15 July 2011

Tak perlu salahkan Kpop

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers and followers. nak tanya sikit, sape minat Kpop kat sini? well, sedar tak sedar, sejak akhir-akhir ni, Gelombang Korea (Hallyu Wave) makin melanda negara kita. maybe skang ni ramai kaum perempuan duk tergila-gilakan Beast, yang lelaki pulak sibuk memuja memuji kecantikan Wonder Girls. wait wait, apsal aku mention nama dua-dua group ni pulak? sedangkan banyak lagi group lain yang lagi best. konfem-konfem korang ingat aku noob pasal Kpop kan.

Oh tidak sama sekali. aku start minat Korea masa form 1. yeah masa tu Korean Drama lah yang femes. group-group ni sume tak femes sangat, tapi still ada peminat lah kat Malaysia. first Kpop group yang aku minat ialah TVXQ. ok fine, ada yang panggil dorang DBSK jugak. dua-dua nama ni merujuk kepada group yang sama. tapi skang ni aku dah tak minat sangat, memandangkan dorang dah split.

TVXQ

Apsal aku minat dorang? sebab dorang hensem? owh ni jawapan yang tak tepat sangat. kalau dalam skema jawapan exam tu, dapat 1/3 markah je. bagi aku lah kan.. kebanyakan remaja Malaysia yang duk tergila-gilakan Kpop ni, sebab suka dance dorang. serius beb. kalau kita tengok dance Kpop group ni, meletup siot! energetik sungguh. koreografi dorang pun nampak nice je. lagi-lagi bila perform in a group, pergghh jatuh cinta aku.. dengan dance dorang.

So, adalah sangat tak tepat bila ada suara-suara sumbang yang mengatakan gadis-gadis Malaysia ni sumenye dah jatuh cinta dengan artis-artis Korea, sampai tak pandang lelaki-lelaki Melayu lagi. kitorang cuma jatuh cinta dengan gaya dorang buat performance atas stage je. tak lebih daripada tu. taste kitorang tetap lelaki-lelaki Melayu tulen di luar sana tu. so, kepada lelaki-lelaki Melayu sekalian, anda jangan risau ye. saham anda still valid.. ehem.

lelaki yang berbaju melayu memang nampak segak...
errkk.. ni kan David Archuleta

Dan, tak lama dulu, tersiar lah pulak artikel yang bertajuk 'Awasi Remaja Fanatik Kpop' dalam Berita Minggu bertarikh 24 April 2011. masa ni punya lah panas, sume Kpop Lovers duk pakat hentam balik artikel tu. well, dorang bukanlah nak jadi kurang ajar ke apa. maybe dorang cuma nak pertahankan apa yang dorang minat. lagipun, bukanlah salah Kpop 100% bila industri muzik Malaysia makin merudum. kadang-kadang kesalahan tu berpunca daripada sikap artis Malaysia tu sendiri. ok ok, aku tak nak ulas lanjut pasal industri muzik kita. kang tak pasal-pasal pulak kena saman.

Berbalik kepada topik kita tadi, selain tertarik dengan dance dorang, kebanyakan peminat Kpop ni jugak kagum dengan semangat juang artis-artis Korea ni sume. korang tau tak, artis Kpop ni kena jadi trainee dalam agensi masing-masing selama 5 tahun sebelum muncul dengan first album. tu tempoh minimum. ada jugak yang sampai tujuh tahun. tak ada istilah artis mee segera dalam dunia muzik dorang. yang setakat nyanyi-nyanyi 3 bulan dalam program realiti dah boleh keluar single. pastu album takde orang nak beli. last-last salahkan artis Kpop pulak.

part mee segera, paling suka Ruski Tom Yam Kaw...
pergghh sedap tak ingat

Owh yeah, sabar sabar peminat artis Malaysia sume. aku bukan berat sebelah. aku dengar lah jugak lagu-lagu Melayu. bukan tak dengar langsung ok. malah, aku lebih support lagu-lagu Melayu berbanding lagu-lagu English. nasyid pun aku minat jugak. so, aku still support industri muzik kita. cuma tak nak lah artis-artis Malaysia ni nampak desperate sangat semata-mata nak masyarakat terima karya dorang sampai sanggup malukan diri sendiri. macam akak Gula-Gula diabetes ni.

hai.. kami lah Gula-Gula diabetes

Maybe dorang nak tiru imej Wonder Girls. yelah kan.. Wonder Girls kan konon-konon femes kat negara kita dengan lagu Nobody dorang tu. tapi aku tak minat sangat Wonder Girls. eh aku bukan anti. cuma tak minat je. so akak Gula-Gula ni pun tunjukkan lah paha masing-masing sambil mengharapkan para lelaki Melayu akan support dorang sepertimana dorang support Wonder Girls. tapi, cara dorang tu tak berapa nak kena dengan norma hidup masyarakat Malaysia. dua daripada enam orang ahli Gula-Gula ni Muslim, tak patut kan pakai skirt singkat camtu. cuba-cubalah pakai kain labuh, nice jugak. Wonder Girls tu takpe, dorang sume bukan Muslim, orang Korea pulak tu.

sama tak ke'singkat'an skirt mereka?

So, camne nak dapatkan sokongan rakyat Malaysia ni kalau tiru itu salah, tiru ini salah. stail copycat ni tak salah sebenarnya. tapi, pandai-pandailah sesuaikan dengan keadaan semasa. dari dulu aku kagum dengan hasil karya KRU, serius superb! KRU ni contoh copycat terbaik kot. dorang tiru segala teknologi perfileman and muzik dari luar, adaptasikan dalam industri seni Malaysia. wow agak melambung aku puji KRU. agak-agak ada chance tak nak dapat peluang berlakon filem? err studio KRU pun sekangkang kera je dari rumah ni. teringin pulak nak jadi heroin cerita Kerak.

Ok kalau korang membesar satu zaman dengan aku, konfem-konfem korang kenal Elite kan. group ni KRU yang tubuhkan masa tahun 1994. konsep menyanyi sambil menari serentak atas stage tu memang best, takde beza pun dengan group Kpop skang. part yang ok, Elite pakai seluar panjang masa buat performance. bukan nya mini skirt ye akak Gula-Gula. kalau group macam Elite ni masih wujud, tak mustahil remaja-remaja Malaysia akan sokong jugak artis-artis tempatan. ye tak?


Eh baru teringat, group V.I.P pun duduk under label KRU jugak. konsep dorang memang ala-ala Kpop. lagu hit dorang which is Lagu Sedih best jugak. korang patut dengar lagu tu. then, outfit V.I.P pun ok. dorang cuma ambik konsep Kpop dalam dance je, outfit still ikut gaya Malaysia. tapi, group Max 24:7 ni, konon-konon first Kpop group in Malaysia, main dedah-dedah body pulak. saje lah tu nak bagi gadis-gadis Malaysia muntah darah.

errkk!! sudah.. nightmare aku

Kesimpulannya, aku bukanlah nak tunjuk hebat pasal muzik-muzik ni sume. nak cipta lagu ABC versi baru pun aku tak reti, apatah lagi nak bagi kritikan pasal industri seni pulak kan. cuma, aku harap jangan lah sume pihak nak melatah. try cedok apa yang baik dari artis-artis Kpop ni, and jangan pulak pergi ikut apa yang tak baik macam plastic surgery and bunuh diri tu sume. bak kata pepatah, "yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan". eceh! berperibahasa pulak aku.

Owh ye, sebelum tutup cite, aku ni peminat setia SNSD. start minat sejak tahun 2008. setahun je lewat daripada kemunculan dorang dengan first album masa tahun 2007. tapi, tak pulak aku membazir duit beli album dorang sume. download kat youtube sudah! haha.




12 comments:

Noie Chan said...

rindu zaman minat korea gilak2 dulu..tp, grup dulu2 ag best dari skang ni cam suju, tvxq, snsd..skang ni sikit hampeh lorh..

kurakuraygslow said...

haha seyes rindu zaman tu :) betul betul, sebab tulah tak update sangat pasal Kpop skang. SNSD tetap di hati..hehe

syazaishahani said...

haha...biar sume muntah darah....hahhah...btw,ske lagu gee tu....lagystu knape xleh like?? error...

Unknown said...

sya plak minat SNSD sejak tgk we got married seo hyun dgn yong hwa..gila innocent seo hyun even dia pakai skrit pendek, artis, tp tetap jga batas2 pergaulan.....hehehe

kurakuraygslow said...

@syaza : lagu SNSD sume best! tak boleh like ke? error kot. cuba try lagi :)
@nadya : yup memang betul. ramai kawan-kawan saya start gilakan SNSD pas WGM :)

Hajar's said...

betul2. Serius setuju. Kitorg tgk diorang pnyer performance okay! their hotness tu, kira bonuss la kan. Haha. :)

kurakuraygslow said...

haha tula kan. dah dorang memang hensem+cantik, nak buat camne..haha

aMe said...

Part TVXQ/DBSK tu saya setuju sangat2. Saya start suka diorang masa form 2. Like you, sekarang saya dah tak update sangat pasal diorang sebab diorang dah split. Sekarang ni macam2 group dah yang saya minat; 2PM, 4Minute, BEAST, C.N.Blue, etc. Erm..SNSD plak, saya biase2 je tapi saya paling suka lagu Into The New World. Kalo pasal drama plak, toksah cer la. Hampir sume saya suka tengok. Korean variety shows pon saya layan gle2, especially Family Outing & Running Man. Daebak~! ^^

p/s: Bab Ruski Tom Yam tu pon saya geng ngan awak. :) Btw, mianhe kalo comment saya berjela panjangnye. Maklum la, cakap pasal Korea ni sampai sudah pon takkan abis. :P

kurakuraygslow said...

@A Me : haha.. takpe2. kalau cite pasal korea memang excited dia terlebih sikit =)

NAA said...

memang muntah darah tengok max247 D:

kook's bun said...

hye! sye ni memang kipas susah mati Kpop/Jpop..suka sngt2 terutama B2ST..
sy x kesah org nk kta ap pun..dh minat kn..org slalu kata minat muzik luar ngara xda nilai2 patriotik.ad ke patut..hangin jugak..hmm
ap2 pon sy support Kpop!

p/s : abg sy minat gila YoonA
saya suka semua :)

kurakuraygslow said...

Nodame-chan : Yup2. Walaupun kita minat Kpop, takdelah sampai memburukkan negara sendiri kat orang lain kan. Semangat patriotik tu tetap ada =D

Oh ye? Wahhh boleh lah saya kawan dengan abang awak. Haha. Saya pun suka semua. Tapi paling suka YoonA =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...