa nak tumbuk je.

Then, eonni tu bagitau kitorang... pergi jelah guesthouse kot-kot Farah ada kat sana. Oh patutlah dia tak nampak risau sangat sebelum ni sebab dia tak tau yang kitorang takde guesthouse kat Seoul. Malam ni nak fly ke Jeju-do. Lepas bagitau gitu, barulah dia nampak risau sikit.

Kitorang merayu kat dia untuk pinjam hotspot. Seoul Station yang besar gedabak tu takde wifi free. Ceh! Ziha whatsapp mintak tolong kenalan kitorang kat Malaysia untuk call Farah. Alhamdulillah dia dapat call Farah then Farah bagitau dia dah ada kat tempat loker. Then kitorang mintak tolong dia call lagi supaya Farah tunggu je kat situ jangan pergi mana-mana. Kesian kat kawan kitorang tu terpaksa buat international call. Terima kasih banyak-banyak ye Zati :)

Then, kitorang hulur 5,000 won (RM18) kat eonni tu sebagai tanda terima kasih bagi pinjam hotspot tapi eonni tu tak nak terima. Ouchhh sweet sangat eonni tu. Hihi. Lepas dah ucap kamsahamnida kat eonni tu, kitorang pun blah untuk cari tempat loker semula. Memang dugaan sangat nak mencari tempat tu!!! Aku dah risau sangat masa ni sebab dah nak dekat pukul 6 petang. Kalau kitorang terlepas flight ke Jeju-do, memang burn macam tu jelah. Mana ada duit lebih nak beli tiket flight baru. Aku tak tau macam mana tetiba kitorang jumpa tempat loker tu! Then Farah tengah tunggu kat kerusi depan loker! Nampak je Farah kitorang terus peluk dia. Ya Allah rasa drama sangat masa tu.

Tapi nak berdrama lama sangat pun tak boleh. Kitorang kena bertolak ke Gimpo International Airport sekarang jugak. Lepas keluarkan luggage dari loker, kami pun bertolak ke destinasi yang seterusnya. Kami dicaj 8,000 won (RM28.80) untuk satu loker bersaiz medium. Disebabkan satu loker share 2 orang, sorang perlu bayar 4,000 won (RM14.40). Bayar pakai T-Money pun boleh. Emosi tengah tak stabil sampai terlupa nak ambik gambar loker. Kehkeh.



Perjalanan dari Seoul Station ke Gimpo International Airport mengambil masa 20 minit


Dalam subway, masing-masing diam membisu ekoran kepenatan fizikal dan mental. Sesekali je kitorang berborak, tanya pengalaman Farah tersesat sorang-sorang kat bandaraya Seoul. Tu lah mulut tu cabul lagi. Nak jalan sorang-sorang kat Seoul konon. Haaaa kan dah jadi kenyataan! HAHA!

Farah cakap mula-mula dia berhenti kat the next station after Noryangjin iaitu Yongsan. Dia tunggu punya tunggu kitorang tak sampai-sampai. Then, dia decide untuk tunggu kat tempat loker Seoul Station. Kiranya kitorang main kejar-kejar lah ni. Nasib baik si Farah tu kaki Korean Drama. Boleh lah bercakap ada bunyi-bunyi Korea sikit. Takde masalah sangat nak tanya arah kat orang Korea yang tak reti English. Hehe. Lastly, dia dah jumpa tempat loker, kitorang pulak tak jumpa. 

Aku akui salah aku sebab hesitate kat depan train. Patutnya masuk jelah sama-sama. Kalau salah train kita keluar sama-sama jugak. Sebenarnya, route dari National Assembly Station ke Myeongdong Station ada dua. Satu the fastest route, satu lagi the fewest route. Disebabkan nak jimat masa, aku pergi pilih the fastest route yang banyak transfer sedangkan the fewest route ada satu je transfer.

So, pengajarannya di sini... kalau travel in a large group... to be safe, sila pilih the fewest route yang tak banyak transfer. Keburukan the fewest route adalah... masa perjalanan lebih panjang berbanding the fastest route. Tapi kebarangkalian untuk tertinggal train tu kurang sikit sebab satu je transfer. 

Lagi satu, sila lah sewa portable wifi kalau perlu. Senang sikit nak communicate among each other. Aku malas nak spend duit lebih kat portable wifi sebab dalam #2ndtriptokorea haritu, takde pun drama macam nih. Kiranya salah Farah ke ni? HAHAHA :P

Pape pun alhamdulillah Farah selamat dijumpai. Kitorang pun sempat je nak catch flight ke Jeju-do malam ni. Cuma impian Farah nak cari make-up kat Myeongdong tak tercapai jelah. Maybe kena ada next trip? Kehkeh.


 Kehadiran army oppa dalam subway yang menenangkan jiwaku. LOL.


Akhirnya, kami pun tiba di Gimpo International Airport. Mula-mula, kita pergi check-in flight Jeju Air dulu. Then settle kan luggage drop semua barulah boleh menarik nafas lega. 

*sila klik sini untuk info lanjut mengenai Jeju Air*




 Maafkan muka keletihan kami itu. Banyak sangat drama hari ni. HAHA!


Lepas tu kitorang pergi beratur kat imigresen.


 Mak aiiii panjang nya barisan!


 Awat ramai sangat orang nak pi Jeju nih 


Selepas imigresen, kitorang terus cari Gate 11. Takde seat kosong so apa lagi, meh kita bersila atas lantai. Pedulik hape. Kitorang penat ni baru lepas berdrama. Hahaha.

Pastu, ada eonni pekerja Jeju Air cakap apa entah dalam Bahasa Korea. Gayanya macam something tak best. Pastu aku pergi tengok board kat depan Gate 11 tu. Rupa-rupanya, gate kitorang bertukar daripada Gate 11 ke Gate 15. Fuhhh nasib baik aku alert. Kalau tak, duduk lah kat depan Gate 11 tu sampai pagi esok.

Then, ada pengumuman dalam Bahasa Korea. Pun macam something tak best. Tapi mana faham kot. Fully Bahasa Korea. Takde English langsung! So, aku pergi tanya kat mana-mana pekerja Jeju Air pasal flight kitorang. Rupa-rupanya... delay daaaaaaa. Dari pukul 8.30 malam jadi pukul 10 malam. Haih dugaan betul first day nih. Hahahaha!


Kitorang selamba jadi gelandangan kat depan Gate 15. Bersila sambil bukak kasut pastu makan biskut. Penat, lapar, emosi terganggu semua ada. Pakej! HAHA!


Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Flight 7C165 kami dah sedia nak berlepas ke Jeju International Airport.


 Ziha, Farah dan Kiy dapat duduk sebaris. Aku sorang je tercampak duduk sebelah oppa Korea.


Tapi muka dah macam tempe. Oppa Korea tengok pun tak selera. LOL.


Perjalanan dari Gimpo International Airport ke Jeju International Airport mengambil masa sejam. First time aku dapat tidur dengan lena dalam flight. Mungkin sebab penat sangat kot. Tetiba aku terjaga saat pramugari sedang menghidangkan jus oren.


Jus oren ni FREE. Hehe. Okay lah jugak rasanya. Agak masam.


Lepas minum jus, aku sambung tidur balik. Sedar-sedar je dah pukul 11 malam. Flight dah mendarat dah pun. Budak tiga orang tu pun tidur lena. Sampaikan tak sedar langsung kehadiran jus. So, dorang tak dapat jus sebab tidur mati. Kesiannnnn. Kehkeh :P


Mula-mula kita settle kan imigresen dan ambik luggage dulu. Pukul 11.30 malam jugak lah baru kitorang berjaya keluar dari departure hall. Sejuk gila masa nih!


 Plan asal adalah untuk menaiki limousine bus dari airport ke guesthouse. Tapi dah lewat malam. Kita naik teksi jelah.


Tips untuk menaiki teksi kat Korea... jangan naik teksi hitam atau teksi besar sebab tambang dia lebih mahal berbanding teksi berwarna oren. Malangnya, tu je teksi yang ada malam tu. Kitorang malas nak fikir panjang sebab dah penat sangat dengan segala drama. So bantai jelah.

Ahjussi taxi driver tu tak pakai meter pun. Dia terus charge kitorang 10,000 won (RM36) one-way padahal jarak perjalanan dari airport ke guesthouse tak sampai 10 minit pun. Oh ye. Kat Jeju-do, kebanyakan pemandu teksi tak reti English langsung. So, sila print siap-siap segala nama tempat berserta alamat dalam Bahasa Korea okay. Tunjuk je kat depa masa nak naik teksi.

Selepas 10 minit, alhamdulillah... kami tiba kat Yeha Guesthouse. Eonni penjaga kaunter tu dah tersengguk-sengguk tunggu kitorang check-in. Kehkeh. Nasib baik dia faham kelewatan kami ekoran flight delay. Lepas check-in, berehat sambil makan maggi kejap pastu tidur! Berakhir sudah Day 1 yang sangat memenatkan fizikal dan mental. Banyak sangat kenangan pahit dan manis boleh cerita kat anak-cucu nanti. Hihi.

Aku akan cerita mengenai guesthouse kitorang kat Jeju-do dalam entri seterusnya.

Stay tuned~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


08 January 2017

Wow! Dua Kali The Vocket Publish Artikel Aku

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello pencinta Korea dan pembenci Korea sekalian. Hihi~

Pada hari Rabu, 4 Januari 2017 yang lepas... aku dan Ziha pi merewang kat Berjaya Times Square. Masing-masing dok sibuk perabiskan duit gaji kerja part time. Haha. Pastu, sambil-sambil tunggu monorel... konfem lah kitorang online. Biasalah generasi anti-sosial. Dok mengadap henfon je 24 jam. Kahkah.

Pastu, tetiba kakak Ziha tag aku kat Facebook. Bila bukak notification, rupa-rupanya The Vocket publish artikel mengenai trip aku ke Descendants of the Sun (DOTS) filming site kat Korea!



OMG dramatik dan poyo nya tajuk artikel tersebut! HAHA :D


Sebenarnya, tajuk asal aku bukannya gitu. Aku ada post kat Facebook mengenai trip ni pada 30 Oktober 2016 yang lepas. Tajuk nya skema je. "Trip to Taebaek - Descendants of the Sun Filming Site (Earthquake Scene)".

Tak sangka pulak The Vocket bagi tajuk yang menggelikan seperti itu. Aku tengok pun nak termuntah. HAHA. Buat sesiapa yang teringin nak baca artikel asal kat Facebook aku, boleh klik sini :)

Tak lama lepas tu, Facebook Page Jeju Muslim Travel share post The Vocket tu~



Kahkah! Kelakarnya caption dia! Saya bukannya hebat, tapi obses dengan DOTS. LOL XD


Akhir sekali, Facebook Page Himpunan Cerita Lawak pulak share post tersebut~




Selari dengan jumlah 'like' yang banyak kat page Himpunan Cerita Lawak... komen-komen negatif mesti lah banyak jugak. HAHA!



Sesetengah orang suka berfikiran negatif all the time. So, cara terbaik untuk meneutralkan fikiran dia adalah dengan bagi jawapan yang educated sikit. Hihi.



Cerita ni memang takde kebaikan untuk negara kita pun. Dah kata label nya travel. Bukannya ekonomi atau politik. HAHA. Btw, DOTS bukan Kpop tau. DOTS tu K-Drama :)



Eh pernah lah viral. Mesti encik tak baca ni :)



Awak-awak semua ni nak jadi mahram saya ke? ;-)


***

Aku belum sempat update entri pasal trip ke DOTS filming site kat blog. Maklum lah, aku pi situ dalam #4thtriptokorea. Laaa ni entri #3rdtriptokorea pun belum habis lagi. Malaih nak update. Kehkeh.

Jadi, buat sesiapa yang nak pergi ke DOTS filming site dalam waktu terdekat, boleh lah study cara untuk ke situ melalui Facebook post aku :)




Siap buat video lagi! Gigih tak aku? HAHAHA :P


 ***
 
Lepas tu, pada hari Jumaat, 6 Januari 2017... The Vocket post artikel aku yang lain~




Aku post artikel ni kat Facebook pada 4 Disember 2016 yang lepas dengan tajuk "35 tips and tricks backpacking to Korea"

*boleh klik sini untuk original post*

Seperti biasa, mesti lah ada komen negatif jugak. HAHA!




Saya tak tau awak berdua ni baca ke tidak artikel tu sampai habis. Lain kali jangan baca tajuk je tau :)


Adakah aku perlu berterima kasih kat The Vocket sebab siarkan artikel aku walaupun aku tak dapat pape komisyen? HAHA!


***

Kesimpulan daripada cerita ini, bukan nya semua orang mempunyai minat yang sama. Tapi, kita kena lah hormat minat orang lain. Walaupun aku tak minat make-up, aku tak pernah hina orang yang berhabis duit untuk make-up. Dah tu minat dia, itu yang buat dia rasa happy... biarlah dia. Bukannya dia minta duit korang pun :)

Sama lah jugak macam aku. Aku tak minat benda lain selain daripada Korea. Dan aku tak pernah minta duit orang lain untuk travel ke Korea. Prinsip aku, kalau nakkan sesuatu... kenalah usaha. Sebab tu aku selalu simpan duit scholarship untuk travel. Lepas grad, aku kerja part time pulak. Bukannya duduk goyang kaki minta duit parents okay :)

Nasib baik aku belajar skil Personal and Professional Development (PPD) masa kat medical school dulu. Sekurang-kurangnya, boleh lah bagi reverse psychology sikit kat orang yang berfikiran negatif ni :)




***

Oh by the way, aku boleh jadi tour guide korang ke Korea sementara menunggu hospital placement for housemanship. Tapi, The Vocket dah post "35 tip travel ke Korea Selatan tanpa tour guide" lah pulak. Habislah takde orang nak jadikan aku tour guide depa. HAHAHA :P

Tapi, buat sesiapa yang tak berani nak travel ke Korea tanpa tour guide... mai lah pergi dengan cheq. Cheq janji bagi harga murah-murah ja ;-)










So, kalau berminat... jangan lupa whatsapp. Hihi :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...