Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Apa khabar sume? harap-harap korang sihat *tetibe ambil berat*. entri kali ni takde pape info pun. cuma untuk santapan minda yang makin lama makin beku sebab banyak makan fast food je *terasa*.
Well.. korang pernah tak pikir-pikir balik apa yang cikgu and lecturer panggil korang dari tadika sampai masuk universiti (untuk sape-sape yang dah masuk universiti lah). tak pernah ke? korang memang tak suke berfikir secara kreatif dan kritis.. haha. takpe takpe.. aku boleh tolong pikirkan.
Masa tadika
Cikgu : adik-adik.. dah dah main kat luar tu. jom masuk dalam makan snek.
Masa sekolah rendah
Cikgu : murid-murid... faham tak apa cikgu ajar ni?
Masa sekolah menengah
Cikgu : ada pape soalan ke pelajar sume?
Masa kat universiti
Lecturer : mana-mana student yang ada soalan boleh jumpa saya secara personal.
---------------------------------------------------
Amacam? ada refresh balik tak otak korang tu? aku tak tau lah korang dapat title yang sama ke tak. tapi berdasarkan pemerhatian aku, ni lah yang selalu terjadi. macam-macam title kita dapat dari dulu sampai skang.
Masa kat tadika, cikgu bajet dia muda kot. sebab tu panggil kita adik. tapi bila dah jadi adik-adik, rasa tak yang word tu membawa maksud lain? haha.
Masa sekolah rendah, dah lali dah telinga ni dengar cikgu panggil murid-murid. tak taulah kenapa. kalau kat sekolah menengah amat jarang kita nak dengar cikgu panggil kita murid-murid kan. ada ke? sepanjang aku sekolah menengah tak pernah dengar lah pulak cikgu panggil murid-murid.
Aku pernah terdengar orang cakap maksud MURID tu adalah Masa Untuk Rasai Indahnya Dunia. haha. kreatif betul pemikiran orang tu. maksudnya sekolah menengah tak rasa indahnya dunia lah. sebab masa tu dah mula terbeban dengan masalah pelajaran dan cinta ke? (biasalah.. bila umur dah masuk belasan tahun mula lah nak cari true love). dan aku mula terpikir, apa maksud PELAJAR? kalau korang mampu pikir korang memang genius.
Finally, dah masuk universiti. masa ni mula lah rasa bangga giler. aku masuk universiti siot! lecturer pun start panggil student. pergghh serius rasa cam omputih beb. lecturer-student, memang terms yang mantap untuk menuju misi kerajaan bagi memperkukuhkan Bahasa Inggeris. jadi perlukah kita cari apa maksud STUDENT? tak payah kot. kan tu translation word pelajar je.
So, apa motif aku post entri ni? takde motif pun sebenarnya. saja je gatal-gatal tangan on laptop sebab mata tak mengantuk even esok aku kena bangun awal sebab nak tolong mak kat tempat kerja. adeh semput nafas cakap takde koma. ok lah.. chow bebeh. good night~
* mengharapkan ada notification kat inbox facebook....
2 comments:
lagu nasyid nampak!
well, ingat i ni kpop je ke? jiwa nasyid gak kot..hehe
Post a Comment