Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Sebenarnya, aku dah post tips ni kat akaun Facebook aku *boleh klik sini*. The Vocket pun dah post tips aku kat website dorang. Tak salah kan aku nak post sekali lagi kat blog sendiri pulak? :P
***
* PUBLIC TRANSPORTATION
1. Medium pengangkutan utama kat
Korea adalah train (subway). So, mesti download apps 'Subway' kat Google
Playstore. Toksah susah-susah nak fahamkan route subway yang berselirat
tu. Pakai je apps tu sepanjang kat Korea, insyaAllah tak sesat. Apps tu
boleh guna offline.
Ni lah dia apps 'Subway' tersebut. Tanda biru bermaksud stop yang ada, tanda oren bermaksud transfer line.
2. Dah namanya naik subway, mestilah
kadang-kala kena transfer/tukar line. Klik 'detail' kat apps tu, dia ada
bagitau gerabak mana yang terdekat untuk transfer line. Kalau boleh
cari gerabak tu, takde lah jauh sangat nak jalan semata-mata untuk
transfer line.
Fokus kat column merah tu. Gerabak terdekat untuk transfer line adalah 5 car 1 door.
3-4 bermaksud 3 car 4 door. So, kalau nak cari 5 car 1 door, silalah cari 5-1. Senang kan.
3. Kos naik subway paling murah kalau nak
dibandingkan dengan kos naik bas atau teksi. Tapi, kalau travel in a
group of 4 dan jarak antara stesen cuma 1 atau 2 stesen, seelok-eloknya
naik je teksi sebab tambang teksi 3,000 won bahagi 4 = 750 won seorang.
Kalau naik subway, tambang permulaan 1,250 won seorang walaupun cuma
satu stesen. Dah boleh jimat 500 won kat situ.
4. Tapi kalau nak
naik teksi, pastikan naik teksi oren. Jangan naik teksi hitam sebab
teksi tu mahal. Starting meter teksi kat Korea adalah 2,800 won. Kalau
takut kena tipu, tanya awal-awal berapa tambang ke destinasi yang nak
dituju. Kalau dia cakap ikut meter, should be okay.
Starting meter untuk teksi adalah 2,800 won.
5. Tambang
Airport Limousine Bus dari Incheon International Airport ke Myeongdong
adalah 15,000 won. Sedangkan kalau naik subway (All-Stop Train) baru
4,150 won. Banyak beza tu.
Tambang Airport Limousine Bus adalah 15,000 won.
6. Sape yang tak banyak luggage,
better naik All-Stop Train. Keburukan All-Stop Train adalah kemungkinan
korang tak dapat seat kalau ramai sangat orang. Dan kena transfer line
kat Seoul Station untuk ke Myeongdong. Kalau naik bas, dapat duduk
dengan selesa dan tak perlu transfer line.
7. Selain All-Stop
Train, ada jugak Express Train (AREX). Beza dua train ni cumalah
All-Stop Train banyak stop sedangkan AREX takde stop langsung. Direct je
dari Incheon International Airport ke Seoul Station. Part lain takde
beza sangat sebab AREX tetap kena transfer line kat Seoul Station.
Tambang AREX lebih mahal iaitu 8,000 won. So, sape yang tak kejar masa
dan nak jimat better naik All-Stop Train.
Keadaan dalam subway. Makcik pakcik semua sibuk dengan gajet. Kihkih.
8. Sesetengah subway
station kat Korea takde eskalator. So bersedialah untuk terkejut kalau
kena usung luggage naik tangga. Lift ada tapi jauh dari pintu subway.
Sebab tu lah sape yang banyak luggage better naik Airport Limousine Bus.
Kena pilih antara jimat atau kudrat :)
9. Sebelum naik subway, better beli kad T-Money. Kad ni macam
Touch&Go. Kalau nak beli tiket biasa boleh je. Tapi lebih senang
pakai T-Money. Tak perlu beratur untuk beli tiket. Dan tambang guna
T-Money 100 won lebih murah daripada tiket biasa. Cepat dan jimat kan.
T-Money card
10. Boleh beli T-Money kat mana-mana convenience mart yang ada kat
Korea. Contoh paling mudah, 7-Eleven, GS25 atau CU Mart. Kad ni kosong
takde duit. So lepas beli kad kosong kenalah preload terus. Kalau beli
T-Money kat airport, harganya 4,000 won. Kalau beli luar dari airport,
3,000 won. Preload minimum 20,000 won untuk 5 hari.
* ACCOMMODATION
11. Terpulang nak stay kat hotel, hostel, motel atau guesthouse. Yang
membezakan depa ni semua hanya lah cost per night. Kalau nak jimat,
better stay hostel, motel atau guesthouse. Hotel mahal.
12.
Kos tempat tinggal ni semua berbeza ikut lokasi. Kalau stay kat Seoul
lagi-lagi Myeongdong, dah tentu-tentu lebih mahal berbanding stay kat
Busan. Kalau tempat tu dekat dengan subway station, bus stop dan tempat
shopping, lagi lah mahal. Tapi bagi aku, worth it lah. Kalau pergi
Seoul, aku suka stay kat Myeongdong. Sebab senang nak beli barang dan
makan. Cuma cost per night lah yang sakit sikit. 30,000 won seorang.
Sekali lagi, kena pilih antara jimat atau kemudahan :)
Ni lah guesthouse feveret aku kat Myeongdong - Namsan Guesthouse. Macam-macam kemudahan ada.
13. Kos stay kat dorm lebih murah berbanding stay kat private room.
Tapi, aku prefer stay kat private room. Dah pernah stay kat dorm masa
travel ke Jeju dan Busan. Susah sikit bila stay kat dorm ni sebab guest
lain bukan geng kita. Nak hu-ha dalam bilik pun tak dapat. HAHA. Certain
dorm kena guna public toilet pulak tu. Public toilet dia selesa je, tak
kotor pun. Tapi, susah sikit lah bagi perempuan muslim pada pandangan
aku. So, kenalah pilih antara jimat atau keselesaan :)
* WIFI
14. Wifi free bersepah-sepah kat Korea. Certain subway station ada wifi
free. Kebanyakan kedai ada wifi free. Convenience mart pun ada wifi
free. Guesthouse jangan cakap. Dah lah wifi free, tahap LTE pulak tu.
So, kalau tak nak sewa portable wifi pun takpe. Dah boleh jimat banyak
kat situ.
15. Tapi kalau tak boleh survive langsung tanpa
internet connection, boleh lah sewa portable wifi. Kebanyakan guesthouse
ada buat rental service. Boleh lah terus upload gambar on the spot.
Kihkih. Setakat dah 4 kali ke Korea, aku tak pernah lagi sewa portable
wifi.
* PRAYER ROOM
16. Setakat yang aku tau, ada 3
surau/masjid kat Seoul. 1 kat Everland, 1 kat Nami Island dan 1 lagi kat
Itaewon. So, kalau pergi 3 tourist attractions ni tak perlu risau pasal
surau.
17. Baru-baru ni, Korea Tourism Organisation (KTO) ada
buat surau kat building dia. So kalau nak solat, boleh stop kat Jonggak
Station, Line 1, EXIT 5. Keluar dari #Exit
tu jalan terus sampai nampak bangunan tulis K-Style Hub sebesar alam.
Pergi tingkat 2 untuk cari surau. Tapi surau dia kecik je. Boleh muat 2
orang dalam satu masa.
Ni dia bangunan KTO yang ada surau tu.
Surau kat KTO building :)
18. Tapi surau tu kat Seoul. Kat Busan dan
Jeju masih lagi susah nak cari surau. Kat Busan ada 1 masjid iaitu
Busan Al-Fatah Mosque. Kalau pergi Busan dan Jeju, kena pandai-pandai
lah nak cari tempat solat.
* MEALS
19. Kebanyakan restoran
kat Korea tak halal. Jadi jangan suka-suka hati main masuk je. Sebelum
pergi, kena buat research dulu restoran mana yang halal, mana yang tak.
Nah boleh baca kat sini list Muslim Friendly Korean Restaurants :
20. Masalahnya makanan halal kat Korea sangat mahal kalau convert ke
RM. Sape yang nak jimat, boleh bawak lauk segera Brahim siap-siap dari
Malaysia. Then beli instant rice dan banana milk kat Korea untuk lunch
atau dinner. Kebanyakan convenience mart kat Korea ada microwave untuk
panaskan nasi tu. Harga instant rice berbeza ikut saiz. Paling murah
1,300 won. Banana milk 1,300 won per bottle.
Coffee malt uyu, instant rice dan rendang ayam Brahim sebagai lunch.
21. Ada yang cakap
kalau nak murah, boleh beli instant rice dan banana milk kat Lotte Mart.
Beli banyak terus lebih murah berbanding beli satu-satu kat convenience
mart. Masalahnya, nak bawak instant rice dan banana milk banyak-banyak
naik subway agak leceh. So, sekali lagi kena pilih antara jimat atau
kesenangan :)
Banana uyu (banana milk). Selain banana flavour, ada jugak strawberry, melon dan coffee.
* SHOPPING
22. Kalau nak shopping skincare dan kosmetik, Myeongdong lah tempatnya.
Ramai yang cakap skincare kat sini lebih murah berbanding kat Malaysia.
Aku tak tau kebenarannya sebab tak pakai skincare tu semua. Hehe.
23. Kalau lalu depan kedai tu semua mesti promoter akan hulur facemask
kat korang. Nak ambik facemask tu ada syarat iaitu korang kena masuk
kedai dia. Alah pura-pura tengok-tengok sikit skincare yang ada pastu
blah lah. HAHA. Tak pasal-pasal dapat facemask free. Sebab tu aku suka
stay kat Myeongdong. Tiap-tiap malam secara purata boleh dapat 2-3
facemask free :P
Hasil tangkapan kat Myeongdong. Semua dapat free. Kuikui.
24. Kalau nak shopping souvenir secara besar-besaran, better beli kat
Namdaemun Market atau Migliore Mall (tingkat 6) kat Dongdaemun. Souvenir
kat Myeongdong mahal.
25. Bila nak tanya harga barang, try
tanya dalam bahasa Korea walaupun tak pandai cakap Korea. First
impression tu penting. Ahjussi/ahjumma ni suka kalau kita pandai cakap
bahasa dorang. Barulah depa murah hati sikit bagi diskaun.
26.
Nak tanya how much - Ahjussi/ahjumma, olmayeyo? Pastu dorang akan bantai
cakap Korea panjang-berjela sebab ingatkan korang pandai cakap Korea.
HAHA. Pastu geleng-geleng sikit sebab tak faham, mintak tunjuk harga kat
kalkulator.
27. Kalau nak mintak diskaun - Ahjussi/ahjumma, kaka
juseyo. Sambil buat muka paling cute mintak pelempang. Kalau dorang tak
bagi diskaun, puji sikit cakap dia hensem/cantik. Contoh - Ahjussi,
neomu motjida / Ahjumma, neomu yeppoyo. PR beb.
28. Tapi orang
Korea pantang kalau korang dah mintak diskaun tapi tak beli. So,
pastikan korang dah decide nak beli baru mintak diskaun okay.
29.
Kalau tengok penjual tu muda lagi, jangan lah bantai panggil dia
ahjussi/ahjumma. Memang kirim salam lah nak dapat diskaun. Kalau penjual
tu lelaki panggil oppa/hyung. Kalau perempuan panggil unni/nuna.
Duit-duit
Korea yang menjadi idaman kalbu. Muahahahaha. Tapi rate Korean Won
sekarang mahal gila. Nak nangis bila convert ke RM. Huhu.
* LOST IN KOREA
30. Kalau sesat atau tak tau jalan, jangan segan-silu tanya sape-sape
yang wujud kat tempat tu. Korang cuma perlu sebut nama tempat tu je.
Konfem depa akan tunjukkan direction yang sebenar. Kalau yang baik hati
sangat siap bawak korang sampai kat entrance tempat tu lagi.
31.
Tapi, nak mintak tolong pun agak-agak lah. Jangan pi mintak tolong kat
orang yang kelam-kabut nak pi kerja atau sekolah. Kalau kita tengah
rushing pun takkan tolong orang punya. Pastu sesuka hati nak cop depa
sombong.
32. Kalau dorang pun tak tau tempat tu kat mana, korang
tanya je mana subway station yang terdekat - "Metro (subway), odiseyo?"
Asalkan dah jumpa subway station, kira selamat lah tu.
33.
Kebiasaannya, yang muda-muda atau yang nampak student lebih pandai cakap
English. Tapi, depa ni tak berapa rajin sangat nak tolong. Yang tua-tua
pulak memang sepatah haram English pun tak reti. Tapi, semangat nak
membantu dia tu memang superb.
Ada sorang ahjussi ni siap call
kan tempat yang aku nak pergi tu lagi, tanya bangunan dia kat mana. Then
bawak aku sampai kat entrance. Pehhh terharu gila walaupun tahap
curiga kat ahjussi tu dah sampai 7 petala langit. Jangan sesekali
percaya 100% kat strangers walaupun muka dia nampak baik. Aku follow
ahjussi tu pun jauh-jauh in case dia bawak pi tempat pelik sikit aku
boleh cabut lari.
34. Okay tips yang last ni untuk yang first
time ke Korea. Korang kena fill in 2 form masa dalam flight. 1 tu
arrival card, 1 lagi declaration form. Arrival card kena isi sorang
satu. Declaration form 1 group 1 form cukup.
Declaration form and arrival card.
35. Arrival card
kena bagi kat kaunter imigresen. Declaration form pulak bagi kat pak
guard kat arrival gate. Seelok-eloknya isi dulu kedua-dua form ni
awal-awal dalam flight. Jangan dah sampai imigresen baru sibuk nak isi.
Queue kat imigresen tu panjang tak hengat.
Sekarang ni demam Song Joong Ki belum reda kat Korea. Ceruk mana semua ada gambar dia. Haha.
Tak dapat jumpa Captain Yoo Si Jin secara live, jumpa Captain celup pun jadi lah. HAHA :P
Okay rasanya tu je kot
tips & tricks ke Korea. Ni semua berdasarkan pengalaman aku je.
Kihkih. Sorry lah kalau noob tapi memandai nak bagi tips.
Dah 4 kali. Mungkin kah ada kali ke-5? Kihkihkih.
Seoul - Nami Island - Taebaek - Busan - Jeju DONE. Daejeon, Daegu dengan Gwangju belum lagi nih.
8 comments:
Tambah tip
Download google translate.. senang..hehe.. FN hari ke 4 baru teringt nak guna.. mmg byk membantu
Pastu fordable bottle..utk shiiishii..hehe
Thank you untuk tips FN :)
Bila nak repeat Korea lagi? :P
tq for the tips.... sangat membantu for my preparation... :)
Sama-sama ReDiculousLy :)
Salam, kad tmoney tu,boleh pkai di seoul & busan kah?
Qhaseh Shukour: T-Money boleh pakai kat seluruh Korea. Seoul , Busan, Jeju, Daegu, Gwangju, Daejeon... semua boleh :) Untuk semua public transport including subway, bus, taxi.
Terima Kasih 😉 . Apps Subway tu sy punya tak tunjuk time dgn harga pon. Huhu..tak apa,nanti sy cari lagi
Boleh tak beli one way ticket pergi busan lepas tu terbang pergi jeju habis jeju pergi Incheon akhir beli ticket balik di Incheon
Post a Comment