22 August 2011

Sape cakap perempuan skang suka lelaki Korea je?

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello readers and followers. rasanya, ramai je dalam kalangan pembaca blog aku ni perempuan kan? eh wait wait, yang lelaki tu jangan kecik hati pulak. korang pun pembaca blog aku jugak. aku tau tu.. hehe. cuma, berdasarkan kajian aku yang tak rasmi, terbukti 80% daripada followers blog ni terdiri daripada awek-awek yang kiut. sila percaya.

So awek-awek kiut sekalian, korang suka tak dengan lelaki-lelaki Korea yang sememangnya hensem-hensem belaka? errr... takyah jawab. aku tak dengar pun. biar aku sendiri yang jawab. aku memang suka lelaki Korea ni, sama je dengan korang sume... hahaha.

Jong Hyun ni bukan je kiut, pandai main gitar lagi


tengok, Chan Sung buat muka sememeh pun tetap nampak hensem. ahaks


eh Dong Hae nak ambik gambar lah. say cheese =)

***
Akan tetapi, bermula tak lama dulu... hati aku dah terpaut kat sorang lelaki Melayu ni. first time tengok dia, aku terus terpikat. nak tau sape? jeng jeng jeng...







.....saja bagi suprise sikit..hehehe =P......










Tadaa... nilah dia Adey Syafrien. buah hati pengarang jantung aku yang terbaru.. kehkehkeh. start minat dia lepas tengok cite Kasih Alia kat tv3. dah lah hensem, pakai kemeja pulak tu... muahaha.


Dalam cite ni, Adey bawak watak Eric. dia ni bos kat tempat keje Alia. owh ya, Fida yang bawak watak Alia tu. so, aku start tertarik kat dia ni masa mula-mula Eric jumpa Alia kat ofis. memandangkan Alia baru je dapat kerja, Eric pun hulur tangan untuk bersalam sebagai ucapan tahniah, tapi Alia tak balas pun huluran tangan Eric. awww sweet giler babak tu.. hehehe (aku tau babak tu takdelah sweet mana, tapi sweet pada pandangan mata aku.. kehkehkeh).

Lagi-lagi... aku suka jugak bila Eric curi-curi mengintai Alia buat kerja masa kat ofis. dah lah dia malu-malu memerang bila bercakap dengan Alia... really sweet right? part favourite aku, masa Eric lindungi Alia daripada Fazril. fuh macho habis. tergoda tau... ahaks ahaks (errr... bagi sape-sape yang tengok cite Kasih Alia je paham apa yang aku bebel kan ni).


Disebabkan Adey, aku dah jadi penonton setia cite Kasih Alia. hehehe. tengah-tengah hidang juadah berbuka pun sempat lagi tu tengok tv. masa berbuka pun mata curi-curi tengok Eric kat tv. hahaha. kronik sungguh aku. dia ni dah lah muda lagi, baru 23 tahun. ada chance... muahaha.

Lepas dah godek-godek maklumat pasal dia, barulah aku dapat tau... Adey ni lah hero cite Flat 3A tu. lorh... aku tak tengok lagi cite seram tu. dulu memang ada perancangan nak tengok cite Flat 3A kat Alamanda. tapi, disebabkan aku malas nak keluar rumah, kira cancel lah plan tu. kalau tak, mesti aku dah kenal Adey Syafrien ni lagi awal kan.. kehkehkeh =P


Dia jugak berlakon dalam cite 3 2 1 Cinta. aku tak tau watak apa sebab tak tengok jugak cite tu. masa cite tu ditayangkan kat panggung pun, aku tengah buat program Pre-Medic. so, jangan harap lah aku nak keluar pergi tengok wayang.


Kalau korang nak tau, cite 3 2 1 Cinta ni shooting kat kampus aku. malangnya, masa dorang shooting tu aku tengah cuti semester. so sad. kalau tak mesti dapat jumpa Adey Syafrien... hehehe.


Paling aku tak sangka, rupa-rupanya dia lah bf tak jadi si Lulu (Nora Danish) dalam cite Ana Lu'lu. aku dah lah tak tengok cite ni. pukul 9 malam kot, waktu terawih.
***
Errr.. ok. sudah-sudah lah segmen berkenalan dengan buah hati aku ni... ahaks ahaks. ringkasan daripada entri ni hanyalah..... sape cakap perempuan skang suka lelaki Korea je? kitorang suka jugak lah lelaki Melayu yang smart dan cool

macam ni... hehehe =P

ni kat kampus aku
(sumber MiG Online)

* memandangkan hari ni birthday adik lelaki aku, perlu ke aku buat tribute khas untuk dia ni?


Err ok lah. ehem ehem. aku ingin mengucapkan 'Happy Birthday' kepada Mohd Zafwan, dengan ucapan... berhati-hati di jalan raya. hahaha =D

8 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

hmmm.....camne nk ckp ye...
cume ml tnya...gmbr awek korea xde ke..??haha

kurakuraygslow said...

@Zulhilmi : ada2. banyak gambar awek korea dalam blog ni. lagi2 snsd.. haha

izzatizainuddin said...

unni :) sy pun mnt lelaki korea dan lelaki melayu!! :D cool lah entry ni :)

kurakuraygslow said...

@Izzati : wow ada geng... hehe. tqvm =D

mikeyvio said...

hahaha...sya xmnat laki korea...sya ska ppuan korea!! :D

eYe~kNee said...

owhmygoodness!! i love him too...walaupun xsuke sgt cte tu...tp suke laki ni..hehe...

kurakuraygslow said...

@MissVivio : kalau camtu tunggu entri pasal SNSD k..hehe =D
@Eye-Knee : really? haha... he's so charming right =D

Razziah Khan said...

saya pun minat sangat dengan Adey.. sayang sangat kat dia , cinta sangat kat adey dan slalu jaga dia.. hehehe

terima kasih dgn sokongan yg diberikan. say dah bagitau Adey dgn kehadiran penulisan ini.. hehe

oh ya, lupa nap kenalkan diri... saya kakak kandung adey (^_^) salam ta'aruf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...