Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Ya cik adik dan cik abang sume. bagaimanakah sambutan hari raya anda? tentu hebat bukan. sudah pasti sambutan hari raya anda dipenuhi dengan aktiviti melahap segala juadah yang tersedia di atas meja tanpa memikirkan apa-apa.
Betul, Malaysia memang kaya dengan pelbagai juadah yang beraneka macam sehingga digelar 'lubuk makanan'. butang seluar yang pada awalnya berkancing pasti akan dibuka pabila perut mula dirasakan kepadatannya.
Jadi, adakah kini kerunsingan sedang membelenggu jiwa anda berikutan berat badan naik mendadak tanpa dapat dikawal? bagi para gadis, adakah lemak anda semakin galak berkumpul di bahagian pinggang dan paha? badan yang pada mulanya begini...
telah menjadi begini?
Ya, jangan risau jangan sedih cik adik dan cik abang sume. anda tidak perlu lagi menahan lapar untuk mengembalikan kelangsingan badan. anda juga tidak perlu membazirkan wang membeli JusMate Dr. Rozmey semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan idaman.
tertawan dengan senyuman saya? mari mari beli JusMate ini. gerenti ok!
Kini, hanya dengan senaman ringkas yang tidak merumitkan, anda mampu mendapat kaki yang cantik begini.
Ya, ini memang kebenaran. bukan rekaan. hanya dengan beberapa minit senaman ringkas, bentuk kaki sebegini mampu diperoleh.
(sila klik sini untuk Full Version on YouTube)
Dengan nisbah 5 : 3 : 2, sememangnya kaki anda yang paling cantik jika hendak dibandingkan dengan kaki jiran-jiran anda. sudah pasti kucing peliharaan anda juga akan mengiau kecemburuan. burung-burung yang sedang berterbangan bebas juga akan terjatuh ke tanah ekoran terlanggar pokok pabila asyik memandang anda.
jeles I tau. tu yang sanggup drive nak pergi Fitness Class tu
Oleh itu, amalkan lah senaman ringkas tersebut sebanyak 3 kali dalam sehari. nescaya, kaki idaman anda mampu dimiliki. ya, ini memang kenyataan. bukan rekaan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian bertol 1-300-88-2525 (lebih senang pakai Touch'nGo). atau boleh juga e-mel kan pertanyaan anda ke alamat e-mel cicitdrrozmey@gmail.com.
Ini rekaan. bukan kenyataan.
7 comments:
hahaha...giler ah!! :D nk kaki cmtu gak. otw nk dptkan la ni. :P
haha. rajin2 buat exercise tu - pesanan cicit dr.rozmey =P
hoho..star king..
kurusnya diaa
perghh kaki dia.artis korea memang comel
@Arif : tau je kau kan
@Diyana : artis Korea memang comel. lagi2 SNSD =)
wauuu...entry yg melucukan..heehee....oohhh!my gf tuh.,..soo young n yoona...^^
@Aiman : really. so kita geng... Sooyoung and Yoona lovers.. oh yeah!
Post a Comment