Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Hai Kpop fans & Korean Drama lovers! Tahukah anda Air Asia tengah buat promo murah murah ke Seoul pada masa ini? Dan tahukah anda flight ticket KL-Seoul return hanyalah dari RM600 seorang?
Jangan lepaskan peluang ini untuk merancang percutian anda ke Seoul! :)
***
Oleh kerana aku ingin ke Seoul lagi pada tahun depan *hihi*, jadi aku ada buat OPEN TRIP TO KOREA by kurakuraygslow untuk anda semua~
HARGA TERMASUK (harga dalam PER PAX):
Flight ticket pergi dan balik, guesthouse (private triple room), public transportation (train), meals dan entrance fees.
HARGA TIDAK TERMASUK:
Personal expenses for shopping.
MINIMUM JEMAAH TRIP: 3 orang
MAKSIMUM JEMAAH TRIP: 6 orang
Katakan geng korang ada 3 orang je, tapi korang nak dapatkan harga for 6 pax... boleh je campur dengan geng satu lagi yang juga ada 3 orang je :)
Kenapa tempahan dibuka sampai 13 September 2015 sahaja?
Sebab Air Asia buat promo sampai tarikh tu je. Hihi. Kalau promo tu dah habis, tak dapat lah harga RM600++ untuk flight ticket tersebut. Kenalah beli dengan harga biasa (dalam RM1,000++).
Kenapa ada deposit RM700?
Aku nak beli flight ticket bukan pakai air liur. Kena pakai duit. Hiks. Jadi, deposit tu untuk bayar flight ticket korang :)
Baki duit tu nak bayar bila?
Boleh bayar sikit-sikit ikut suka hati korang. Pastikan dah bayar penuh sebulan sebelum bertolak :)
***
Macam mana kalau saya takde RM700 sekarang ni. Tapi saya nak sangat ke Korea tahun depan :(
Jangan khuatir jangan risau! kurakuraygslow open trip ni sampai tahun depan! Yeay!
Kalau korang belum cukup duit, tapi teringin nak follow aku ke Korea... aku ada buat GROUND PACKAGE jugak~
Beza ALL-IN PACKAGE dengan GROUND PACKAGE adalah:
ALL-IN siap dengan flight ticket. GROUND pulak korang kena beli flight ticket sendiri :)
Bermaksud, pandai-pandai lah korang uruskan flight ticket masing-masing. Bila dah confirm nak pergi, boleh contact aku. Deposit hanyalah RM200 seorang. Baki nya boleh bayar sikit-sikit ikut suka hati. Pastikan sebulan sebelum bertolak dah buat full payment :)
***
Berikut merupakan tempat-tempat yang bakal dikunjungi dalam OPEN TRIP TO KOREA by kurakuraygslow~
***
Aku dah pernah ke Korea sebanyak dua kali. Inshaa Allah bakal menyusul kali ketiga. Hihi. Memandangkan aku hanyalah orang perseorangan, jangan lah harap trip aku ni nak selesa macam trip dengan travel agency ye. Sila lupakan segala kenikmatan bersandar dalam bas mahupun tidur kat hotel 4 bintang :P
Sape-sape yang nak follow trip aku, pastikan korang mempunyai kudrat yang superb okay! :)
***
Buat mereka yang berminat nak follow trip ni, boleh tinggalkan komen kat bawah. Kalau malu-malu kucing, boleh PM aku kat FB Kura Kura Ygslow atau pun FB Page Blog Kura-Kura. Annyeong~