Assalamualaikum & annyeong haseyo...
29 February 2012
21 February 2012
Jangan Sesekali Beri Harapan Palsu Kepada Kaum Perempuan
Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Apa khabar wahai para lelaki yang budiman sekalian. ini cumalah sedikit coretan yang diharapkan mampu untuk memberi peringatan kepada korang sume.
Kalau korang takde perasaan pape kat seseorang perempuan tu, tolong jangan layan dia macam someone special. hati perempuan ni lembut, mudah cair dan kadang kala mudah perasan.
Korang senyum sikit kat dia, dia ingat korang ada hati kat dia. korang rajin sikit tegur dia, dia ingat korang minat kat dia. korang asyik pandang-pandang dia, dia ingat korang suka kat dia. walaupun mungkin korang tak pandang dia pun, korang pandang orang kat belakang dia. hehehe.
Mungkin, pada anggapan korang, yeah... cuma nak berkawan. tapi, pada pandangan dia, korang nak lebih daripada berkawan.
So, jangan sesekali react macam korang ada hati kat dia. walaupun korang memang anggap dia kawan biasa, tapi dia anggap korang cuba nak tackle dia. ini secara tidak langsung dah buat dia perasan, dapat harapan palsu dan seterusnya kecewa.
* Sumber doodle : http://semanisepal90.blogspot.com
16 February 2012
Contoh Lelaki Yang Setia
Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Sweet je bila tengok kesetiaan Lee Seung Gi ni. dah 3 tahun dia suka kat YoonA. even dorang tak pernah date betul-betul memandangkan masing-masing busy dekat komitmen kerja, dia tetap suka kat YoonA. hati dia langsung tak berubah. harap-harap Lee Seung Gi & YoonA akan jadi couple in a real life. they look so sweet together =) *harapan entah pape daripada seorang peminat. hehehe*
Lee Seung Gi & YoonA ^^
* rancangan kat atas tu namanya Strong Heart yang mana Lee Seung Gi jadi MC. itu untuk episod 103 & 104. SNSD lah antara guest nya. tapi, tak sume ahli SNSD join variety show tu. cuma YoonA, Yuri, Tiffany dan Tae Yeon je yang ada untuk episod ni. so, bagi sesapa yang nak tengok full episod untuk video kat atas tu, boleh lah klik link kat bawah ni =D
Enjoy watching! ^^
10 February 2012
All About Kpop Groups' Fan Clubs
Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Hello Kpop fans sekalian! beberapa hari lepas, ada someone request kat aku, mintak buatkan entri pasal kelab peminat (fan club) kumpulan Kpop. kiranya dia buat segmen 'Tell Me Your Wish' kat aku lah ni. haha. so, skang ni, permintaan anda telah ditunaikan.
Akan tetapi, aku tak pasti sangat pasal fan club group lain. aku cuma agak pasti pasal fan club SNSD je iaitu SONE. aku buat entri ni pun hasil kajian terperinci mengenai fan club Kpop group ni sume. so, kalau ada silap kat mana-mana, harap para readers boleh betulkan ok. for now, check this out~
***
1. So Nyeo Shi Dae / SNSD / Girls' Generation
Fan Club : S♥NE
Kalau dalam tulisan Korea, SONE dieja macam ni - 소원 (So-Weon / So-Won) yang bermaksud 'wish'. kalau dalam English bunyinya So-One, yang bermaksud SNSD + fans = One. nama SNSD kan bermula dengan 'So'. kiranya 'So' tu merujuk kepada SNSD. dan kepada sape-sape yang masih tak faham, dalam bahasa mudahnya, So-One tu bermaksud SNSD dan fans akan tetap menjadi satu (one). got it?
Official Colour : Pastel Rose
Kalau korang nak tau, setiap kali Kpop group ni buat konsert, fans dorang mesti akan pegang lighstick ikut warna rasmi Kpop group feveret masing-masing. so, SONE akan pegang lightstick kaler pastel rose untuk SNSD.
Bila dah ramai-ramai pegang lighstick kaler pastel rose, jadilah pinky ocean macam ni =)
***
2. Super Junior
Fan Club : ELF
ELF bermaksud Ever Lasting Friends. kiranya, fans Super Junior ni bukan sekadar fans, tapi lebih kepada kawan. dan 'kawan' Super Junior ni akan sentiasa menyokong kerjaya dorang dari belakang.
Official Colour : Pearl Sapphire Blue
Sapphire Blue Lightstick
Sapphire Blue Ocean
***
3. Dong Bang Shin Ki / DBSK / TVXQ
Fan Club : Cassiopeia
Korang tau tak apa itu Cassiopeia? sebenarnya, ianya merupakan sejenis buruj yang terdiri daripada lima bintang dan membentuk huruf 'W'. DBSK kan ada 5 ahli. dan, DBSK juga dikenali sebagai TVXQ. cer korang try tekan huruf T, V, X dan Q kat keyboard. jadi ala-ala bentuk 'W' kan. so, gabungan antara 5 bintang dan huruf 'W' tu lah yang membentuk Cassiopeia.
Official Colour : Pearl Red
Red Lightstick
Red Ocean
* memandangkan DBSK yang ahli asalnya 5 orang telah pun berpecah menjadi dua kumpulan, DBSK dan JYJ, aku pun tak pasti sama ada Cassiopeia ni masih lagi aktif atau tak.
***
4. Shinee
Fan Club : SHINee World (샤이니월드)
Nama ni diberikan bersempena album pertama Shinee. selain tu, fans dorang gelarkan diri sendiri SHAWOLS. ni merupakan gabungan antara Sya I Ni + Wol Du = SHAWOL.
Official Colour : Pearlescent Sky Blue
Pearlescent Sky Blue Lightstick
Pearlescent Sky Blue Ocean
***
5. f(x)
Fan Club : Plus
Lama jugak f(x) takde official fan club. Aff(x)tion tu nama International Fan Forum dia, bukan nama Fan Club. tapi pada tahun 2012, barulah f(x) ada official fan club iaitu Plus.
Official Colour : Pearl Periwinkle Blue
f(x) Lighstick
***
6. Wonder Girls
Fan Club : Wonderful
Disebabkan fans 'full of wonder' kat Wonder Girls, jadilah Wonderful.
Official Colour : Pearl Burgundy
Wonder Girls Lightstick
Burgundy Ocean
***
7. 2PM
Fan Club : Hottest
JYP (boss 2PM) yang bagi nama ni. dia ibaratkan 2PM sebagai the hottest part of the day.
Official Colour : Metallic Grey
2PM Lightstick
***
8. CN Blue
Fan Club : Boice
Boice merupakan gabungan antara 'Blue' dan 'Voice'. Blue + Voice = Boice. ini merupakan signifikan bahawa fans CN Blue adalah 'voice' mereka.
Official Colour : Biru
CN Blue Lightstick
Blue Ocean
***
9. KARA
Fan Club : Kamilia
Fans KARA ni macam family dorang sendiri. so, digabungkan lah 'KARA' dan perkataan Spanish 'familia', yang bermaksud family, dan jadilah Kamilia. KARA + familia = Kamilia.
Official Colour : Pearl Peach
KARA Lighstick
Pearl Peach Ocean
***
10. FT Island
Fan Club : Primadona
Ini merupakan tajuk lagu dalam album pertama dorang.
Official Colour : Yellow (Pentasticks)
FT Island Lightstick
Yellow Ocean
***
11. 2AM
Fan Club : I Am
Official Colour : Black
2AM Lightstick
***
12. Big Bang
Fan Club : V.I.P
V.I.P = Very Important Person. kiranya, Big Bang ni V.I.P lah.
Official Colour : None
Buat masa ni, Big Bang pun takde warna rasmi lagi. tapi, selalunya, fans dorang akan guna warna kuning dan hitam.
Big Bang Lightstick
Yellow Ocean
***
13. 2NE1
Fan Club : Black Jacks
Kenapa Black Jacks? sebab, 21 ialah nombor tertinggi yang someone boleh dapat bila main Blackjack. ni permainan yang membabitkan kad ok. aku pun tak reti macam mana nak main.
Black Jacks Lightstick
Official Colour : Hot Pink
Hot Pink Lightstick
Hot Pink Ocean
***
14. SS501
Fan Club : Triple S
'SS' merujuk kepada SS501. lagi satu 'S' pulak merujuk kepada 'supporters'. jadi, Triple S bermaksud 'supporters of SS501'.
Official Colour : Pearl Green
Green Lightstick
Green Ocean
***
15. Beast / B2ST
Fan Club : B2UTY / Beauty
Kalau dah ada 'Beast', kenalah ada 'Beauty'. so, 'Beauty and the Beast'.
Official Colour : Dark Grey
Beast Lightstick
Dark Grey Ocean
***
16. MBLAQ
Fan Club : A+
Sume ahli group MBLAQ ni berdarah jenis 'A'. '+' pulak datangnya daripada Music Boys Live dalam Absolute Quality. jadi, 'Absolute Quality' adalah A+.
Official Colour : Pearl Chocolate
MBLAQ Lightstick
***
17. 4Minute
Fan Club : 4Nia
Fans adalah 4Minute punya mania. so, 4Minute + Mania = 4Nia.
Official Colour : Pearl Purple
4Minute Lightstick
***
18. T-Ara
Fan Club : Queen's
Official Colour : Pearl Ivory
T-Ara Lightstick
***
19. After School
Fan Club : Play Girlz
Nama ni fans dorang yang bagi bersempena tajuk lagu dalam first mini album dorang.
Official Colour : Yellow
After School Lightstick
***
20. U-Kiss
Fan Club : Kiss Me
Kalau U-Kiss cakap "Who should I kiss?", fans dorang mesti balas balik "Kiss me". tu yang jadi Kiss Me tu.
Official Colour : Pearl Pink
U-Kiss Lightstick
Pearl Pink Ocean
***
21. Sistar
Fan Club : Star 1
Pihak pengurusan dorang buat undian dan Star 1 yang dapat paling banyak vote. lagipun, kalau digabungkan perkataan STAR dan One dalam bahasa Korea (IL), STA(R) + IL = STYLE.
Official Colour : Fuschia
Sistar Lightstick
***
22. Miss A
Fan Club : Say A
Miss A yang ambik nama ni sebab dorang harapkan fans akan cakap 'Say A' masa persembahan dorang.
Official Colour : None
***
23. Shinhwa
Fan Club : Shinhwa Changjo
'Shinhwa' bermaksud 'legend/myth'. 'Changjo' pulak bermaksud 'creation'. so kalau digabungkan, ia membawa maksud 'always creating a new legend'.
Shinhwa Lightstick
Official Colour : Orange
Orange Ocean
***
24. B.A.P
Fan Club : Baby
Ketua kumpulan B.A.P iaitu Bang Yongguk dah gelarkan penyokong dorang 'Baby' sejak sebelum debut lagi. So 'Baby' terus jadi nama fan club rasmi dorang.
B.A.P Lightstick
Official Colour : Spring Green
Spring Green Ocean
***
25. Infinite
Fan Club : Inspirit
Nama Inspirit ni dapat undian terbanyak iaitu 70%.
Official Colour : Metal Gold Pearl
Infinite Lightstick
***
26. Teen Top
Fan Club : Angel
Nama 'Angel' ni menang undian yang dibuat oleh TOP Media.
Official Colour : Pearl Light Lavender
Teen Top Lightstick
***
27. ZE:A
Fan Club : ZE:A'S / ZE:A STYLE
Undian yang dilakukan oleh peminat berpihak kepada ZE:A STYLE.
Official Colour : Jade Green
ZE:A Lightstick
***
28. B1A4
Fan Club : BANA
'BA' tu daripada B1A4, manakala 'NA' daripada perkataan Korea 'Banada' yang bermaksud 'we have fallen for each other'. Jadi BANA bermaksud B1A4 dah jatuh cinta kat peminat dia dan peminat dia pun dah jatuh cinta kat B1A4.
B1A4 Lightstick
Official Colour : Pastel Apple Lime
Pastel Apple Lime Ocean
***
29. EXO
Fan Club : EXO-L
EXO-L bermaksud EXO-Love. ini menunjukkan betapa sayangnya peminat terhadap EXO-K dan EXO-M. huruf L pun terletak kat tengah-tengah antara K dan M. memang sesuai sangatlah dengan EXO's chant, We Are One... EXO-K + EXO-L + EXO-M = ONE!
Official Colour : None
***
30. Rainbow
Fan Club : Rain-nous
Bila Rainbow + Luminous, jadilah Rain-nous.
Official Colour : 7 Rainbow Colour
***
31. Girl's Day
Fan Club : DAI5Y (Daisy)
Official Colour : None
***
32. Boyfriend
Fan Club : Bestfriend
Sama acronim dengan Boyfriend iaitu B.F, ahli kumpulan ni berharap dorang mampu kuatkan ikatan persaudaraan yang sedia ada.
Official Colour : None
***
33. A Pink
Fan Club : Pink Panda
Gabungan antara A Pink dan fan (팬, paen), jadilah Pink Panda.
Official Colour : Pink
A Pink Lightstick
***
34. BTOB
Fan Club : Melody
BTOB adalah singkatan kepada Born to Beat. jadi, satu benda yang sesuai dengan 'musical beat' adalah 'melody'.
Official Colour : Slow Blue
BTOB Lightstick
***
35. Bangtan Boys (BTS)
Fan Club : A.R.M.Y
A.R.M.Y merupakan singkatan kepada Adorable Representatives M.C for Youth.
Official Colour : None
***
Ok, setakat tu je yang aku mampu carik. sebenarnya ada berlambak lagi Kpop group kat Korea nun. tapi, agak susah nak cari info pasal group yang tak berapa nak femes.
Ada antara group yang aku listkan kat atas ni pun tak cukup info nya. ada yang takde nama Fan Club lah, ada yang takde warna rasmi lah. kalau group yang tak femes langsung, entah-entah gambar group pun takde. haha!
So, sampai sini jelah entri untuk kali ni. semoga korang berpuas hati. annyeong~
Last Updated : 8th August 2014
Kayuhan kaki
kurakuraygslow
pada pukul
22:17
Subscribe to:
Posts (Atom)