09 October 2015

Redha

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

5 tahun lepas, aku bagi hint. Walaupun dia faham hint aku, tapi gayanya macam tak nak kat aku. Takpe, aku redha.

Masuk UKM, aku tak fikir dah pasal ni. Malas. Tetiba, masa second year, ada orang confess. Masa tu aku belum ready lagi. Sebab tengah malas nak fikir pasal ni lagi-lagi mengenangkan perjalanan ke graduasi masih panjang dan berliku. Ternyata salah aku bagi jawapan "kita kawan dulu", membuatkan orang tu terus anggap aku KAWAN je.

Sekarang, hanya berbaki setahun. Secara jujurnya, aku dah ready. Lebih-lebih lagi pabila ramai kawan sebaya dah masuk ke fasa kedua dalam hidup mereka. Sedangkan aku masih kat sini berperang dengan exam dan perasaan sendiri di kala tiada siapa yang tunjuk minat kat aku. Aku selalu tertanya-tanya, apakah yang mereka cari?

KECANTIKAN, KEBIJAKSANAAN atau KEBAIKAN?

Ternyata, aku tiada yang pertama. Sedangkan ramai golongan itu hanya memandang yang pertama.

Aku redha.




5 comments:

Siti Aishah Abdullah Saidi said...

Saya akan doakan untuk akak... ingat saye tak?? hihi.. Yg berwassap tu kiter lah...hihi.. Akak adelah ketiga-tiga ciri tu..jangan risau..Jodoh,Ajal dan Maut di tangan Allah..Akak wanita yang baik,Allah pasti akan jodohkan akak dgn lelaki yang baik juga nanti..In Shaa Allah.. Amin..Allahumma Amin.. Kawan2 akak tu kahwin waktu belajar ke?? Takpe ke?? Tak ganggu study ke??

swinter said...

Saya doakan akak dpt jodoh terbaik..In Shaa Allah..satu hari nanti

Jari Manis said...

kura2 slow..sis JM di sini...sedih plak bila baca entri ni...tapikan kalau tak cantik mana mgkin ada yg memulakan hasrat semasa kura2 belum ready tu..SO!!! jgn rasa rendah diri sebenarnya Allah akan temukan yang lebih baik tu...jgn sedaih2 ye..tgk sis JM ni..umur dah byk..still cool walaupun x de sorang pun nk approach..KECANTIKAN is to subjektif...si A pandang kita nampak x cantik but di mata si B u r perfect..then...percaya kepada ketentuan Allah..sabar ye..in shaa allah sikit hari lagi 'the time is come'

mikeyvio said...

hai!! lmanyaaa x bca blog awk! sy ttba nk aktif berblog blek! huuu...tell the world i'm coming home! 🤗🤗🤗

zaitie hasnan said...

I feel you, Good luck ye awak =)

kawan2 saya pun ramai dah masuk ke fasa 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...