Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Ok. aku ni dah lah masih dalam minggu exam. tinggal satu paper je lagi. last paper hari selasa ni. 3 Julai 2012. pukul 8.30 pagi. paper Objective Structured Practical Exam (OSPE). *binatang apa tu cik kurakura?* ok. senang cite, ni paper lab. semua nya soalan mengenai praktikal dan cadaver a.k.a mayat. oh tak sabarnya nak bercuti. eh wait! study pun tak habis lagi, ada hati nak cuti. dan, study pun tak habis lagi, dah sibuk meng'update' blog pada waktu dinihari. harharhar =P
***
Ehem! malas nak melalut panjang. sebab lepas ni nak sambung study. hekhek. sebenarnya, masa tengah-tengah study dalam pukul 12 tengah malam tadi, aku TER'online' pulak. errrr... TER ok. tak sengaja pun =P
Dah online tu, apa lagi. ber'chat' lah dengan teman tapi mesra aku, Cik Rifqah Ahmad Rostam *adik aku yang bagi gelaran teman tapi mesra tu*. Rifqah belum kahwin lagi, so masih teguh memegang gelaran 'cik'.
***
Oh ye, lupa pulak. sebelum chat dengan Rifqah tu, aku terbaca kat news feed facebook pasal Irine Nadia Marcello dah kahwin. siyes, aku tak tau pun dia dah kahwin. sebenarnya, aku tak pernah baca blog dia pun. cuma tau kewujudan blog tu je. hehe. bila dah ada orang share kat facebook, aku pun bukak lah blog dia. baru lah aku tau dia dah bernikah pada 29 Jun 2012 yang lepas.
Kita pinjam gambar ni dari blog awak ye Cik Irine =)
Baca punya baca punya baca... tau lah aku yang pasangan ni berkenalan melalui muka buku bak kata Adik Najwa Latif. *feeling lagu cinta muka buku jap*. waaaa... sweet nya. alhamdulillah perkenalan melalui facebook dah berjaya disudahi dengan ikatan yang sah. dah lah si Irene ni kahwin umur 20. gila muda! congrats untuk pasangan ni! *bajet dorang baca blog picisan aku. haha =D*
***
Tak cukup dengan baca blog Irine Nadia, sempat pulak aku pergi baca blog Dena Kamarul Bahrin. tak padan dengan tengah study. haha =P
Aku start kenal Dena daripada video ni :
Lepas je tengok video ni, siyes rasa jeles. bertuah kan dia. baru 19 tahun (tahun lepas) dah kena proposed. tapi, itu kan dah memang apa yang tertulis untuk dia. so, kita kena tumpang gembira jelah kan. dan tolong doakan kebahagiaan Dena dan pasangan dia jugak =D
Sebelum ni, aku tak pernah baca blog Dena jugak. baru hari ni rasa nak baca. haha. dan, baru lah aku tau dorang dah selamat bernikah pada 28 April yang lepas. kahwin muda jugak. 20 tahun jugak =)
Pinjam gambar ni dari blog Cik Dena jugak =)
***
The point is, apa persamaan antara Irine Nadia, Dena Kamarul Bahrin dan aku? yes! kitorang sama dari segi umur. tapi, apa yang berbeza. dorang berdua dah kahwin sedangkan aku belum lagi. haha =D
Ok, jadi... jom kita berbalik kepada cerita chat aku dengan Rifqah. aku pun gatal-gatal bagitau Rifqah yang aku pun teringin nak kahwin muda. ahaks *mood gatal*. lepas tu, Rifqah cakap... entah-entah ada je someone yang minat kat aku, cuma tengok aku dari jauh, tak berani nak tegur, senyap-senyap je nanti jumpa mak ayah aku, merisik pastu masuk meminang. hakhakhak! gila jauh berangan Cik Rifqah oi! =P
Then, aku pun.... dalam hati.... terfikir.... best jugak kalau apa yang Rifqah cakap tu jadi realiti. muahaha. gatal lagi =P
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur : 26)
Errrr.. ok lah. nak sambung study. kbai! =)
* mungkin kah apa yang Rifqah katakan akan jadi realiti?
2 comments:
Haha..bab ni paling seronok kalau bersembang..
Haha cepat je kau kan bila cerita pasal kahwin. Dah2, pergi study lah. Esok OSPE. haha.
Post a Comment