16 September 2011

Budak UKM yang busy... konon nya

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Yo readers and followers. skang ni aku secara rasmi dah jadi student UKM Kampus Kuala Lumpur. kat tengah bandaraya kot kolej aku. tengah malam, tengah hari, awal pagi, memang banyak je bunyi-bunyian yang sangat 'mententeramkan' jiwa ni. haish.

Memang jauh beza dengan Puncak Alam yang sunyi giler even melepas senyap-senyap pun boleh dengar dengan jelas... hahaha. dah mula lah tu aku nak buat perbandingan. setiap tempat pun ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. cuma kita jelah yang kena cuba sesuaikan diri sendiri. betul tak?


Ni view daripada bilik aku. cantik kan nampak KLCC. jangan jeles... muahaha =P

Sepanjang minggu lepas, memang schedule aku pack yang amat sampai tidur pun tak cukup. ni sume sebab tradisi wajib untuk sume student baru. MINGGU ORIENTASI. huh. kat sini bukan minggu, BULAN ORIENTASI. setiap weekend ada aktiviti wajib untuk budak first year. tak dapat aku nak balik rumah. huhu =(


Muka-muka happy bila explorace diberhentikan sekerat jalan sebab hari hujan.. hehe =D

Minggu ni pulak, budak-budak course aku kena pergi kem kat Negeri Sembilan. so, i'm busy again. semalam sampai kolej pukul 8.00 malam sebab tersekat kat traffic jam KL hampir dua jam! sume budak yang ada dalam bas aku berkerut-kerut kening menahan kencing. lama-lama duduk KL, boleh kena penyakit batu karang kot.

Actually, benda yang paling best pasal kem tu adalah group aku berjaya menjadi juara keseluruhan. kehkehkeh. tak sia-sia pengorbanan aku pergi kem kat Negeri Sembilan nun. eceh! (aku takde ambik gambar group kem, gambar hamper dengan piala kitorang pun aku tak ambik... aiyoo)


Aku rembat gambar hamper dari google jelah. aci tak? hehehe =P

That's why lah dah dua minggu aku tak jenguk blog. sesungguhnya kesibukan memang sedang melanda diri yang hina ini. chewah! ayat saja je nak puitis =P

Finally, kepada followers yang baru follow blog ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. tak lupa jugak untuk sape-sape yang rajin tinggalkan komen dan jenguk Warung Kak Limah. mintak maaf sebab aku belum sempat nak jenguk blog korang buat masa ni. nak reply komen pun belum ada masa. bila aku free nanti, aku jenguk blog korang plus reply komen-komen tu ok =)

Last but not least, thanks again readers and followers. kurakuraygslow sayang you all =D

5 comments:

Arif Sahimin said...

wah! dari bilik nampak library..kat kl ade kampus ukm ea..baru aku tau..hehe

laskar pelangi said...

wah! jelesnyaaaa usha dari bilik dah nampak klcc..heheee~

kurakuraygslow said...

@Arif : ada2. dekat dengan Tasik Titiwangsa. aku pun baru tau.. haha
@Laskar Pelangi : hehe. hari tu sambutan Hari Malaysia, free2 nampak bunga api =)

mikeyvio said...

wah...cntiknya view klcc dri blik awk..:D

kurakuraygslow said...

@MissVivio : kan2? cantik sangat. lagi2 bila malam =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...