16 November 2016

#3rdtriptokorea - Day 1 (KLIA2 - Incheon International Airport - Hoegi Station) #mencariyoosijin

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Dah berzaman aku biarkan entri #3rdtriptokorea tergantung macam tu je. Banyak sangat perkara penting berlaku dalam hidup sampaikan tak sempat nak update cerita travel. Tak sempat nak update jelah tapi. Pergi travel lagi sempat je. Muahahahahaha (sila klik sini untuk teaser #4thtriptokorea).

Entri ni merupakan sambungan daripada entri-entri terdahulu (sila klik untuk baca)~




p/s: Rate ketika aku pergi Korea adalah 1,000 won = RM3.60

***

Ahad - 17 April 2016 

Beta ada habaq dalam entri terdahulu bahawasanya beta dan ahli rombongan beta akan ke Korea selama 6 hari (sebab cuti semester kami seminggu je). Target utama kami hanyalah Jeju dan Busan. Tetiba aku menggedik pulak nak pergi Demilitarised Zone (DMZ) sekejap kat Seoul. Oleh kerana aku yang buat plan... nak-tak-nak depa kena lah ikut cakap aku. Hahahaha *gelak gaya diktator*

So, kitorang ambik flight Air Asia dari KLIA2 pada pukul 1 pagi dan akan mendarat kat Incheon International Airport pada pukul 8.30 pagi waktu Korea (waktu Korea sejam lebih awal daripada waktu Malaysia).


Typical post bagi mereka yang berjaya ke luar negara. Kehkeh.


Bajet further studies padahal belajar kat HUKM je yang jaraknya tak sampai sejam pun dari rumah. Hihi.


Pastu, macam biasa masuk lah kita ke balai perlepasan. Kali ni kitorang tak check-in luggage pun. Bawak maggi je simpan dalam luggage masing-masing. Pastu bawak masuk kabin. Dah kali kedua ke Korea sendiri, so perancangan tu hebat sikit daripada yang dulu. Kihkih.


Trip kali ni kami berempat. Sudah tentu lah aku mastermind nya. Hehe. Ziha dan Farah tu coursemate aku. Kiy pulak adik perempuan aku. Dalam empat orang ni, si Farah tu newbie. Dia baru first timer. Ziha dan Kiy dah kali kedua. Cheq mestilah yang paling hebat dah kali ketiga. HAHAHA xD


Bila gate dah bukak, mari kita serbu!!! Oleh kerana kitorang tak beli seat, so tak dapat lah nak duduk sama-sama. Aku dengan Ziha dapat duduk sekali. Kiy dengan Farah duduk jauh sikit dari kitorang. Aku risau jugak bila si Farah tu duduk sorang-sorang. Dah lah dia first timer. Tapi Farah happy pulak dapat duduk sorang siap mengharapkan ada jodoh sebelah seat. Ceh! Buang karen je aku risaukan dia. Haha.


Flight pada waktu malam memang toksah nak expect view menarik kebabom sangat. Gelap je sepanjang perjalanan.


Kebanyakan penumpang buat taik mata je dalam flight. Dah nasib badan cheq ni jenis tak dapat tidoq dalam flight. Celik jelah sepanjang perjalanan. Huhu. Siap bawak nota pabila mengenangkan ProExam tinggal lagi 3 bulan. Bawak jelah nota tapi tak baca pun. HAHA!

Kebiasaannya, seawal pukul 3 pagi pramugara-pramugari dah sorong troli makanan. Tapi kalau korang nak makan lambat sikit boleh je. Nanti pukul 5 pagi dia mai sekali lagi. So, aku buat deq je masa dia sorong troli makanan pada pukul 3 pagi tu. Bila dia mai sekali lagi pada pukul 5 pagi, barulah aku duk sibuk tunjuk boarding pass untuk claim Nasi Lemak Pak Nasser yang berharga RM15 tersebut.


Tudiaaa nasi lemak yang berharga RM15. Ni kira breakfast lah ni. Ke sahur? Kehkeh.


Harap-harap sedap. Cheq memang lapaq ni.



Alhamdulillah nasib baik nasi lemak lemak tu sedap. Nasihat aku kat korang yang baru first time pergi Korea, tolong lah ambik pre-booked meal. Dulu konon nak jimat tak ambik pun segala nasi-nasi ni. Sekali lapar nak mati. Terpaksa beli maggi cup yang mahal tapi tak mengenyangkan pun. Sobsob.

Lepas makan nasi lemak, barulah mata ni ngantuk sikit. Hehe. So, aku sempat lah terlena sekejap.


Sunrise :)


Sejam sebelum mendarat, pramugara-pramugari akan bagi kertas-kertas ni kat korang~


Kertas yang pendek tu semua orang kena isi sendiri. Kertas yang panjang tu, satu group satu form cukup. Kertas pendek kena tunjuk sekali dengan passport kat kaunter imigresen. Kertas panjang boleh bagi kat ahjussi yang setia menunggu di arrival gate.


Selepas 6 jam yang membosankan, akhirnya kami tiba di Incheon International Airport! 


Jom bergerak menuju ke kaunter imigresen!


Masa ni spring season. So, takdelah sejuk menggigil tahap winter dan takdelah pulak panaih berdenting macam Malaysia. Masa baru touchdown ni, suhu dalam 16 darjah celcius.

Kat Korea, lepas je turun flight... korang perlu menaiki aerotrain untuk menuju ke kaunter imigresen. Then, urusan kat kaunter imigresen selalunya mengambil masa sejam sebab queue memang panjang tak hengat. Mengikut plan asal, kalau nak ke DMZ... kitorang perlu bergerak menaiki subway (train) dari airport pada pukul 9.30 pagi. Kalau tak, takkan sempat nak sampai DMZ sebab tempat tu jauh. Masalahnya, pukul 9.30 pagi kitorang duk beratur kat kaunter imigresen lagi ni. So, terpaksa lah kirim salam kepada plan DMZ tersebut. Mungkin next trip? Kehkeh.

So, aku terus ajak dorang untuk jalan-jalan kat Seoul je hari ni sebelum ambik flight ke Jeju pada pukul 8.30 malam nanti. Destinasi pertama adalah Hoegi Station sebab kat situ ada standee Captain Yoo Si Jin. Hihi. Masa ni, demam drama Descendants of the Sun memang tak kebah lagi. Baru 3 hari lepas episod akhir DOTS ditayangkan kat Korea. Kena pulak dorang travel dengan aku yang tak habis-habis dengan DOTS, memang nasib lah. HAHAHA.


Please bear with me, travelmates! ;-)


Pape hal pun, kenalah preload T-Money dulu kat 7-Eleven. Aku ada cerita pasal T-Money dalam entri ni. Pandai-pandai lah baca sendiri ye. Hihi.


Aku, Ziha dan Kiy pakai kad T-Money dalam trip yang lepas je. Farah kena beli kad baru. Harganya sekarang 4,000 won (RM14.40). Huhu. Dulu 3,000 won je tau! Kalau nak murah sikit, kena beli kat 7-Eleven/GS25 luar daripada airport. Harganya 3,000 won.


Mengikut perkiraan, kitorang perlu preload 60,000 won (RM216) untuk perjalanan selama 6 hari kat Seoul, Jeju dan Busan. Tapi, aku tak berani nak preload banyak terus. Kalau kad tu hilang, menangis tak berlagu Korea pulak kang. So, aku preload 30,000 won (RM108) dulu. Nanti boleh je topup lagi. No problem.

Pastu, masing-masing pergi rembat sebotol air mineral yang berharga 500 won (RM1.80) kat 7-Eleven tersebut. Air ni penting untuk mengelakkan kitorang kehausan sepanjang perjalanan. Manusia selalunya bila dia lapar atau dahaga, emosi terganggu sikit. Sebab tu kena jugak bawak coklat/biskut dari Malaysia untuk alas perut. Nak travel kenalah happy-happy. Tak nice kalau banyak sangat drama emosi. Haha.

Dah settle semua urusan penting, marilah kita bergerak menuju ke Hoegi Station. Dari arrival gate tu, korang try cari signboard Airport Railroad. Follow je signboard berwarna kuning sampai lah ke level B1. Ada dua jenis train iaitu Express Train dan All-Stop Train. 

Dalam trip yang lepas, aku naik Express Train (AREX). Tambang AREX 8,000 won (RM28.80) dari Incheon International Airport direct ke Seoul Station. Kelebihan menaiki AREX adalah korang dapat numbered seat. So dah tentu-tentu boleh duduk dengan selesa sepanjang perjalanan. Tapi, kitorang nak jimat. So, kitorang pilih All-Stop Train. Subway akan berhenti kat setiap stesen dan kemungkinan tak dapat tempat duduk adalah tinggi. Hihi.




Perjalanan dari Incheon International Airport Station ke Hoegi Station mengambil masa 1 jam 23 minit. Tambang nya 4,250 won (RM15.30). Tapi, kena transfer kat Seoul Station dulu.  


Muka-muka excited terlebih




 Tak dapat duduk langsung sepanjang perjalanan. Huhu.


 Boleh lah nampak pokok cherry blossom dari dalam subway. Spring season katakan. Hihi.


 Subway akan lalu atas Han River

Then, kitorang simpan luggage dalam loker kat Seoul Station dengan kadar sewaan 4,000 won (RM14.40) untuk 4 jam yang pertama kemudian 1,000 won (RM3.60) untuk setiap jam yang berikutnya. Boleh bayar pakai T-Money. Satu loker bersaiz medium boleh muat dua luggage. Boleh lah share dua orang satu loker. Aku terlupa pulak nak ambik gambar loker tu. Hehe.

Pastu, marilah kita teruskan perjalanan ke Hoegi Station. Cheq dah tak sabaq nak jumpa Captain Yoo Si Jin hihi :)


 Tudiaaa ada Captain Yoo Si Jin celup! Bukan main laju dia jalan.


 



Sampai je kat Hoegi Station, terus keluar ikut #Exit 1.  


Gini lah rupa #Exit 1 tersebut




Hari ni, ada fan meeting Song Joong Ki kat Kyunghee University. Keluar je dari #Exit 1 tu, terus ada ahjussi duk sibuk teriak Song Joong Ki fan meeting... Song Joong Ki fan meeting! Sape yang nak pergi fan meeting tu, kena naik bas hijau ni. Takde masa lah pulak aku sibuk nak pergi fan meeting si Song Joong Ki tu. Aku bukannya minat sangat kat dia. Aku minat karakter Yoo Si Jin tu je. HAHA :P




Perjalanan mencari standee Captain Yoo Si Jin harus diteruskan!




Sebenarnya, aku tak tau pun kat mana lokasi sebenar standee tu. So, apa lagi... mai lah tanya pekerja GS25. Hehe.


Benda wajib dibeli kat GS25 mestilah banana uyu! Selain daripada banana flavour... ada coffee, strawberi dan melon. Sebenarnya, aku tak berapa suka banana flavour. So, aku selalu beli coffee flavour. Hehe. Harga sebotol adalah 1,300 won (RM4.70).


Sambil-sambil bayar uyu kat kaunter, duk sibuk tanya pekerja tu mana standee Captain Yoo Si Jin aku. Dah tentu-tentu lah depa ni susah nak faham simple English sekalipun. Nasib baik aku ada retweet gambar standee tu kat akaun Twitter aku. So, dapat lah tunjuk kat pekerja GS25 tweet tersebut. Rupa-rupanya, standee tu ada kat depan sebuah restoran. Nama restoran tu Seorae. Haaa apa lagi. Mai lah cari Restoran Seorae!


Patut pun standee Captain Yoo Si Jin ada kat sini. Restoran ni tempat depa shooting DOTS rupanya. Episod yang Yoo Si Jin dengan Seo Dae Young minum soju untuk 3 days 0 night tu.


Tapi, masa aku pergi ni... standee tu dah takde. Sobsobsob. Punah harapan aku. Begini rupanya rasa kecewa *over* hahahaha.


Nak masuk dalam tak boleh. Nampak tak ada gambar oing oing kat pintu tu. Kehkeh.


Akhirnya, aku berlalu pergi membawa hati yang kecewa. Baru je nak feeling-feeling Captain tolong ikatkan tali kasut. Huhu. So, mari lah kita blah dari sini. 

Destinasi seterusnya adalah Korean Broadcasting System (KBS)! Dah tentu-tentu ada standee Captain Yoo Si Jin jugak kat KBS sebab stesen TV tu lah yang menayangkan DOTS. Hihi.


 Annyeong Hoegi Station!


Next destination ---> KBS & Yeouido Hangang Park. To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


6 comments:

farlyna natasha said...

wah..best ..3rd trip dh eh.. kena follow gak ni utk 2nd trip FN

kurakuraygslow said...

FN: Nak habiskan entri 3rd trip pun berzaman. Padahal dah pergi 4th trip. HAHA :P

Jari Manis said...

Sis tercari2 tang mana saru kura2 😬

Jari Manis said...

Yang mana satu kura2 😬

kurakuraygslow said...

Mestilah yg paling cute tu Kura-kura sis JM :P

Anonymous said...

Sis nak tnye..tempat simpan luggage kat Seoul Station tu besar mane eh?? besar beg tarik tu bleh isi 2 beg ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...