10 January 2016

Tanda-tanda Perempuan Jatuh Hati PART 2

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



 
Pada tahun 2011, aku pernah buat entri Tanda-tanda Perempuan Jatuh Hati vs Makan Hati *sila klik sini untuk baca*. Masa tu umur baru 19 tahun dah pandai buat entri jiwang. Hiks. Laaa ni pada tahun 2016, umur dah nak masuk 24 tahun dah, konon-konon dah makin matang lah dalam mengawal hati dan perasaan. Eceh. So, aku nak sambung entri tu bersesuaian dengan keadaan semasa *ehem*.

Bila aku belek semula entri lama tersebut, tanda-tanda perempuan jatuh hati dan makan hati tu masih lagi relevan dengan zaman sekarang. Pada masa itu, media sosial yang paling femes tentulah Facebook. Sekarang ni, dah ada Twitter, Instagram, Whatsapp dan lain-lain. So, kadar menaruh hati dan jauh hati tu lebih tinggi lah kot berbanding dulu. 




Sebenarnya, tak susah pun nak tau perempuan tu ada hati kat korang ke tak. Cuma korang je yang slow sangat atau pun jual mahal tak tentu pasal. Perempuan ni, pada satu masa... dia akan suka sangat kat korang tanpa sebab yang spesifik. Tapi, kalau korang buat tak layan je, sampai satu masa... dia akan give up dan malas dah nak ambik pusing pasal korang. Bayang-bayang korang pun dia buat tak nampak je.



***

     Please click play


***

Sebelum perkara tersebut berlaku, mai sini aku nak habaq, apa dia TANDA-TANDA PEREMPUAN DAH JATUH HATI KAT KORANG~


1. Selalu mintak tolong daripada korang - Aku tak tau lah kalau korang anggap perempuan tu menyusahkan ke apa sebab asyik nak mintak tolong je. Punya lah ramai orang lain kat dunia ni, apsal dia pilih korang? Sebab dia ada hati kat korang lah, pandai! Kadang-kadang apa yang dia mintak tolong tu benda kecik je. Boleh je orang lain settle kan. Tapi, kalau orang lain yang tolong, takde lah interaksi antara korang. So, 'mintak tolong' tu alasan je sebenarnya. Jangan lah slow sangat. Huhu.  




2. Reply setiap Whatsapp dari korang - Lepas je korang Whatsapp, dia akan cepat-cepat reply semula. Takyah cite lah siapa start Whatsapp dulu. Dah tentu-tentu dia yang mulakan. Nak 'mintak tolong' kan. Tapi, dah lah korang lambat reply, pastu macam takde effort je nak teruskan conversation. Dia pulak dengan bengongnya tertunggu-tunggu reply daripada korang. Tapi haprak. Last-last, conversation tu habis kat situ je. Haih.




3. Berborak rancak dengan orang lain depan korang - Kalau korang dan kawan korang ada kat tempat yang sama, percaya lah... dia akan lebih banyak berborak dengan kawan korang. Sebab utama nya adalah... dia segan nak berborak rancak dengan orang yang dia suka. Sedangkan kawan korang tu hanyalah KAWAN bagi dia. Mungkin jugak dia nak buat korang rasa jeles. Sebab dia pun rasa jeles bila nampak korang berborak dengan perempuan lain. Tapi, tak tau lah korang jeles ke tak. Ke tak heran pun.




4. Sokong minat korang - Perempuan, kalau dia dah suka, seboleh-bolehnya dia nak faham apa yang lelaki tu minat. Kalau minat lelaki tu tak kena dengan jiwa dia sekalipun, dia akan sokong. Mungkin dia suka benda lain, lelaki tu pulak suka benda lain. Tapi, takde lah sampai buat-buat minat sebab nak tarik hati korang. Itu namanya hipokrit. Mungkin korang boleh nampak beza perempuan yang sokong minat korang dengan perempuan yang buat-buat minat untuk menarik perhatian korang.




5. Lebih utamakan korang berbanding lelaki lain - Aku berani jamin, cuba korang dan sorang lagi lelaki lain tanya soalan kat dia, konfem dia akan jawab soalan korang dulu. Walaupun soalan korang takde lah penting sangat pun. Sebab apa dia utamakan korang? Sebab korang PENTING dalam hidup dia. That's it.



***





 ***



***





09 October 2015

Redha

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

5 tahun lepas, aku bagi hint. Walaupun dia faham hint aku, tapi gayanya macam tak nak kat aku. Takpe, aku redha.

Masuk UKM, aku tak fikir dah pasal ni. Malas. Tetiba, masa second year, ada orang confess. Masa tu aku belum ready lagi. Sebab tengah malas nak fikir pasal ni lagi-lagi mengenangkan perjalanan ke graduasi masih panjang dan berliku. Ternyata salah aku bagi jawapan "kita kawan dulu", membuatkan orang tu terus anggap aku KAWAN je.

Sekarang, hanya berbaki setahun. Secara jujurnya, aku dah ready. Lebih-lebih lagi pabila ramai kawan sebaya dah masuk ke fasa kedua dalam hidup mereka. Sedangkan aku masih kat sini berperang dengan exam dan perasaan sendiri di kala tiada siapa yang tunjuk minat kat aku. Aku selalu tertanya-tanya, apakah yang mereka cari?

KECANTIKAN, KEBIJAKSANAAN atau KEBAIKAN?

Ternyata, aku tiada yang pertama. Sedangkan ramai golongan itu hanya memandang yang pertama.

Aku redha.




06 September 2015

SNSD 8th Anniversary : 1st Anniversary as 8-member-group

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

5 Ogos 2015 merupakan anniversary SNSD yang ke-8. Bermacam-macam peristiwa dah berlaku dari Ogos 2014 sampai lah sekarang. Ternyata 5 Ogos 2014 merupakan anniversary SNSD yang terakhir as 9-member-group. 30 September 2014, Jessica secara rasminya dah keluar dari SNSD :(


8 members... 8th anniversary


First of all, sepanjang setahun ni, tak banyak aktiviti rasmi SNSD secara berlapan. Dorang semua banyak aktiviti solo dan juga secara bertiga dengan sub-unit TTS :)


TTS - Second Mini Album - Holler - September 2014



Ada 6 lagu dalam mini album ni. Comeback dorang ofkos lah dengan lagu Holler. Aku suka jugak lagu tu. Sedap didengar. Cuma outfit dorang terlampau seksi bagi aku. Mungkin sebab tengah summer kot. So, konsep dia mesti lah dedah-sana-dedah-sini. Kiki. Sila lah tengok MV Holler di bawah~




Masa ni Jessica belum keluar dari SNSD lagi


***


Japanese Single - Catch Me If You Can - April 2015



Ini merupakan kemunculan pertama SNSD selepas Jessica keluar. Tapi, dorang tak promote lagu ni kat Korea walaupun ada dua version untuk lagu ni iaitu Korean Version dan Japanese Version. Konsep lagu ni lebih kepada Electronic Dance Music (EDM) yang mana dorang banyak tumpukan kat dancing je. Tak menyanyi sangat. Kalau nak tengok macam mana construction worker yang hot menari, boleh lah klik sini! :)

Masa SNSD comeback kat Korea pada Julai 2015, dorang ada buat stage performance untuk lagu ni. Best gila uolllssss tengok Catch Me If You Can secara live! Energetic! That's my girls~




***


Korean Single - Party - Julai 2015



Kali terakhir SNSD buat Korean comeback adalah dengan lagu Mr.Mr. bulan Mac tahun lepas. Dah lama gila tak nampak SNSD kat music show Korea. Huhu. Jadi, pada Julai 2015, dorang keluarkan single Party yang berkonsepkan summer! Masa mula-mula aku tengok MV ni, hampir tersedak dibuatnya sebab outfit dorang seksi siot! Lagu Party memang sedap pada pendengaran aku, tapi outfit nya tak menyedapkan pandangan. Haha. Harap-harap SNSD jangan lah seksi-seksi sangat lepas ni ye. Sila klik sini untuk Party! :)

Pabila SNSD dah buat Korean comeback, mestilah banyak variety show mahupun reality show mengenai mereka ke udara. Boleh klik sini untuk list variety show tersebut :)

***


Fifth Korean Album - Lion Heart - Ogos 2015



Sebenarnya, SM dah released teaser untuk ketiga-tiga lagu iaitu Party, Lion Heart dan You Think secara serentak pada Jun 2015. Tapi, dorang pre-released Party dulu. Dia simpan Lion Heart dan You Think dalam peti ais. Kiki.
 
So, untuk album Lion Heart, SM released dua MV tersebut pada hari yang sama. Mula-mula, MV Lion Heart released pada pukul 12 pm KST... pastu MV You Think pulak pada 12 am KST. Kedua-dua MV berjaya mencatatkan sejuta views dalam masa tak sampai separuh hari! Dahsyat tak dahsyat. Hehe.

Bagi aku, kedua-dua lagu sedap pada pendengaran. Cuma MV Lion Heart macam retro sikit, manakala MV You Think lebih kepada powerful dance. Sila lah klik sini untuk album Lion Heart! :D

***


Kalau tahun 2014 kita banyak dengar cerita pasal SNSD dating news, pada tahun 2015 ni pulak kita bersedih dengan SNSD break up news :( 




Tiffany dan YoonA dah break up dengan partner masing-masing. Huhuhu. Aku tak dapat terima kenyatan Lee Seung Gi dan YoonA dah break up. Rasa macam mimpi! Pape hal pun, hidup harus diteruskan! Semoga hubungan dorang akan bertaut semula lepas ni. Hehe :D


20 August 2015

SNSD Fifth Korean Album - Party, Lion Heart, You Think

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hello SONE! Dah lama SNSD tak buat Korean comeback kan. Laaa ni dia buat comeback sampai 3 lagu terus! :)

Mula-mula, SM Entertainment released teaser untuk 3 lagu tu pada 30 Jun 2015~




First of all, dia akan pre-release single Party dulu pada 7 Julai 2015. OMG excited gila uollllssss!!! Bagi aku, ketiga-tiga lagu tersebut macam sedap je untuk didengar. Dan excited jugak nak tengok blonde YoonA for the first time.




Then, SM released teaser untuk MV Party pulak pada 3 Julai 2015 :)




Wow MV dia nampak sangat cantik! Lagu dia pun catchy dan sesuai dengan konsep summer. Tak sabar nak tunggu 4 hari lagi untuk official MV. Hihi.

Seperti yang telah dijanjikan, pada 7 Julai 2015 official MV Party pun released~




Shooting untuk MV ni dilakukan sepenuhnya kat Koh Samui, Thailand. Nampak panas berdenting kan. Hehe. Secara jujurnya, aku sangat suka lagu ni. Tapi, aku tak berapa suka outfit SNSD dalam MV ni sebab seksi. Huhu. Dorang ada pakai bikini T_T

Para haters pun start bash SNSD, cakap dorang dah start seksi sebab tak sefemes dulu lagi. Hellllooo SNSD still femes okay. MV ni capai 4 juta views dalam masa sehari kot. Walaupun dorang pakai bikini, tapi tarian dia takde lah seksi sangat. Nampak enjoy dan happy, bersesuaian dengan tema summer. Hee. YoonA pun nampak gorgeous dengan blonde hair tu.

Aku paling suka comeback stage performance Party kat Show Music Core. Nice sangat! :)




Tak lama pun SNSD promote Party. Dalam 2 minggu lebih je pastu dorang nak fokus kat another 2 MVs. So, pada 14 Ogos 2015, SM Entertainment released teaser untuk MV Lion Heart pulak~




Lagu ni pun macam sedap didengar. Hehe. Konsep dia retro. Harap-harap outfit dorang cantik lah sebab selalunya konsep retro ni outfit dia pelik-pelik sikit. Huhu.




Keesokan harinya pulak, SM released teaser untuk lagu You Think~




Okeh kali ni kita akan tengok the usual concept of SNSD, synchronized dancing. Hehe. Can't wait!!!

***

Selepas 3 hari, tepat pukul 12 pm KST 18 Ogos 2015, official MV Lion Heart pun released! Serentak dengan released nya MV Lion Heart, album kelima SNSD pun released dengan 6 lagu di dalamnya termasuk lah Lion Heart dan Party.


 


Perkara menarik pasal MV ni, boleh pulak SONE perasan ejaan nama SNSD kat kepala singa tu salah. Haha. Tajam betul mata dorang. Macam mata bionik.


SM Entertainment, you better double check before release their MV -,-


Tapi, rambut YoonA dah tak blonde dah. Dah hitam balik. Huhu.




MV Lion Heart tak banyak sangat tunjuk dancing part. Dance practice Lion Heart ni membuktikan SNSD memang terbukti power dalam dancing. Tetap synchronized walaupun playful. Hihi.




***

Pada pukul 12 am KST 19 Ogos 2015 pulak, official MV You Think released! Serentak dengan itu, 6 lagu lain pun released dalam album yang sama :)


 


Tapi, YoonA tak banyak part dalam lagu ni. Huhu. Takpe lah. YoonA pun bukan main vocal. Dia visual je. Hihi.




SNSD akan start balik promotion untuk Lion Heart dan You Think pada 21 Ogos 2015. So, be prepared SONE XD

***

Bila dah buat Korean comeback, ofkos lah ada banyak variety show SNSD menanti para SONE di luar sana. Bukan setakat variety show, reality show pun ada tau.


Please stay updated with Channel Girls' Generation


Kalau nak tengok segala variety show mahupun reality show SNSD, jangan segan untuk klik link ini. Happy watching SONE :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...