Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Hai readers yang excited nak tau kisah cinta aku! ahaks ahaks.
Errr... betul ke korang klik entri ni sebab nak tau kisah cinta aku? masalah nya, aku tak bercinta. mana lah nak ada kisah cinta. kahkahkah =D
Jadi, aku tumpang kisah cinta orang lain. aci tak? hahaha~
***
Ni dia.... Cinta Kura-Kura~
KRU ni saja je buat filem pakai nama Kura-Kura. tak pasal-pasal orang ingat ni kisah cinta aku. muahahaha *ketawa perasan*.
Dapat lah aku tumpang femes =P
***
Buat sape-sape yang nak tau lanjutan kisah cinta 'aku' ni *hakhakhak*, boleh lah baca sikit info filem ni sebelum korang tengok kat pawagam terdekat~
Sinopsis:
Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani (Tiz Zaqyah) bersama binatang peliharaannya, Nico (Zizan Razak). Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luar biasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya. Jiran Nani, Adam (Aeril Zafrel) telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly (Fizz Fairuz), seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
Pengarah : Nizam Zakaria
Penerbit : KRU
***
Ok, sekian kisah cinta aku. HAHA! =D
* sumber gambar : pakcik Google
2 comments:
perasannnnn!!hahaha..
Hahaha. Sekali sekala perasan.
Post a Comment