06 September 2015

SNSD 8th Anniversary : 1st Anniversary as 8-member-group

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

5 Ogos 2015 merupakan anniversary SNSD yang ke-8. Bermacam-macam peristiwa dah berlaku dari Ogos 2014 sampai lah sekarang. Ternyata 5 Ogos 2014 merupakan anniversary SNSD yang terakhir as 9-member-group. 30 September 2014, Jessica secara rasminya dah keluar dari SNSD :(


8 members... 8th anniversary


First of all, sepanjang setahun ni, tak banyak aktiviti rasmi SNSD secara berlapan. Dorang semua banyak aktiviti solo dan juga secara bertiga dengan sub-unit TTS :)


TTS - Second Mini Album - Holler - September 2014



Ada 6 lagu dalam mini album ni. Comeback dorang ofkos lah dengan lagu Holler. Aku suka jugak lagu tu. Sedap didengar. Cuma outfit dorang terlampau seksi bagi aku. Mungkin sebab tengah summer kot. So, konsep dia mesti lah dedah-sana-dedah-sini. Kiki. Sila lah tengok MV Holler di bawah~




Masa ni Jessica belum keluar dari SNSD lagi


***


Japanese Single - Catch Me If You Can - April 2015



Ini merupakan kemunculan pertama SNSD selepas Jessica keluar. Tapi, dorang tak promote lagu ni kat Korea walaupun ada dua version untuk lagu ni iaitu Korean Version dan Japanese Version. Konsep lagu ni lebih kepada Electronic Dance Music (EDM) yang mana dorang banyak tumpukan kat dancing je. Tak menyanyi sangat. Kalau nak tengok macam mana construction worker yang hot menari, boleh lah klik sini! :)

Masa SNSD comeback kat Korea pada Julai 2015, dorang ada buat stage performance untuk lagu ni. Best gila uolllssss tengok Catch Me If You Can secara live! Energetic! That's my girls~




***


Korean Single - Party - Julai 2015



Kali terakhir SNSD buat Korean comeback adalah dengan lagu Mr.Mr. bulan Mac tahun lepas. Dah lama gila tak nampak SNSD kat music show Korea. Huhu. Jadi, pada Julai 2015, dorang keluarkan single Party yang berkonsepkan summer! Masa mula-mula aku tengok MV ni, hampir tersedak dibuatnya sebab outfit dorang seksi siot! Lagu Party memang sedap pada pendengaran aku, tapi outfit nya tak menyedapkan pandangan. Haha. Harap-harap SNSD jangan lah seksi-seksi sangat lepas ni ye. Sila klik sini untuk Party! :)

Pabila SNSD dah buat Korean comeback, mestilah banyak variety show mahupun reality show mengenai mereka ke udara. Boleh klik sini untuk list variety show tersebut :)

***


Fifth Korean Album - Lion Heart - Ogos 2015



Sebenarnya, SM dah released teaser untuk ketiga-tiga lagu iaitu Party, Lion Heart dan You Think secara serentak pada Jun 2015. Tapi, dorang pre-released Party dulu. Dia simpan Lion Heart dan You Think dalam peti ais. Kiki.
 
So, untuk album Lion Heart, SM released dua MV tersebut pada hari yang sama. Mula-mula, MV Lion Heart released pada pukul 12 pm KST... pastu MV You Think pulak pada 12 am KST. Kedua-dua MV berjaya mencatatkan sejuta views dalam masa tak sampai separuh hari! Dahsyat tak dahsyat. Hehe.

Bagi aku, kedua-dua lagu sedap pada pendengaran. Cuma MV Lion Heart macam retro sikit, manakala MV You Think lebih kepada powerful dance. Sila lah klik sini untuk album Lion Heart! :D

***


Kalau tahun 2014 kita banyak dengar cerita pasal SNSD dating news, pada tahun 2015 ni pulak kita bersedih dengan SNSD break up news :( 




Tiffany dan YoonA dah break up dengan partner masing-masing. Huhuhu. Aku tak dapat terima kenyatan Lee Seung Gi dan YoonA dah break up. Rasa macam mimpi! Pape hal pun, hidup harus diteruskan! Semoga hubungan dorang akan bertaut semula lepas ni. Hehe :D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...