04 February 2017

#3rdtriptokorea - Day 3 (Seopjikoji) - Jeju-do

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Selasa - 19 April 2016

Destinasi kami selepas Seongsan Ilchulbong adalah Seopjikoji :D




Katanya kat sini ada banyak bunga kuning (canola flower). Sebab tu aku terus letak dalam itinerari. Tak lengkap trip ke Jeju-do semasa musim bunga kalau tak jumpa canola flower tau. Umpama hidup awak tanpa saya lah. Eceh! :P

Dari outlet Innisfree berdekatan entrance Seongsan Ilchulbong tu, kitorang terus tahan teksi untuk menuju ke Seopjikoji. Dalam perjalanan... tetiba ternampak ladang canola kat tepi jalan. Excited gila dah masa tu sebab banyak bunga kuning tapi kitorang malas nak suruh teksi berhenti on the spot. So, kita teruskan dulu perjalanan sehingga ke Seopjikoji.

Sekali jammed pulak dah kat entrance Seopjikoji tu. Ada banyak bas pelancong berhenti untuk turunkan penumpang. So, kitorang decide untuk jalan kaki je menuju ke entrance. Dah dekat sangat dah. Tapi jammed punya pasal banyak masa terbuang. Perjalanan dari Seongsan Ilchulbong ke Seopjikoji mengambil masa 15 minit dengan tambang 5,900 won (RM21.20). Dari teksi nak berjalan ke entrance tak sampai 5 minit pun.


Nah baca sikit sejarah mengenai asal-usul Seopjikoji


Tempat ni dibuka sepanjang masa. Takde entrance fee pun. Hihi.


Cantik kan scenery kat sini :)


Dah lah tepi laut. Nyaman je rasa pabila angin sepoi-sepoi Bahasa Korea datang menerpa.


 Apa tu? Cake House?


 Aku tak tau lah Cake House ni ada jual kek ke tak. Tak berminat pulak nak usha hihi.


 Coastal view :D


 Ada banyak cerita Korea yang pernah shooting kat sini. Yang paling femes adalah K-Drama "All In".


 Sekali lagi, kaki kena kental. Kita kena dok berjalan tanpa henti.


 Tak kisah pun berjalan banyak-banyak kat Jeju-do sebab scenery dia sangat cantik :D


 Dah lah windy. Best gilaaaa :D


 Ada banyak stacked stones kat sini


Batu yang paling femes bernama "Seondolbawi". Tapi aku tak jumpa pulak batu tu.


Tak kisah lah sebab tujuan utama ke Seopjikoji nak cari canola flower. Hehe :D


 Bunga kuning takde. Bunga purple je banyak.


 Tak tau pulak apa nama bunga purple ni. Sorry lah aku bukan kenal sangat jenis-jenis bunga. Hehe :P


Mata ni dah puas melilau tapi satu bayang bunga kuning pun tak nampak. Huhuhu. So, kita bergambar jelah dengan bunga purple ni.


Lautan bunga sanggup ku redah demi mencari tempat bergambar yang paling cantik


 Dia ni lagi semangat. Kehkeh :P


 Eonni & dongsaeng :D




Alololo yeppeo~


Tengah-tengah duk sibuk bergambar tu, tetiba ada sorang lelaki tegur aku. Dia cakap Bahasa Melayu pulak tu. Terkejut beruk aku ingatkan oppa Korea nak mengurat dalam Bahasa Melayu. LOL. Rupa-rupanya dia Chinese guy dari Malaysia. 

Aku tak berani lah nak tegur mana-mana Chinese sesuka hati. Dibuatnya dia datang dari China, tak ke naya aku nak kena cakap Bahasa Cina pulak dengan dia. Hahaha. Chinese guy tadi takpelah... dia tengok tudung aku pun tau aku datang dari Malaysia, bukan Indonesia :P

Kitorang berborak-borak lah sikit. Dia datang sini dengan family. Ikut tour trip kalau tak silap. Then dia macam kagum sikit bila dapat tau kitorang travel sendiri dengan menaiki pengangkutan awam. Well... kitorang memang jiwa backpackers yang adventurous. Padahal nak jimat bajet je sebenarnya kehkehkeh.

Then, dia tanya aku kat mana church tempat shooting K-Drama "All-In". Haaa tulah. Dari tadi aku tercari-cari mana church tu. Tak nampak pulak. Katanya ada kat sini.


Ginilah rupa church tersebut
(Gambar ihsan KTO)


 Tempat shooting K-Drama "All-In" lakonan Lee Byung Hun dan Song Hye Kyo
(Gambar ihsan KTO)


Tak jumpa church tu pun aku tak kisah sangat. Kang kena kecam pulak dengan rakyat jelata. "Kerana minat sekumpulan gadis Muslim sanggup 'redah' gereja di Pulau Jeju". Tak pasal-pasal jadi headline surat khabar Metro, tak pun Kosmo. Kahkah!

Pastu, aku tanya dia pasal canola flower. Then, dia cakap ada angin kuat kat Jeju dua hari lepas. Canola flower semua gugur. Huhuhuhu. Sedih mendengar perkhabaran itu. Kang berguguran pulak air mata aku seperti mana gugurnya bunga canola itu.

Hajat nak bergambar dengan bunga canola tak kesampaian. So, kitorang meminta izin untuk mengundur diri dahulu.


Dia tak lepaskan peluang walau sesaat pun untuk mengabadikan kenangan terakhir di sini


Marilah kita berpatah balik ke entrance Seopjikoji!


Gembiranya mereka!


Lama jugak kitorang menunggu teksi untuk kembali ke bus stop Seongsan Ilchulbong. Ada lah dalam 10 minit. Kebanyakan teksi yang dah masuk ke sini takde gaya macam nak keluar pun.


Lengang gila! Krik krik je ni dah kenapa. Kitorang nak patah balik ke bus stop Seongsan Ilchulbong ni. Huhuhu.


Lepas tu, kitorang decide untuk jalan sikit ke depan dengan harapan ada teksi kat jalan besar.


 Perjalanan menuju ke jalan besar


Ingatkan jalan besar tu dekat. Jauh rupanya. Huhuhu.


 Masing-masing dah tak tau nak buat apa. Nak patah balik ke entrance malas.


Apa lahhhh nasib. Dah lah tak jumpa canola flower. Teksi pun takde. Sobsobsob.


 Nasib baik cuaca nyaman. Kalau panas macam kat Malaysia, panas membara jugak hati aku ni.


Then, kitorang teruskan perjalanan. Banyak jugak teksi yang dah masuk ke Seopjikoji tapi tak keluar-keluar.


Menunggu lagi dengan penuh harapan


 Tetiba ada teksi berhenti kat depan kitorang


Happy sikit sebab teksi tu kosong. Hehehe. Baru ingat nak naik sekali ahjussi tu cakap, kena call teksi baru dorang datang ambik. Dah ada orang booked dia kat entrance Seopjikoji. Oh patut lahhh kitorang tunggu-punya-tunggu takde teksi kosong langsung.

Masalahnya, kitorang mana ada simcard Korea. Macam mana nak call teksi. Aku mintak tolong ahjussi tu untuk roger-roger kawan dia. Tanpa banyak soal, terus dia call teksi lain dan bagi nombor plat teksi tersebut kat kitorang. Dia suruh tunggu situ senyap-senyap. Nanti kawan dia datang.

Nasib baik ahjussi tu bertimbang-rasa sikit. Dah hampir setengah jam kitorang buang masa berjalan kaki mencari teksi. Ahjussi... saranghaeyo~

Dalam masa tak sampai 5 minit, akhirnya teksi yang ditunggu-tunggu pun tiba. Masa tu dah pasrah dah kalau kitorang dicaj lebih mahal daripada yang sepatutnya. Asalkan dapat teksi pun dah cukup bersyukur.

So, marilah kita kembali ke bus stop Seongsan Ilchulbong! Dalam perjalanan, ternampak pulak ladang canola yang kitorang lalu awal-awal tadi.


Ladang canola yang dicari-cari!


Spontan kitorang suruh teksi tu berhenti on the spot. Niat nak cari canola flower kat Seopjikoji tak kesampaian. So, marilah kita mengubat hati masing-masing di sini :)

Tambang teksi tadi 5,000 won (RM18). Dia betul-betul ikut meter. Takde extra charge pun. Kalau kat Malaysia, asal call teksi je kena extra charge RM2.


Omoooo gembiranya hati saya sebab berjaya jumpa awak. Nak masuk sini kena bayar 1,000 won (RM3.60) seorang.


Tudiaaa satu bas pelancong datang. Kebanyakannya dari China.


Hello bunga kuning :D


Canola flower :)


Cantik kan ladang canola ni? Rugi betul kalau tak ke sini.


 Saya pun cantik jugak *sila muntah :P*


 Panahan mata Farah... hadoiii tak menahan!




Ahjumma yang jaga ladang canola ni garang betul. Kebanyakan pelancong dari China suka break the rules. Selamba je masuk dalam kawasan bunga yang berpagar. Menjerit-jerit ahjumma tu marah. Sape tak marah kalau orang rosakkan bunga dia kan?

Eh tapi kitorang baik. Orang Malaysia memang selalu sangat mengikut peraturan :P








Cuma dia ni nakal sikit. Tapi aku dah remind awal-awal jangan sampai ahjumma marah :P


 Gasak lah budak dua orang ni. Asalkan jangan pijak bunga ahjumma tu cukup. HAHAHA :P


Action beep!


Siapa yang mahu melengkapi hatiku? LOL :P


Okay last shot!


Dalam setengah jam je kitorang kat sini. Dah puas hati dapat jumpa canola flower, boleh lah blah ke bus stop Seongsan Ilchulbong semula. So, kitorang tahan teksi kat tepi jalan. Tambang teksi dari ladang canola ke bus stop Seongsan Ilchulbong adalah 2,800 won (RM10.10).

Masa tu dah pukul 1.15 petang. Perut pun dah berkeroncong. So, adalah lebih baik kalau kita lunch dulu kat convenience mart yang berhadapan dengan bus stop Seongsan Ilchulbong. Kitorang dah bawak lauk instant Brahim awal-awal dari Malaysia. Tinggal beli instant rice je.

Instant rice ni ada bermacam saiz yang berbeza harga. Saiz yang paling kecik berharga 1,300 won. Masa tu masing-masing lapar so kitorang rembat instant rice yang berharga 2,100 won (RM7.60). Coffee milk pun ada promotion macam semalam... beli 3 percuma 1. So, sorang perlu bayar 1,000 won (RM3.60).


Ginilah rupa instant rice dan coffee milk tersebut :)


  

Kat convenience mart ni ada microwave. Boleh je panaskan instant rice dan lauk Brahim dalam microwave yang ada kat situ. Tak payah bersemangat sangat bawak tupperware macam kitorang. HAHA. Sambil-sambil makan tu, boleh lah update Instagram. Wifi kat sini laju tau. Hihi :D

Okay lah boleh makan kenyang-kenyang dengan gembira. Lepas ni nak sambung berjalan.

Next destination ---> Manjanggul Cave. To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...