Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Hai readers. agak lama aku menyepi daripada aktiviti meng'update' blog. agak tertekan baru-baru ni. adatlah bila macam-macam perkara berlaku kat diri ni, aku pun start moral down. pastu mulalah rasa tak nak ber'blogging' lagi. konon-konon serik lah. ok ok sudah. tinggalkan sekejap cerita hidup aku yang tak menarik tu. kita berbalik kepada topik utama. kali ni aku tak nak buat entri panas-panas. suam-suam kuku sudah. bukan apa, takut kena attack lagi.. hehe.
Korang perasan tak, tiap kali kita kena kritik tak pun dalam bahasa yang mudah, kena kutuk lah, mesti kita terasa hati kan. kalau benda ni terjadi kat lelaki, dorang still berlagak macho and strong. even dalam hati mesti tacing bagai punya. tapi, kalau terjadi kat perempuan, konfem-konfem kaum hawa ni akan rasa sangat terasa hati, pastu sedih-sedih. then ada jugak yang sampai mengalirkan air mata atau dalam bahasa jawa nya menangis. wait wait, jangan cakap korang tak pernah menangis. korang pernah kan? aku tau tu.
Masa nak tenangkan diri dengan cara mencari kekuatan, aku pun google lah pasal 'MUHASABAH DIRI'. yelah, maybe aku banyak buat salah kat orang lain. tu yang dorang marah tu. so, kenalah bermuhasabah diri ye tak? kot-kot ada something wrong kat diri aku ni, boleh jugak perbaiki. at least aku try nak berubah ke arah yang lebih baik. kan kan?
Well, hidup ni memang macam roda. kadang-kadang kita dipuji, kadang-kadang kita dikutuk. bila kena puji tu, konfem-konfem kembang semangkuk tandas. part kena kutuk tu yang sadis, pergghh sedih giler tak ingat. bila difikir-fikir balik, sesungguhnya ada sebab kita diuji....
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut 29:2-3)
Tapi, maklumlah manusia biasa. kadang-kadang hati tak kuat jugak. mulalah nak persoalkan, "kenapa aku diuji?", "kenapa orang lain tak?", "aku tak cukup kuat nak hadapi sume ni" dan macam-macam lagi rungutan. sabar sabar, Allah tak akan uji kita berat-berat. sumenye berpatutan dengan kekuatan masing-masing...
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah 2:286)
So, berpandukan ayat kat atas, ujian hidup kita ni bukanlah sebesar mana pun. ada orang lain lagi hebat ujian nya. sebenarnya, kita masih mampu hadapi sume ujian tu. cuma bergantunglah macam mana kita nak tangani setiap masalah yang datang. kalau aku lah kan, aku akan luahkan masalah kat member-member rapat. sebab aku tak suka pendam sorang-sorang. kalau pendam-pendam, alamatnya bila meletup kang, boleh cetus perang dunia ke-3 kot. tu lah penting nya luahan rasa tu.. hehe. special thanks kepada member-member aku.
"Janganlah kita lihat kesalahan orang lain, seeloknya renungkanlah kesalahan sendiri. Janganlah kita lihat kejayaan kita, seeloknya berbanggalah dengan kejayaan orang lain" - Fathiah Rahim, 2011
Kalau korang, suka hati lah nak ikut cara mana pun. asalkan jangan menyakitkan hati sesape cukup. kalau tak, jadi macam aku, kena kutuk balik.. haha.
Owh ye, terlanjur bercerita pasal MUHASABAH DIRI, baik aku suggest kat korang blog ni. serius fikiran yang kusut boleh jadi tenang beb. takde tipu punya. aku suka sume quotes dia. superb! lagi-lagi lepas aku terpandang quote ni...
"Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana ramai yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat"
Part blog desription dia lagi menarik...
"Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
So, apa yang boleh aku simpulkan, sape-sape yang mengutuk tu bukan sebab dia tak suka kita. sebaliknya, dia suka giler. cuma dia malu-malu memerang je kan. eceh!
* sori lah kalau entri kali ni tak menyengat. dah nama pun suam-suam kuku kan. semoga berjumpa lagi dalam entri panas yang akan datang.. haha. renung-renungkan dan selamat bermuhasabah diri. peace no war~
3 comments:
ramainye followe....jeles sgguh..
bagus laa cik kurakuraygslow ni da okey..be motivated s evryone should do and have it everytime..
@noie : thanks :)
Post a Comment