25 November 2011

Skuad Harimau Kita dan Kekacakan Mereka

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello readers. dah lama kita tak jumpa. errr... dah dua minggu kan =)

Korang sume rindu aku tak? tak rindu? fine! macam lah aku rindu korang sangat =P

***
Ada jugak segelintir pembaca blog ni tanya, apsal aku tak update blog. jawapan paling senang aku bagi yang mana kalau jawab dalam exam gerenti dapat full marks adalah "Aku sibuk".

Ingatkan dah jawab camtu, boleh lah terlepas sikit. sekali dorang cakap, cuti midsem nanti update lah ye. errrr ok. aku buat senyum kambing je =.=

Skang ni dah pun cuti midsem. so, pihak tersebut pun menagih janji aku untuk update blog. aku cuba sedaya upaya merajinkan diri dan mencari idea, just for you readers. last-last, dah nak habis cuti baru aku update. hehehe =D

***
Sebab utama aku tak update pape entri baru adalah aku takde idea. seriously! ok, maybe sedikit malas, tak banyak pun dalam 73.48% je =P


Dan lagi, aku sangat sibuk pabila terpaksa meluangkan masa bersama-sama BF-to-be aku yang ada kat depan kaca TV hampir setiap hari. kalau aku tak tengok kang, dorang takde semangat pulak nak perform. nak tak nak, memang kena tengok.

Nak mengharapkan aku terbang sampai ke seberang laut tu untuk jumpa dorang depan-depan? memang tak lah. biasiswa aku cukup-cukup untuk makan sampai habis semester ni je. jugak untuk pergi Korea lagi 5 tahun =D

Jadi, hanya sokongan menerusi kaca TV dalam jarak jauh sahaja lah yang mampu aku berikan. dan ternyata, sokongan tersebut sangat berbaloi =)

Ok fine. panjang pulak ayat gramatis aku semata-mata nak bagi alasan =.=

***
On a serious note, aku memang takde idea, malas dan sibuk. yaaaaa... sibuk dengan Sukan Sea. haha =D


Nasib baik Sukan Sea dah pun melabuhkan tirai nya Selasa lepas. takde lah aku tercongok je depan TV setiap hari. sume segmen membabitkan Sukan Sea aku tengok. waima, bila ada Sorotan Harian pukul 12 tengah malam pun aku tengok jugak! memang semangat =)

Antara acara yang aku takkan lepaskan, for sure bola sepak! mungkin hampir sume pembaca blog ni  tengok perlawanan bola sepak Sukan Sea kan. 

Aku tak minat pun bola sepak liga-liga Inggeris tu sume. Manchester United ke, Chelsea ke, Liverpool ke, aku pandang celah gigi je. pemain yang beraksi dalam kelab-kelab tu sume pun aku tak kenal. yang aku kenal, Christiano Ronaldo, player MU tu. eh ke dah tukar kelab?

***
Hanya perlawanan bola sepak yang membabitkan Team Malaysia je aku support. memang sejak azali lagi aku support Harimau Malaya. tak kisah lah masa dorang menang ke, kalah ke, tetap support. itulah semangat patriotik yang sebenar =)


Lebih-lebih lagi, Team Malaysia memang menyinar giler masa Sukan Sea Jakarta. dorang dah pun dapat pingat Emas untuk Sukan Sea Korat dua tahun lepas. tapi, itu team yang lain. 

Pemain-pemain untuk team dua tahun lepas kebanyakannya dah pun berumur lebih daripada 23 tahun. so, ada yang tak main lagi kali ni. macam si kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha tu.

Sebab hanya pasukan Bawah 23 Tahun (B23) je yang dihantar untuk misi Sukan Sea kali ni. dan dorang digelar Harimau Muda. yelah, kan dorang harimau yang muda-muda (dan hensem) belaka. aaauuuummm =D

And finally, team Harimau Muda pun berjaya mempertahankan pingat Emas dengan membaham Garuda Muda di laman sendiri. pergghh memang malu kot lebih 100,000 penonton tuan rumah. tercalar maruah bila pasukan yang dorang caci, hina dan maki berjaya kalahkan pasukan sendiri =P


***
Ok, tutup cerita pasal Sukan Sea. rasanya, sume orang pun dah tau kejayaan dan kehebatan team Harimau Muda kita. hampir setiap hari dalam TV mahupun surat khabar, memang dok sibuk pasal bola sepak kan.

Dan, tutup jugak cerita pasal kekalahan Malaysia ke atas Syria (0-2) dalam perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 hari Rabu lepas. team kita dah pun bermain sebaik mungkin. cuma faktor keletihan dan kurang fokus je kot yang menyebabkan dorang kalah. pape pun, good job untuk dorang sume =D


***
La ni, aku nak masuk tajuk sebenar *lepas mukadimah panjang lebar baru kau nak masuk tajuk sebenar kurakuraygslow?*. ngehehehe =P

Semalam, aku tengok perlawanan membabitkan Korea Selatan dengan Qatar. untuk Kelayakan Sukan Olimpik jugak. apa yang aku perhatikan adalah teknik serangan dorang, dan aku pun cuba buat perbandingan dengan team kita. sebenarnya, tak jauh beza sangat pun. cuma team negara luar, lebih-lebih lagi Korea Selatan tersangatlah pantas dan tangkas. zupp zupp zupp je dia bawak bola =.=

Team kita pun ok. cuma kurang pantas dan tangkas je. hehehe.

Tapi, ada satu perkara je yang team Korea Selatan tak boleh lawan team Harimau Malaya kita. nak tau apa dia? yessssssss this is it.


Tak dapat tangkap apa perbezaannya? Nah ambik yang ni pulak.


Tak paham lagi? takpelah aku bagitau jelah =.=

***
Korang perasan tak pemain bola sepak Malaysia kebanyakannya hensem-hensem belaka. ahaks. team Korea Selatan pulak, errrr tak hensem. even dorang memang terer main bola.

Kat sini, apa yang aku nak tekankan adalah... lelaki Malaysia ni serba lengkap. dah lah terer main bola, hensem pulak tu. kehkehkeh =P

Cuba tengok lelaki Korea tu. yang terer main bola, kebanyakannya tak hensem pun. yang hensem... errrr.... 


Agaknya, Kim Hyun Joong pandai main bola tak? Ke dia pandai pose macam tu je =.=

***
Mungkin sebab tu lah, kebanyakan pemain bola kita ni dah jadi macam artis. tak habis-habis terheret dalam kancah kontroversi. kejap-kejap kontroversi tu, kontroversi ni. kadang-kadang, nampak macam wartawan lebih mencari kisah peribadi dorang. karier tu apalah sangat =.=



Dan, mungkin jugak sebab kekacakan dorang, sume artis perempuan juga bukan artis dok berminat dengan depa ni. sampai berkenan buat suami =D



***
Mungkinkah, perkara ni pulak yang akan berlaku selepas ini?



















Atau?

















Mungkin juga?







=P

Ok yang kat atas tu sume hanyalah gurauan semata-mata. hehehe. (kalau betul pun apa salahnya) =P

***

Kesimpulannya, apa yang aku dan sume rakyat Malaysia harapkan adalah, team Harimau kita ni mampu tingkatkan lagi prestasi dorang. biar team bola sepak Malaysia gah balik, macam zaman Mokhtar Dahari dolu-dolu. jugak buktikan kita bukan pasukan belasahan. sinar tu dah ada, tinggal jadi cahaya lampu yang terang benderang je.

Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA! MALAYSIA BOLEH! =D

13 comments:

Arif Sahimin said...

whoaaa!! hebat betul entry kali ni..aku suke!! :D

kurakuraygslow said...

Hebat? wah terkejut aku. haha! part mana yang hebat doktor? =P

Noie Chan said...

sengal abes part dkat2 last uh..haha..

kurakuraygslow said...

Haha. saya takde harapan ke Noie? =P

Arif Sahimin said...

part yg perasan nak mampos tu la..hahaha.. *haemometasis*

mikeyvio said...

sumpah en3 ni sgt sengal!! hahahahaha..:D

kurakuraygslow said...

@Arif : Bukan perasan, tapi kenyataan. hahahahaha =D

@Mikeyvio : Hehe. sengal makin menjadi-jadi lepas tengok hensem footballer. keh3 =P

Arif Sahimin said...

OMG! *syncope*

Farrah Izzlorna said...

haha...lepas tengok tajuk ni kat blog T.O.K. terus tekan nak baca.Demam bola tak habis lagi :)

kurakuraygslow said...

@Farrah : Lepas Malaysia berjaya mempertahankan emas Sukan Sea, demam bola memang tak kebah =)

Capries Ryn said...

kepada empunya blog nie.. huhu
kim hyun joong pndai main bole.. tu hobi die ..
<--- peminat khj

kurakuraygslow said...

Ok. Nampaknya soalan tu dah ada jawapannya. Wujud lah lelaki Korea yang hensem dan pandai main bola =)

Capries Ryn said...

huhu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...