Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Hai peminat Kpop di seluruh Malaysia =P
Dalam entri yang ni, aku dah pun cerita mengenai Kedai Kpop yang ada kat Berjaya Times Square. tapi, mungkin penjelasan aku dalam entri tu tak cukup. korang mahukan yang lebih, bukan? =P
So, pada hari ini, aku dengan berbesar hatinya ingin memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai Kedai Kpop tersebut. aku tau... kebanyakan peminat Kpop memang suka simpan barangan bukan-bukan ni... kononnya sebagai koleksi *eh terasa*. haha =P
So, pada hari ini, aku dengan berbesar hatinya ingin memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai Kedai Kpop tersebut. aku tau... kebanyakan peminat Kpop memang suka simpan barangan bukan-bukan ni... kononnya sebagai koleksi *eh terasa*. haha =P
***
First of all, marilah kita tengok gambar kedai tersebut terlebih dahulu. hihi =D
Business hours : Monday to Sunday - 11.30 am to 9.00 pm
Address : Lot 05-34 & 36, 5th Floor, Berjaya Times Square, No 1, Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21447017
Fax : 03-21489994
Email : mystar_trading@yahoo.com
Kedai yang diberi nama My Star Collection Trading ni terdiri daripada dua lot kedai yang sebelah-menyebelah. dua-dua lot kedai penuh dengan barangan Kpop. cakap je nak group apa.... semua ada. cakap je nak barangan apa... semua ada jugak. sampai rambang mata dibuatnya uollssss =P
Seperti yang korang sedia maklum, kedai ni terletak di aras 5 dalam Berjaya Times Square (TS). kalau korang turun dari monorel kat Stesen Imbi, terus masuk TS... naik eskalator depan kedai Crepe tu... straight ke tingkat 5... kemudian belok kanan. konfem korang akan menjerit kegembiraan pabila ternampak poster favourite group korang tengah tergantung cantikkkk dalam kedai tu. ahaks!
Buat para Kpopers yang tinggal di area KL dan Selangor tu, memang heaven lah. setiap minggu dok menyinggah kat kedai ni je (termasuk aku). kehkehkeh =P
Secara jujurnya, barangan dalam kedai ni bukannya murah. apa yang boleh aku katakan, harga nya berpatutan lah. sebab kalau korang order barangan Kpop secara online pun, korang tetap kena bayar wang pos kan. so, pesanan aku... belilah secara berhemah. timbang tara dulu semua aspek sebelum membeli. jangan membazir sangat pada benda yang tak berfaedah ni. hehe =)
***
Sebagai peminat tegar SNSD... konfem lah aku akan cari barangan SNSD kat kedai ni. hihi. tak dilupakan, barangan CN Blue jugak. memandangkan baru-baru ni, aku dah terminat EXO pulak, terpaksa lah aku beli barangan EXO jugak. lepas tu, tak semena-mena aku terminat BTS / Bangtan Boys pulak. so, kena lah beli barangan BTS jugak kan. hahaha!
So, berikut merupakan koleksi barangan Kpop yang telah aku rembat dari kedai ni =D
Button badge = RM4.90 each
Nametag = RM8.90 each
* sebenarnya, aku cuma beli button dan nametag YoonA. button Soo Young dan nametag SNSD tu adik perempuan aku yang punya. malas nak ambik gambar lain. haha!
***
Phonestrap = RM5.90 each
***
BTS phonestrap = RM5.00
***
Bookmark = RM4.90 each
* rasanya aku terjumpa bookmark ni kat kedai lain... hehe. saja je nak masukkan jugak. ada dua gambar yang berbeza kat dua-dua belah bookmark ni =)
***
SNSD bracelet = RM8.90 / RM9.90 each set (tak ingat harga dia)
SNSD badge = RM6.90
***
EXO hand fan = RM8.90
* ni adik aku yang belikan... hehe =D
***
BTS wooden clip = RM15.90
***
EXO 1st Album (XOXO) = RM80.00 (including giant poster)
* macam ni lah poster nya....
***
BTS Skool Luv Affair Special Addition = RM165.00
***
SNSD sweatshirt = RM90.00
* ini merupakan konsep baju SNSD dalam MV Girls Generation
***
SNSD baseball jersey = RM70.00
***
EXO Wolf shirt = RM35.00
***
EXO baseball jersey = RM70.00
***
BTS baseball jersey = RM60.00
***
Dengan pembelian RM100.00 dan ke atas, korang akan jadi member secara automatik. so, korang akan dapat membership card dengan tempoh keahlian selama setahun. lepas ni, kalau nak beli je... terus tunjuk kad... then boleh lah dapat diskaun 10-15%~
***
Selain Kedai Kpop kat Berjaya Times Square ni, korang jugak boleh try menyinggah kat sebuah lagi Kedai Kpop yang terletak di dalam Sungei Wang Plaza. jarak Sungei Wang Plaza dengan Berjaya Times Square pun tak jauh sangat kan. nak jalan kaki pun boleh. kalau tak nak kena panas, boleh naik monorel dari Stesen Imbi ke Stesen Bukit Bintang. alah satu stesen je pun. hihi =D
So Kpopers sekalian... ni lah dia kedai yang dimaksudkan! tadaaaaa~
Business hours : Monday to Sunday - 12.00 pm to 7.00 pm
Address : Lot T039, 3rd Floor, Sungei Wang Plaza, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 017-5876508
Email : webmaster@kpopgarden.com
Kedai yang diberi nama Kpop Garden ni memang sangat awesome! owner dia merupakan salah seorang Kpopers jugak. kiranya segala minat dia dicurahkan untuk kedai ni lah. best gila kan. selain daripada walk-in customer, kedai ni pun ada business online. so kalau korang nak order online, boleh lah whatsapp nombor yang tertera di atas =)
Sebenarnya business online dia ni dah start sejak Disember 2010 lagi. kedai ni pulak wujud sekitar April 2012. masuk-masuk je Sungei Wang Plaza, pergi ke aras 3, try cari Cool Blog... jalan depan sikit then tadaaaaaa... korang akan nampak kedai ni. hehehe =)
Selain tu, korang pun boleh update dengan pelbagai Kpop merchandise yang dijual kat kedai ni melalui Facebook Page dia =)
So, kalau ada pape merchandise yang korang nak takde kat kedai ni, boleh try tengok kat TS. kalau takde kat TS, boleh tengok kat sini. tapi, secara jujurnya... harga barangan kat kedai ni murah sikit lah daripada yang kat TS tu. hihi. pape pun, terpulang kat korang dalam membeli-belah. eceh! =P
Updated: Kpop Garden Merchandise telah berpindah ke Seri Kembangan, Selangor
bermula Jun 2015
Disebabkan aku tak pernah sempat nak pergi ke kedai ni, so aku pun order jelah online. jarang tau aku nak percaya benda-benda online ni. tapi, Kpop Garden punya pasal... aku percaya kan diri jugak. kehkehkeh. kalau nak order, senang je. cuma perlu direct message facebook page kat atas tu, mungkin dalam masa sehari dua baru dia reply sebab dia pun busy. almaklum lah student lagi. lepas tu, bank-in kan duit dan tunggu lah barang korang tu sampai ke rumah. hihi.
Setelah sabar menanti, barang yang aku order pun sampai. yeay!!! =D
SNSD wooden clip = RM15.00
***
EXO wooden clip = RM15.00
***
BTS button badge = RM5.00
***
Secara keseluruhannya, inilah koleksi barangan Kpop aku... sama ada beli sendiri atau orang bagi =D
***
So, korang dah tau kan kat mana nak cari kedai yang menjual barangan Kpop kat Malaysia? sekali lagi aku nak ingatkan, berbelanja lah dengan berhemah *ini merupakan nasihat untuk diri sendiri jugak* =)
Till then Kpopers.... annyeong~
I've been to Korea four times. heeeeeee =)
Tips on Travelogue Korea ada kat side bar belah kiri blog ni. sila lah klik setiap link atau klik sini untuk baca. enjoy reading! =D
Yeay kurakuraygslow ada buat OPEN TRIP TO KOREA!!!
Sila klik sini untuk keterangan lanjut :)