02 February 2013

Another Moments of Jonghyun CN Blue - YoonA SNSD

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Hai BOICE dan SONE sekalian! well... dalam entri yang lepas, aku dah pun menceritakan keterujaan melampau aku berkenaan interaksi secara langsung antara Jong-hyun CN Blue dan YoonA SNSD buat pertama kalinya kat Music Bank.

So, kali ni aku nak share dengan korang sweet moment lain antara dorang berdua ni. tak cukup dengan first moment dalam Music Bank 18 Januari 2013 yang lepas, makin bertambah pulak kemesraan yang dorang tunjukkan. ahaks! mentang-mentang lah SNSD dan CN Blue buat comeback serentak. saya suka saya suka! =D

***

Sebelum tu, kemungkinan ada antara korang yang menyampah lagi meluat dengan cerita aku yang excited terlebih pasal Kpop. haha. kalau korang tak berminat nak baca pun takpe. memang tujuan asal aku buat blog ni adalah untuk share cerita berkenaan Kpop terutamanya SNSD. aku dah nyatakan dalam entri pertama aku lagi. hihi =D



So, kalau korang pun minat Kpop... boleh lah kita jadi geng. ihiks. tapi kalau korang gila-gila benci Kpop, aku ada je entri lain yang takde kena-mengena dengan Kpop. so, boleh lah korang baca entri yang lain tu... ok =)

***

Ok ok. jom kita sambung cerita pasal my Jong-hyun and YoonA. ahaks!

Sebelum ni, aku dah pun bercuti semester selama seminggu JE. disebabkan itu, aku sangat updated dengan gosip-gosip Kpop yang melibatkan YoonA kesayangan aku ni. hehe. tapi, aku dah pun masuk semula semester baru seminggu lepas. bila dah start belajar balik ni, faham-faham jelah. aku agak malas nak online lama-lama sebab banyak lagi kerja lain yang perlu disiapkan. bila jarang online, banyak lah gosip yang aku tak tau. haha =D



Laa ni tengah weekend, so aku pun korek lah balik segala gosip yang dah outdated tu. hasilnya... pehhhh tak mengecewakan langsung! makin banyak pulak sweet moments antara Jong-hyun dan YoonA kat Music Bank. weeeeeee~

***

Firstly, macam yang aku share dalam entri sebelum ni, first moment antara Jong-hyun dan YoonA adalah masa YoonA dan Seo-hyun interview CN Blue kat backstage Music Bank yang bertarikh 18 Januari 2013. memandangkan Music Bank ditayangkan pada hari Jumaat setiap minggu, so segala moment dorang pun berlaku pada hari Jumaat lah. hikhikhik =P

Music Bank ni lebih kurang macam carta Muzik-muzik kat Malaysia yang mana semua lagu berebut-rebut untuk mendapatkan tempat teratas. dan, setiap ending Music Bank ni akan ada dua lagu yang bertarung untuk dapatkan tempat pertama berdasarkan undian peminat. then, pemenang nya akan ada 'encore stage' yang mana dorang akan nyanyi semula lagu dorang tu.



Dalam Music Bank 18 Januari 2013 tu, lagu I Got A Boy - SNSD menang seterusnya menewaskan lagu Hate - Baek Ji Young. masa ending, CN Blue berdiri kat belakang SNSD. hihi. lepas bagi winning speech, masa CN Blue lalu depan YoonA, YoonA macam ajak dorang untuk stay sekali masa encore. tapi, Yong-hwa macam menolak. then Jong-hyun tunduk kat YoonA sebagai ucapan tahniah. finally.... another moment of them. kyaaaaaaaaaaaaa~ tu je highlight aku yang sebenar. haha! =D

Ni lah moment yang aku maksudkan =)



YoonA yang pakai sweater oren dan Jong-hyun pakai baju kelabu asap. ahaks! =D


***

Secondly, sekali lagi SNSD interview CN Blue kat backstage Music Bank yang bertarikh 25 Januari 2013. tapi, kali ni Soo-young dengan Yuri pulak yang jadi interviewer. so, aku takde lah excited sangat sebab takde YoonA. ihiks! =P




Haish Music Bank ni, memang suka sangat nak gandingkan SNSD dengan CN Blue. ihiks. kali ni, CN Blue pulak interview SNSD kat backstage pada hari yang sama. Jong-hyun dan Yong-hwa yang diberikan tugas sebagai interviewer. eh, ada Jong-hyun dan YoonA. so, mesti tengok ni!!!! hikhikhik =P




Wahhhhh YoonA dan Jong-hyun berdiri sebelah menyebelah lah. apsal mesra sangat gaya dorang ni? ahaks! =D


Tak cukup dengan sweet moment kat backstage.... masa ending pun ada sweet moment antara YoonA dan Jong-hyun lagi. ihiks. kali ni, SNSD dengan CN Blue bertarung untuk tempat pertama. so, masa ni dorang semua berdiri kat depan sekali. and finally, SNSD menang lagi. walaupun YoonA dan Jong-hyun tak berdiri dekat-dekat, kita boleh nampak YoonA buat gaya main gitar waktu Seo-hyun bagi winning speech. eh! adakah gitar = Jong-hyun????? kehkehkeh =P

Lepas habis je sesi winning speech, YoonA terus pergi kat Jong-hyun dan berlaku lah lagi aksi mesra mereka. pehhhhh ayat aku. ahaks! mungkin YoonA tak perasan mikrofon dia on. so, kita boleh lah dengar YoonA bercakap dengan Jong-hyun macam dorang ni rapat gila. hikhikhik =P

Tapi, aku suka jugak part Tiffany edarkan bunga ros kat semua ahli SNSD dan YoonA sangkut bunga tu kat telinga kanan dia. sweet kot! hihi =D




***

And finally, last moment of SNSD and CN Blue in Music Bank on 1st February 2013. ini merupakan goodbye stage untuk I Got A Boy. huhu. SNSD terpaksa habiskan promosi I Got A Boy dorang secepat mungkin sebab dorang ada Japan Arena Tour dalam bulan Februari. so, secara tak langsung... ini jugak merupakan last moment antara SNSD dan CN Blue kat Music Bank =(

Disebabkan ini last moment, jadi Music Bank dah letakkan semua ahli SNSD dengan CN Blue sama-sama kat backstage. wahhhhh bestnya!!! meriah habis! hihi =D


 

Walaupun Jong-hyun berdiri sebelah Tiffany, kenapa dia macam asyik curi-curi pandang YoonA? fine... otak aku dah senget sebab excited sangat! haha =D


Masa ending, sekali lagi SNSD dan CN Blue bertarung untuk tempat pertama. tapi, kali ni CN Blue pulak yang menang. betul la kata YoonA minggu lepas, bagi SNSD menang sikit je lagi... pastu CN Blue pulak menang. hihi. walaupun SNSD tak menang, kenapa dorang lebih gembira daripada CN Blue macam dorang pulak yang menang? haha =D

Kali ni, YoonA dan Jong-hyun berdiri sebelah-menyebelah lagi. kyaaaaaaaaaaa~ dah lah masa Jong-hyun dapat bunga tu, dia terus sangkut kat telinga kanan. eh nak tiru YoonA ke? kihkihkih. rasanya aku memang dah macam orang gila! haha =D



Last moment of them =(

***

Sekarang ni, aku selalu menantikan another sweet moments antara Jong-hyun dan YoonA. harap-harap ada lagi lah lepas ni. jangan lah moment ni ada kat Music Bank je. huhu.

please click here for additional moments of Jong-hyun & YoonA =)

So, setakat ni je cerita excited terlebih aku. hikhik. another Jonghyun-YoonA shippers???? =D


5 comments:

natasyapink said...

jom join. hehe http://natasya-pink.blogspot.com/2013/01/contest-kpop-lovers.html ;)

Nana Bbanilla said...

Hye. Baru follow your blog. Hee. I'm kpopers too ^^ Love this post. Even though ai biasa biasa jee pasal dorg sebab jeles tgk kan, haha, tapi dorg ketara sgt nampak. HAHA. maybe mcm you ckp, pasal korea otak mmg akan senget. HAHA

kurakuraygslow said...

Hai Nana Bbanilla! Thanks for following :) Haha... great to see another Jonghyun-YoonA shippers! ^^ Sila lah support this couple as much as u can. Hee :D *jangan jeles sangat kat YoonA tau* :P

Anonymous said...

sy suka kpop..tp sy lg suka yoona..kt youtube tu awkkn

kurakuraygslow said...

Hai YoonAddict! ^^
Kat youtube mana maksudnya ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...