17 April 2015

#2ndtriptokorea - Day 4 (KBS & Han River) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Rabu - 18 Februari 2015

Selesai sudah cerita Day 3, marilah kita masuk ke entri Day 4 =)

Lepas dah bersiap, macam biasa... turun ke pantri untuk sarapan (roti cicah sup campbell). kemudian, kitorang pun bergerak menuju ke Myeongdong Station pada pukul 8.30 pagi.

Destinasi pertama untuk hari ni adalah Korean Broadcasting System atau nama pendeknya KBS. nama KBS ni memang tak asing lagi lah dalam hidup peminat tegar Korean Drama dan variety show. aku tak terkecuali. hihi =D

Buat apa nak pergi KBS? well... selain daripada tempat rakaman Music Bank dan Gag Concert, kat situ jugak ada KBS Exhibition Hall yang mana entrance fee nya FREE. aku memang pantang nampak benda free ni. terus letak dalam itinerary. haha =P

Operating hours of KBS Exhibition Hall tu adalah dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

***

So, cara untuk pergi ke KBS adalah~

1. Dari LINE 4 Myeongdong Station (Oido bound), transfer kat Seoul Station
2. Dari Seoul Station, tukar ke LINE 1 menuju ke Noryangjin Station (Sinchang bound)
3. Dari Noryangjin Station, tukar ke LINE 9 menuju ke National Assembly Station (Gaehwa bound)




Sampai je kat National Assembly Station, keluar ikut EXIT 4. jadi, korang akan nampak benda ni~


Haaaa bila dah nampak benda ni, korang ada kat laluan yang benar lah tu


Kat Korea ni kaki kena kental. jalan jelah selagi mampu. hihi =D


Esoknya Tahun Baru Cina kat Korea. tapi, orang Korea panggil Seollal. jadi, jalan memang tersangatlah lengang sebab ramai dah balik ke kampung halaman yang terchenta.


Ikut je signboard yang ada. konfem tak sesat




 Okay dah nak sampai dah


 Krik krik je sepanjang jalan. kekeke =P


 Yeay akhirnya sampai pun kat KBS!


Sampai-sampai je kat pintu pagar KBS tu, aku nampak ramai orang beratur macam nak beli tiket. aku pun menjengah-jengah lah belakang queue tu. tetiba ada sorang Korean guy tanya pebenda entah dalam Bahasa Korea. aku tak faham sangat. satu je yang aku dapat tangkap dalam ayat dia tu ada word Gag Concert.

Aku ingat dia tanya soalan. dengan penuh konfiden nya aku jawab, aku tak nak tengok Gag Concert. pastu kitorang terus blah dari situ demi mencari KBS Exhibition Hall. orang nak pergi KBS Exhibition Hall, sibuk pulak dia suruh tengok Gag Concert. bentak hati kecilku ini. bhahahaha =P

Pastu, aku nampak signboard KBS Hall dalam hangul (tulisan Korea). dengan penuh konfiden jugak aku anggap KBS Hall tu sama dengan KBS Exhibition Hall. kitorang pun beriya-iya berjalan mengikut arah KBS Hall tu.


Tetiba kitorang sampai kat celah lorong mana entah. haha =D


Terpaksa lah berpatah balik ke arah kaunter tiket tadi. takut tersesat sampai Afrika pulak. hahaha. eh kaunter tiket tu dah kosong. mungkin semua orang dah masuk tengok Gag Concert kot.

So, kitorang pun cuba nasib masuk je pintu kaca yang ada kat situ. pastu aku terus pergi ke kaunter untuk tanya pasal KBS Exhibition Hall. malangnya... tempat tu tutup hari ni sebab esok Seollal! huwaaaaaa nak nangis boleh? susah payah tau kitorang cari tempat ni sampai tersesat ke hutan belantara mana entah. huhu =(

Nampaknya takde rezeki lah untuk melawat KBS Exhibition Hall tu. jadi, marilah kita ke destinasi yang seterusnya dengan hati yang duka. nasib baik dengar cite tempat tu tak menarik sangat untuk dilawati. jadi, takde lah kuciwa sangat. hihi =D

So, our next destination is Yeouido Hangang Park yang mana kat situ lah adanya Han River!!! ^^

Dah lama aku simpan impian nak cycling around Han River tau. harapnya mampu tertunai lah hasrat tu kali ni =)

Jadi, kitorang pun terus tanya macam mana cara nak pergi ke Hangang Park kat receptionist KBS tadi. dia pun tunjuk lah arah guna tangan kaki semua. oh ye. untuk pengetahuan korang, KBS dengan Yeouido Hangang Park ni dekat je. jalan kaki dalam 10 minit pun boleh sampai.


Kitorang ikut arah yang receptionist tu tunjuk. tapi tak nampak pun Han River. so, better tanya orang lain kot daripada sesat ke Amerika Selatan pulak. haha =P


Memang semua orang dah balik kampung ke apa. sunyi sepi gila. aku pun macam contemplating nak tanya arah kat ajumma dalam restoran
kimchi jjigae


Daripada sesat, better tanya jelah. so, aku pun selamba badak je masuk restoran tu untuk tanya arah semata-mata. sorry ajumma. saya tak nak pun makan kimchi jjigae awak. takut tak halal. hihi.

Aku bajet dalam restoran tu full dengan customers. sekali restaurant owner je yang ada tengah makan kimchi jjigae masakan sendiri. kesiannnn public holiday kan. tu takde customer. keke. then, ajumma tu cakap jalan je terus. haaa sama lah dengan direction yang receptionist KBS tu bagi. tu lah tak nak percaya cakap orang.

So, kami pun terus berjalan dan jalan dan jalan. tapi masih tak nampak Han River. huhu. so, kitorang berhenti tanya arah kat Information Office pulak.


Dia tengah tunjuk peta kat kitorang


Bagi close-up sikit. hihi =D


Dia cakap kitorang dah kat kawasan Yeouido Hangang Park. dan dia tunjuk lah kat peta tu yang Han River jauh lagi. nak ke situ boleh jalan kaki atau naik basikal. laaaa patutlah jalan punya jalan tak jumpa-jumpa Han River. jauh lagi rupanya. hehehe =P

So, aku pun tanya lah mana tempat untuk sewa basikal. pastu dia suruh toleh belakang. nak tau apa ada kat belakang kami? tang taraaaa~






Punya lah tekun mencari Information Office sampai tak nampak basikal kat depan mata. hahaha =P


Ni view dari kaunter sewaan basikal. depan tu Information Office. bukti betapa dekatnya mereka tapi kami boleh tak nampak -,-


Ada pelbagai jenis basikal. pilih je nak yang mana. nampak tak basketball court kat hujung tu? haaa kat situlah ramai Korean artists main basketball =D


Bicycle rental rate adalah seperti berikut~

Single seat = KRW3,000 for first one hour (RM9)
Couple seat = KRW6,000 for first one hour (RM18)

500 won for subsequent 15 minutes (RM1.50)

Korang cuma perlu bayar untuk first one hour je dulu. yang subsequent minutes tu bayar kemudian. masing-masing pilih single seat. toksah nak couple-couple sangat lah kat sini. haha.

Sebagai jaminan yang korang takkan cilok basikal tu bawak balik Malaysia, salah seorang daripada ahli kumpulan perlu tinggalkan passport sebagai cagaran. jadi, passport ziha menjadi pilihan kami. haha! sebenarnya, takut jugak tinggalkan passport ni. kang kalau jadi pape, tak balik Malaysia kitorang. tapi takpe lah. kami cuba untuk berfikiran positif demi tiga buah basikal. kiki =P

Lepas dah tinggalkan passport ziha dan pilih basikal, marilah kita mulakan pengembaraan berbasikal mengelilingi Yeouido Hangang Park! =D


Masing-masing muka excited tak boleh blah. tak kisah langsung pasal kesejukan melampau di kala winter begini =)


Jom kita mulakan!


Kat sekitar park ni ada bicycle route nya sendiri. tak campur dengan laluan pejalan kaki bagi memastikan keselamatan penunggang basikal dan juga pejalan kaki itu sendiri. bagus betul kan. sangat sesuai untuk beriadah seisi keluarga =)


Bila aku ambik gambar macam ni, dorang berdua cakap nampak sangat forever alone. kuang asam gila!


Sebenarnya, Yeouido Hangang Park ni terdiri daripada dua kawasan yang berbeza iaitu Yeouido Park dan Hangang Park.

Tempat yang banyak pokok tu adalah Yeouido Park manakala kawasan tepi Han River adalah Hangang Park.


 Ni masih lagi kat Yeouido Park


 Bajet model ye kau, dik!


Best gila cycling around Yeouido Park ni walaupun windy yang teramat =D


Lepas tu jumpa pulak tugu King Sejong (pengasas hangul)


Bagi gambar black and white lah baru nampak sejarah sikit. hihi




View kat depan tugu King Sejong


Lepas dah puas bergambar, kitorang pun teruskan perjalanan menuju ke Hangang Park. menurut Information Office tadi, nak ke Hangang Park ni kena lalu terowong. terowong tu pulak kat depan balai polis.

So, bila dah jumpa balai polis, aku dengan bengong nya pergi tanya ziha... kita nak kena lapor diri kat balai polis ni ke. tak pasal-pasal dorang berdua bantai gelak kan aku atas pertanyaan yang cerdik pandai tersebut.


Dah jumpa terowong. tapi tak puas hati dengan muka ziha yang tengah gelak kan orang tu. takpe... takpe... ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. kau tak sedar kau takde passport sekarang?


Dalam kesejukan kami mengayuh basikal, akhirnya jumpa jugak
Han River!!! ^^






Lama gila kitorang berhenti kat sini untuk bergambar




 Sangat damai tengok air sungai yang jernih sambil menghirup udara yang bersih dalam cuaca yang sejuk


 Selain daripada berbasikal kat sekitar Hangang Park, korang jugak boleh menaiki cruise. tapi kena bayar lah. mahal jugak tiket cruise tu. kitorang takde duit untuk cruise. setakat basikal tu boleh lah. hihi =D


 Kan best kalau boleh cycling kat sini setiap hari




Rindu Han River... rindu Korea... huhu =(








Dah puas pusing-pusing kat sekitar Hangang Park, kitorang pun berpatah balik ke arah Yeouido Park. katanya ada bangunan Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) dan 63 Building dekat dengan Han River. tapi aku tak perasan pulak kewujudan dua bangunan tu. khusyuk sangat berbasikal barangkali. keke =P




Kawasan kat sekitar Hangang Park ni memang femes dengan lokasi penggambaran drama. masa tengah cycling tu, ada shooting drama apa entah. aku syak pelakon dia tak femes sebab takde peminat berkerumun pun. hahaha!


 Pelakon utama dia yang ada anak panah merah tu


Tak kenal pun so jom lah blah. hahaha =D


 Lalu terowong tadi semula




Kemudian, kami pun sampai semula ke tempat sewa basikal tadi. puas hati gila dapat pusing satu Yeouido Hangang Park. dah lah sejuk, windy, damai, tenang. memang puas hati sangat!!!

Sila lah tengok video kitorang cycling around Yeouido Hangang Park. hihi. enjoy~




Tempoh masa kitorang cycling adalah sejam setengah. so, cuma perlu tambah KRW1,000 (RM3) setiap sorang bagi sewaan basikal tadi.  kemudian, pulangkan semula semua basikal seterusnya ziha dapat kembali passport nya dalam keadaan yang selamat.

***

Dah puas hati dapat cycling kat tepi Han River kan. so, jom lah pergi ke destinasi yang seterusnya.

Sebenarnya, ada 3 cara untuk ke Yeouido Hangang Park ni:

1. Berhenti kat Yeouinaru Station (LINE 5), EXIT 1. kemudian, jalan kaki 7 minit
2. Berhenti kat Yeouido Station (LINE 5), EXIT 4. kemudian, jalan kaki 7 minit
3. Berhenti kat National Assembly Station (LINE 9), EXIT 4. kemudian, jalan kaki 7 minit

Aku pilih yang ketiga sebab National Assembly Station paling dekat dengan tempat sewa basikal. hehe. kalau korang berhenti kat dua stesen lain, jauh jugak lah nak menapak ke tempat sewa basikal. lain lah kalau korang nak jalan kaki je mengelilingi Yeouido Hangang Park.

So, kami pun berjalan kaki menuju ke National Assembly Station semula.


First time jumpa basikal sewa macam ni O.o


Next destination ---> Samcheongdong & Bukchon Hanok Village. stay tuned~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


4 comments:

nadeafu chan said...

Salam. Banyak informasi. Nak tanya. Yg sewa basikal tu dekat yeouido park or yeouido hangang park? Thanks.

kurakuraygslow said...

Wassalam. Yeoiudo Park :)

nadeafu chan said...

tempat sewa basikal tu tutup jam berapa? tahu tak agak2? huhu

kurakuraygslow said...

Tak tau pulak. Rasanya siang je boleh sewa basikal. Malam tutup dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...