17 September 2016

#3rdtriptokorea (Jeju & Busan) - Jeju Air Ticket Booking

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hari tu dah bagi entri preparation untuk ke Jeju dan Busan. Laaa ni meh lah kita belajar cara untuk menempah tiket flight ke Jeju :)

Seperti yang aku sudah nyatakan dalam entri ni, Jeju Air merupakan domestic flight termurah untuk ke Jeju. Anda perlulah menaiki kapal terbang Jeju Air dari airport kat Korea sama ada Gimpo International Airport (Seoul) atau Gimhae International Airport (Busan) menuju ke Jeju International Airport (Jeju). Tak wujud lagi penerbangan terus dari Malaysia ke Jeju pada saat entri ini ditulis. So, nak-tak-nak... korang memang perlu mendarat kat Seoul atau Busan terlebih dahulu sebelum ke Jeju.




Part nak beli tiket flight selain daripada AirAsia atau MAS merupakan masalah terbesar bagi orang yang jarang travel ke luar negara macam aku. Secara jujurnya, aku agak risau mengenai cara pembayaran tiket flight Jeju Air sebab aku takde credit card. Mana lah si Jeju Air tu nak terima CIMB Click kan. HAHA.

Rupa-rupanya, senang je nak beli tiket flight overseas ni. Takde credit card pun takpe. Setakat ada debit card dah memadai. Maaf lah aku memang noob sikit bab-bab online payment ni. Jarang online shopping katakan.

***

So, bagaimanakah cara untuk menempah tiket flight Jeju Air secara online? Don't worry bebeh. Akak Kura-Kura akan terangkan satu-persatu hiks!


1.  First of all, sila lah ke website Jeju Air~




Nescaya Song Joong Ki akan mempamerkan hati nya kepada anda seperti ini ahaks!


Hari tu masa aku booked tiket Jeju Air, masih muka Kim Soo Hyun. Laaa ni dah tukar duta. Oh my Captain Yoo Si Jin :P


Andai kata masa korang bukak website tu terkeluar pulak bahasa Korea, jangan risau. Boleh je tukar bahasa lain yang anda fahami. Haa nampak tak pilihan bahasa kat atas tu. Aku pilih English. Kalau korang nak pilih bahasa Uganda ke, Zimbabwe ke... takde masalah. Cuma option bahasa tu takde lagi lah kat situ kahkah!


2.  Kemudian, boleh klik kat option 'round trip'~


See... takde option Malaysia langsung


Kalau korang beli tiket flight return KLIA2-Incheon, Incheon-KLIA2... korang kenalah pilih option 'origin' Seoul (Gimpo). Adalah diingatkan bahawa domestic flight dalam Korea cuma ada kat Gimpo International Airport. Takde kat Incheon International Airport. So, mula-mula... kenalah mendarat kat Incheon, then naik subway (train) ke Gimpo.

Tapi, kalau korang membuat pilihan untuk membeli tiket flight return KLIA2-Busan, Busan-KLIA2... sila lah pilih 'origin' Busan. Nanti flight dari Malaysia akan mendarat kat Gimhae International Airport (Busan), then korang cuma perlu pergi ke domestic hall yang ada kat dalam kawasan airport tu jugak. Toksah pergi airport lain.


3.  Lepas klik 'origin' Seoul (Gimpo), klik pulak 'destination' Jeju~




4.  Pastu, boleh lah pilih tarikh 'departure' and 'return' pilihan buah hati anda~


Jangan lupa klik 'select'!


5.  Pastu, boleh lah pilih nak pergi berapa orang~


Klik option 'adults'


6.  Then, klik 'find flights'~




7.  Haaa tadi tu cerita untuk orang yang nak beli tiket flight return. Macam mana pulak kalau korang nak beli tiket one-way? Macam kes aku, aku decide untuk mendarat kat Incheon International Aiport pada hari pertama. Jalan-jalan kat Seoul sekejap pastu malam nya naik flight ke Jeju. Pada hari keempat, ambik flight awal pagi dari Jeju menuju ke Busan. Pada hari keenam, barulah sedar diri untuk pulang ke tanah air dari Busan.

Senang cerita... aku kenalah beli tiket Jeju Air [Seoul (Gimpo) - Jeju, Jeju - Busan]. So, tak boleh lah nak pilih option 'round trip'. Kena lah pilih option 'one-way'. Jangan pilih option 'multi destinations'. Nescaya pilihan anda takkan berjaya. Jangan tanya aku kenapa. Pi tanya CEO Jeju Air.


So, aku pilih option 'one-way' dari Seoul (Gimpo) ke Jeju. Jangan lupa pilih tarikh dan jumlah penumpang. Pastu macam biasa klik 'find flights'. Then, ulang langkah yang sama untuk Jeju-Busan.


8.  Tak kisah lah korang pilih option 'round trip' ke, 'one-way' ke... benda alah ni tetap akan keluar lepas korang klik 'find flights'~




Haa hang scroll lah sampai bawah. Tengok semua slot penerbangan yang ada beserta harga tiket sekali.








Kalau korang tenung betul-betul slot penerbangan kat atas, ada tiga jenis 'fare' yang wujud iaitu saver fare, special fare dan regular fare.

Slot saver fare semua sold out. Slot special fare dan regular fare ada laa. Regular fare mahal ya ampun kalau convert ke Ringgit Malaysia tanah tumpah darahku. Semuanya 93,000 KRW yang mana bersamaan dengan RM363 one-way! Cekik darah manis betul!

So, kalau korang nak beli tiket flight Jeju Air, jangan lah beli slot regular fare tu. Beli je slot special fare. Berpatutan lah sikit. Akan tetapi, slot special fare ni tak selalu ada. Korang kena selalu tengok website. Alaaa sama je macam tiket promo AirAsia. Kejap ada kejap takde. Jangan tanya pasal slot saver fare sebab aku tak tahu-menahu mengenai slot yang sentiasa sold out tu.


9.  Nah sedikit informasi mengenai pembelian tiket Jeju Air~


Ada free baggage allowance 15kg! Boleh campak luggage dalam kargo yeay! Nice kan Jeju Air. AirAsia kedekut takde bagi free baggage camni.


10.  Pastu boleh pilih slot pilihan korang. Aku pilih slot pukul 8.25 malam dari Gimpo. Perjalanan mengambil masa sejam 10 minit so akan mendarat kat Jeju pada pukul 9.35 malam.


Lepas campur fares, fuel surcharge dan taxes, jadilah 48,000 KRW (RM188) one-way untuk seorang. Then, klik 'continue'.


11.  Lepas je klik 'continue', pop-up window ni akan keluar~


Klik je OK


12.  Pilih 'guest'. Then, masukkan alamat emel. Jangan lupa klik 'I agree' kat bawah tu. Pastu klik 'login'.





13.  Then, isi lah details anda. Nombor telefon, alamat emel, nama etc.





Family name tu kena letak nama bapa korang. Given name barulah nama korang.

Camni lah contohnya~




Scroll lagi sampai bawah~


Then klik 'continue'


14.  Terus klik 'continue'. Toksah lah beli seats.




15.  Pop-up window ni akan keluar. Klik je 'confirm'~




16.  Kini, tibalah masa yang dinanti-nanti. Payment time!


Pilih overseas credit cards


17.  Then, benda alah ni akan keluar. Isi lah segala details anda~




Mungkin kah korang akan pening memikirkan macam mana nak isi segala details ni. Haaaa tulah yang terjadi kat aku dulu. Rupa-rupanya, semua details ni ada je kat kad ATM kita. Haih noob betul. Umur dah 24 tahun baru tahu kahkah.


Segala jenis kad ATM boleh digunakan asalkan ada logo VISA / MasterCard kat kad tu


 Pastu, masukkan 16 nombor di atas kt ruangan 'card number' beserta expiration date.

Kalau nak ikut contoh kad ni~
 Card Number: 4283 3212 1188 8888
Expiration Date: 03 / 2013

Pastu, sila terbalikkan kad ATM korang. Kat belakang dia ada CVC number~


Haaa 3 nombor tulah CVC number

Then, klik 'YES' kat 'payer authentication'. Jangan lupa isi nama korang beserta alamat emel.


Boleh pilih nak bayar dalam Korean Won atau Ringgit Malaysia. Jangan lupa klik 'I have read and accept the Terms and Conditions'. 


Sila klik jugak 'I have read' dan 'I agree' tu. Then, klik 'payment'.


Akhirnya... SELESAI!!!! Senang je kan urusan pembelian tiket Jeju Air ni. Takde lah susah mana pun. Cuma harga tiket je menjadi kesusahan buat kita. HAHA.


***


Pastu, Jeju Air akan hantar emel kat korang. Boleh lah print E-Ticket ni dan bawa ke kaunter Jeju Air untuk urusan check-in nanti :)


GIMPO - JEJU

Aku beli tiket flight one-way pada harga 42,900 KRW seorang (RM163).
Masa tu rate 1,000 KRW = RM3.80.


JEJU - BUSAN

Dicampur dengan 22,700 KRW seorang (RM86) jadilah total RM249


p/s: Check-in flight Jeju Air secara online hanya boleh dilakukan 24 jam sebelum berlepas. Senang cerita, kita takkan mampu nak check-in online. Jangan risau. Boleh je check-in kat kaunter Jeju Air. Sempat je. Takde masalah :)


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


12 comments:

FaRLyNa NaTaShA said...

Terbaik.. ! Next trip mayb

Jari Manis said...

Fuh detail! Dh bookmark entri ni sbb mmg asa plan nk ke jeju terbang dari busan so easy je nak booking. Terima kasih share ye kura2 slow 😁

Jari Manis said...

Trip kali ni pergi berapa org?

Jari Manis said...

Nak alamat sis JM ke? Nanti sis email eh

kurakuraygslow said...

FN : Thank you. InsyaAllah next trip sampai lah ke Jeju tu :)

JM: Sama2 sis JM. Selama ni pun sis JM banyak share tips berguna untuk entri Korea. Hehehe. Trip kali ni pergi 4 orang :)

Nurul Adzimah said...

Slm, nak tanya. Huhu....memang lama ke kene tunggu lepas tekan payment tu? 😅

kurakuraygslow said...

Nurul Adzmimah: Berapa lama kena tunggu tu? Kalau dalam 5 minit normal lah kot if internet slow. Berjaya tak beli tiket?

Nurul Adzimah said...

Tak dapat beli lagi. Huhu. Byk kali try dah.

kurakuraygslow said...

Nurul Adzimah : Kadang-kadang, certain kad ATM ada problem dalam transaksi online international. Kena try cek dgn pihak bank.

hayati arshad said...

Baru nak belajar beli tiket ke jeju ni..entry sgt membantu makhluk bluur cam saye ni.

Anonymous said...

Salam. Nak tanya. Nama kena letak bin/binti ke?

Anonymous said...

saya tggu dekat sejam tak boleh utk kat payment tu? kenape ek? :-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...