28 October 2011

Lelaki dan DSLR

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello handsome photographers! =D

Hekhekhek. saja je buat kata sapaan cenggitu. dah tajuk pun 'Lelaki dan DSLR' kan. kena lah relate kan dengan para photographer(s) yang hensem di luar sana. yang tak hensem pun akan terus jadi hensem bila dorang reti ambik gambar guna DSLR. klik klik klik klik gitu =P

saja je letak gambar DSLR Nikon D60. sebab Ariz Forteen pakai jenama ni. kehkehkeh =P

* Amaran keras : Anda bakal disajikan dengan entri yang mempunyai tahap kegedikan melampau disertakan dengan gambar-gambar yang bisa mencairkan hati anda (bagi perempuan) dan mungkin juga bisa memanaskan hati anda (bagi lelaki). sebarang tragedi yang bakal berlaku sebelum atau selepas membaca entri ini adalah tidak ditanggung oleh penulis sama sekali =P
***
Back to the topic~

Kalau korang perasan, most of the guys hari ni suka usung DSLR (Digital Single-Lens Reflex camera) ke sana ke mari kan. nak kata pelancong bukan, pocong pun bukan. hahaha.

Memang dorang ni nampak sangat bergaya, up-to-date and cool bila kalung kan DSLR tu ke leher sambil klik sana klik sini. konfem-konfem ramai gadis yang pure and innocent terpikat. termasuklah aku. hehehe =P


Tapi, akan jadi sangat tak cool bila that guy tak tau pun fungsi DSLR yang harga beribu-riban tu secara terperinci. macam mana kalau korang baru nak start tackle sorang awek ni bermodalkan sebuah DSLR, then awek ni boleh pulak bagi soalan cepumas berkaitan DSLR tu. korang pun dengan tergagap-gagap nya baru nak start bukak manual cari jawapan. fuhhhh. it is so not cool babe.

Yang pandai sikit, maybe main hentam je. tapi, kalau nasib tak baik, that awek tau pulak jawapan bagi soalan dia tu, masak... masak! 

So, kepada lelaki bakal pengguna DSLR di luar sana, pastikan ilmu mengenai DSLR tu cukup dulu ok. baru lah boleh menunjuk-nunjuk kat awek-awek comel ni sume. jangan risau, kitorang pasti terpikat =)


***
Fine. lelaki yang pakai DSLR mahal jelah layak memikat hati perempuan. apa nasib golongan yang pakai kamera biasa-biasa je =(

*kat atas tu merupakan luahan hati sesetengah lelaki*

Oppss don't worry be happy. sebenarnya, mana-mana lelaki tetap akan nampak cool bila dorang suka ambik gambar menggunakan apa-apa jenis kamera sekalipun. kamera henfon ke, kamera yang pakai kodak tu ke, kamera digital ke, mahupun kamera lomo. jangan guna kamera mainan sudah =.=

ni kamera lomo

Cuma, bila guna DSLR, cool tu lebih sikit. sebab... errr sebab... DSLR tu mahal besar kot. bila besar, nampak berat. bila berat, lelaki akan gunakan banyak tenaga untuk pegang that DSLR. bila guna tenaga, urat-urat kat tangan sume timbul. bila urat-urat kat tangan timbul, nampak macho. bila nampak macho, for sure all the girls akan terpikat. muahahaha. memang aku dah gedik =P
***
Selain daripada dijadikan medium untuk memikat para gadis, DSLR ni jugak boleh digunakan sebagai sumber kewangan. maksud aku, para lelaki ni menggunakan ilmu fotografi yang ada untuk mencari pendapatan bagi mereka yang memang minat dan ada bakat mengambil gambar. kalau setakat ada DSLR yang mahal tu, tapi tak reti ambik gambar, buat apa. baik balik kampung tanam jagung =)

Ramai je lelaki yang berjaya sebagai photographer untuk majlis kahwin, birthday party and so on. mana-mana yang jadikan bidang fotografi ni sebagai kerjaya tetap, memang tu lah kerja dia. kalau dah ada kerja lain, boleh je jadikan minat mengambil gambar tu sebagai hobi. bukan ke sekeping gambar itu menyimpan seribu rahsia =D


* hensem jugak photographer untuk wedding kakak saudara aku bulan lepas. muehehehe =P (yang kat atas ni bukan gambar dia)

So, apa lagi guys. mana-mana yang dah memang ada minat mengambil gambar tu, teruskan ok. kalau macam tak berapa nak berbakat tu, praktis lah banyak-banyak. practice makes perfect =D

Then, sape-sape yang dah memang berminat dan berbakat, keep it up. boleh lah nanti jadi photographer untuk event sekolah tak pun kampus. ada jugak sumbangan buat sekolah terchenta. finally, bonus untuk mana-mana lelaki yang pandai guna DSLR. seriously, korang memang nampak sangat cool dengan DSLR tu =)

ni atok DSLR =P

***
See. perempuan ni tak memilih pun tau. benda remeh-temeh yang lelaki buat pun tetap nampak menarik dan cool di mata kitorang. lelaki je yang memilih sangat. hehehe. sep sikit girls! =D

5 comments:

laskar pelangi said...

serius kacak woooo lelaki dan dslr kan? =D

MissViVio said...

ok!! da sep!! hahaha...:D

kurakuraygslow said...

@Laskar Pelangi : kan kan? boleh terpikat kot =)
@MissVivio : haha. yeah! =D

Razil Tahir said...

woh! peminat Ariz Forteen upenyer! kahkah
DSLR.. nak bli.. tapi tade bajet lg la.. lepas gi haji kot.. hahaha
So sebab ue la x reti gune.. main hambat jer pakai member punye.. huhu XD

kurakuraygslow said...

@Razil Tahir : yeay, minat giler Ariz Forteen =) Owh, nanti dah ada bajet boleh lah kita share DSLR tu kan..hahaha =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...