10 January 2016

Tanda-tanda Perempuan Jatuh Hati PART 2

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



 
Pada tahun 2011, aku pernah buat entri Tanda-tanda Perempuan Jatuh Hati vs Makan Hati *sila klik sini untuk baca*. Masa tu umur baru 19 tahun dah pandai buat entri jiwang. Hiks. Laaa ni pada tahun 2016, umur dah nak masuk 24 tahun dah, konon-konon dah makin matang lah dalam mengawal hati dan perasaan. Eceh. So, aku nak sambung entri tu bersesuaian dengan keadaan semasa *ehem*.

Bila aku belek semula entri lama tersebut, tanda-tanda perempuan jatuh hati dan makan hati tu masih lagi relevan dengan zaman sekarang. Pada masa itu, media sosial yang paling femes tentulah Facebook. Sekarang ni, dah ada Twitter, Instagram, Whatsapp dan lain-lain. So, kadar menaruh hati dan jauh hati tu lebih tinggi lah kot berbanding dulu. 




Sebenarnya, tak susah pun nak tau perempuan tu ada hati kat korang ke tak. Cuma korang je yang slow sangat atau pun jual mahal tak tentu pasal. Perempuan ni, pada satu masa... dia akan suka sangat kat korang tanpa sebab yang spesifik. Tapi, kalau korang buat tak layan je, sampai satu masa... dia akan give up dan malas dah nak ambik pusing pasal korang. Bayang-bayang korang pun dia buat tak nampak je.



***

     Please click play


***

Sebelum perkara tersebut berlaku, mai sini aku nak habaq, apa dia TANDA-TANDA PEREMPUAN DAH JATUH HATI KAT KORANG~


1. Selalu mintak tolong daripada korang - Aku tak tau lah kalau korang anggap perempuan tu menyusahkan ke apa sebab asyik nak mintak tolong je. Punya lah ramai orang lain kat dunia ni, apsal dia pilih korang? Sebab dia ada hati kat korang lah, pandai! Kadang-kadang apa yang dia mintak tolong tu benda kecik je. Boleh je orang lain settle kan. Tapi, kalau orang lain yang tolong, takde lah interaksi antara korang. So, 'mintak tolong' tu alasan je sebenarnya. Jangan lah slow sangat. Huhu.  




2. Reply setiap Whatsapp dari korang - Lepas je korang Whatsapp, dia akan cepat-cepat reply semula. Takyah cite lah siapa start Whatsapp dulu. Dah tentu-tentu dia yang mulakan. Nak 'mintak tolong' kan. Tapi, dah lah korang lambat reply, pastu macam takde effort je nak teruskan conversation. Dia pulak dengan bengongnya tertunggu-tunggu reply daripada korang. Tapi haprak. Last-last, conversation tu habis kat situ je. Haih.




3. Berborak rancak dengan orang lain depan korang - Kalau korang dan kawan korang ada kat tempat yang sama, percaya lah... dia akan lebih banyak berborak dengan kawan korang. Sebab utama nya adalah... dia segan nak berborak rancak dengan orang yang dia suka. Sedangkan kawan korang tu hanyalah KAWAN bagi dia. Mungkin jugak dia nak buat korang rasa jeles. Sebab dia pun rasa jeles bila nampak korang berborak dengan perempuan lain. Tapi, tak tau lah korang jeles ke tak. Ke tak heran pun.




4. Sokong minat korang - Perempuan, kalau dia dah suka, seboleh-bolehnya dia nak faham apa yang lelaki tu minat. Kalau minat lelaki tu tak kena dengan jiwa dia sekalipun, dia akan sokong. Mungkin dia suka benda lain, lelaki tu pulak suka benda lain. Tapi, takde lah sampai buat-buat minat sebab nak tarik hati korang. Itu namanya hipokrit. Mungkin korang boleh nampak beza perempuan yang sokong minat korang dengan perempuan yang buat-buat minat untuk menarik perhatian korang.




5. Lebih utamakan korang berbanding lelaki lain - Aku berani jamin, cuba korang dan sorang lagi lelaki lain tanya soalan kat dia, konfem dia akan jawab soalan korang dulu. Walaupun soalan korang takde lah penting sangat pun. Sebab apa dia utamakan korang? Sebab korang PENTING dalam hidup dia. That's it.



***





 ***



***





5 comments:

Anonymous said...

Yg pipih x datang melayang. Yg bulat x datang bergolek.:3 daripada tunggu dan berharap buah mangga tu gugur. Baik amik galah kaitkan. Makan, buat colek. Sedapnyaa.^^

kurakuraygslow said...

Macam mana kalau dah habis tunjuk hint dah, tapi macam tak dilayan. Perasaan yang sama macam 5 tahun lepas. Macam terhegeh sorang-sorang.

Anonymous said...

Lamanya 5 tahun. Antara 5 tahun tu tak ada siapa ke yang nak?

Jari Manis said...

ahakss..dah ada ke

spitoutblog said...

semua betoi! No. 3 tu mmg sllunya niat nk bagi jeles lah.. tapi tatau lah jelas ke tak kan.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...